Luka Bersalin Czer Yang Guna Stapler Perlu Dicabut Balik? Apa Bezanya Dengan Jahitan?

undefined

Salah satu metode jahitan bersalin czer adalah menggunakan stapler. Namun tahukah anda, ia perlu ditanggalkan semula selepas proses pembedahan dijalankan?

Jika ibu menjalani proses bersalin secara caesarean dan luka pembedahan itu menggunakan jahitan stapler, maka doktor akan mencabut semula stapler tersebut selepas pembedahan dilakukan.

Jangan keliru. Begini bagaimana proses bersalin secara czer dilakukan

Untuk jahitan “di dalam”, ia akan menyerap ke dalam tubuh ibu, tetapi jahitan “di luar” akan menggunakan tiga metode ini yang mungkin dilakukan oleh doktor seperti:

  • Jahitan
  • Stapler
  • Gam

Ketika melakukan pembedahan czer, doktor akan membuat keputusan untuk menutup luka pembedahan itu dengan cara dan rawatan yang sesuai.

Doktor juga akan mempertimbangkan mengikut ketebalan kulit perut,  jenis tubuh dan faktor lain berdasarkan tahap kesihatan ibu.

Proses mencabut luka pembedahan czer yang guna stapler

luka pembedahan, luka pembedahan czer, luka jahitan czer, luka jahitan, luka czer, luka caserean, luka bersalin, luka bersalin bedah, jahitan czer terbuka, jahitan czer stapler

Luka pembedahan akan dijahit dan biasanya ia akan terus menyerap ke dalam tubuh tanpa perlu ditanggal kembali. Kesan jahitan itu juga akan mula tertutup sendiri sekaligus menampakkan parut czer itu terlihat seperti garis biasa.

Walau bagaimanapun, jika doktor menggunakan stapler untuk menutup luka pembedahan di kulit bahagian luar, maka ibu akan menjalani prosedur mencabut semula stapler tersebut selepas czer kerana ia tidak dapat menyerap ke dalam tubuh ibu.

Biasanya, prosedur cabut stapler ini dilakukan sebelum ibu meninggalkan hospital atau ia akan dilakukan oleh jururawat yang dihantar ke rumah ibu ketika berpantang.

 Adakah ibu akan rasa sakit ketika cabut stapler tersebut?

parut keloid, keloid, cara merawat keloid, cara merawat parut keloid, cara mencegah keloid, cara mengubat keloid, cara ubat keloid, cara mencegah parut keloid, parut keloid czer, keloid czer, keloid lepas bersalin

Meskipun nampak seperti menyakitkan namun sebenarnya tidak. Ibu tak perlu bimbang kerana prosedur ini akan dibantu jururawat dan petugas perawatan yang lain.

Malah mereka akan memastikan ibu selesa dan tidak rasa sakit ketika proses ini sedang dilakukan. Doktor akan menggunakan alat khas untuk mencabut stapler tersebut sehingga semuanya berjaya dicabut.

Meskipun tidak sakit, namun mungkin ibu akan mengalami seolah-olah digigit semut atau dicubit seseorang ketika doktor mencabut stapler tersebut.

Kesan sampingan yang mungkin dialami ibu

luka pembedahan, luka pembedahan czer, luka jahitan czer, luka jahitan, luka czer, luka caserean, luka bersalin, luka bersalin bedah, jahitan czer terbuka, jahitan czer stapler

Jika bahagian kulit luar berdarah atau bengkak, doktor akan cuci dengan air atau hydrogen peroxide yang dapat mencegah rasa sakit setelah stapler dicabut.

Selepas stapler dicabut, kulit ibu mungkin mengalami iritasi pada bekas stapler itu.  Malah lubang kecil bekas stapler akan kelihatan namun ia akan memudar secara semulajadi dalam tempoh tertentu.

Walaubagaimanapun, doktor akan memberitahu bagaimana merawat bekas luka pembedahan czer itu selepas stapler ditanggalkan. 

Oleh itu, pastikan anda mengikut semua saranan doktor dan menjaga luka pembedahan dengan baik supaya cepat pulih.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Penulis asal Fitriyani. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Indonesia untuk diterjemah. 

Baca juga 

https://my.theasianparent.compengalaman-bersalin-czer

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!