Penemuan Mengejut, Ini Yang Terjadi Dalam Perut Selepas Anda Makan Mi Segera!

undefined

Kajian dari seorang doktor baru-baru ini menemui apa yang berlaku dalam perut dan sistem penghadaman apabila kita makan mi segera.

Buka plastik, rendam 2 minit, letak serbuk perencah dan makan! Mudah bukan untuk kita makan mi segera? 

Mi segera antara makanan paling mudah dan murah tetapi mampu mengenyangkan. Tetapi adakah kenyang dengan mi segera ini sihat?

Kajian dari seorang doktor di Hospital Besar Massachusetts baru-baru ini menemui apa yang berlaku dalam perut dan sistem penghadaman apabila kita makan mi segera.

Makan mi segera ganggu sistem penghadaman?

Makan mi segera

Kredit foto: lifehack.org

Dr Braden Kuo dari Hospital Besar Massachusetts membuat kajian ini kerana ingin tahu apa yang terjadi kepada makanan dalam perut dan sistem penghadaman selepas makan mi ramen segera. Dikatakan, beliau adalah yang pertama membuat kajian seumpama ini. 

Menggunakan kamera yang bersaiz sebiji pil, Dr Kuo berjaya menemui apa yang terjadi dalam perut dan sistem penghadaman selepas makan mi segera ramen yang popular.

Selepas 2 jam dimakan, mi segera masih kekal utuh

Makan mi segera

Kredit foto: lifehack.org

Hasilnya menemukan selepas dua jam, mi segera itu masih kekal utuh dan tidak hadam seperti sebelum dimakan!

Untuk kajian ini, Dr Kuo turut menggunakan mi segar yang dibuat di rumah bagi mendapatkan perbandingan apa yang terjadi kepada perut dan sistem penghadaman.

Untuk membuat perbandingan, sukarelawan makan mi segar yang dibuat dari rumah pada hari yang berlainan. 

Mengejutkan! Selepas dua jam, perbezaan amat ketara ditemui. 

“Perkara paling ketara yang kami nampak dalam kajian itu adalah dalam masa dua jam, kami perhatikan hanya sedikit saja mi segera yang hadam dalam perut berbanding mi segar yang hadam sepenuhnya,” kata Dr Kuo.

Selepas dua jam, mi segar yang dibuat di rumah hadam sepenuhnya seperti yang sepatutnya, manakala mi segera pula hanya sedikit yang kelihatan hadam dan boleh dikatakan masih seperti sebelum di makan.

Kamera bersaiz pil ini dirakamkan selama 32 jam, dan apa yang kita lihat adalah kelihatan usus di dalam perut berulang kali menguncup ketika menghadamkan mi segera. 

Bagaimanapun, Dr Kuo menjelaskan masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan. Makanan diproses masih memerlukan banyak kajian dan masih banyak perlu dilakukan untuk menemui kesan yang tepat kepada kesihatan dalam jangka masa panjang.

Cuma apa yang penting, katanya adalah lebih baik untuk cuba mengelak daripada mengambil makanan diproses yang mana ia mungkin bukan saja memberi kesan kepada perut dan sistem penghadaman tetapi juga organ dalaman. 

10 bahan dalam mi segera

Makan mi segera

Jom lihat ramuan dalam mi segera sehingga ada yang ketagih untuk memakannya. 

#1. Kalsium sulfat: Kapur

#2. Asid tartarik: Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin. Lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.

#3. Kalsium oksida: Digunakan untuk rawatan sisa buangan dan racun serangga. 

#4. Tertiary-butyl hydroquinone (TBHQ): Bahan pengawet utama dalam penghasilan mi segera. Ia juga ditemui dalam minyak wangi, resin dan biodiesel. TBHQ adalah produk berasaskan petroleum, ia juga satu bentuk butane (cecair dalam pemetik api).

#5. Propyl Gallate: Satu xenoestrogen (sebatian seperti hormon). Boleh memberikan kesan sampingan kepada sistem pembiakan perkembangan janin yang sihat dan menghalang pengeluaran sperma. 

#6. Pentasodium triphosphate : Bahan pencuci paling berkesan (sering digunakan dalam bahan cuci), bahan samak untuk kulit dan digunakan dalam penghasilan kertas, penapisan petroleum, lombong dan juga rawatan air.

#7. Propylene Glycol : Pelarut sintetik yang dianggap racun neurologi. Digunakan untuk pembuatan bahan pendingin, antibeku automotif, cecair yang berfungsi dalam tekanan hidraulik dan sebagainya, Jumlah berlebihan yang diambil boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang. 

Ia adalah larutan alkohol untuk mengekalkan tekstur mi segera. Ia juga selalu digunakan dalam produk tembakau. 

#8. Polydimethylsiloxane : Digunakan dalam kanta sentuh, syampu (untuk menjadikan rambut berkilat dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas.

#9. Pewarna tiruan (Sunset Yellow FCF dan Tartrazine): Menyumbang kepada hiperaktif dalam kalangan kanak-kanak; mungkin turut menyumbang kepada gangguan visual dan pembelajaran, kerosakan saraf selain mungkin menjadi penyebab kanser.

#10. Sodium (garam): Satu paket mi segera mempunyai 1.875 miligram garam, yang mana ia berlebihan daripada pengambilan yang dicadangkan untuk sehari iaitu 1,500 miligram!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: lifehack,infopelajar2u

Baca juga:

BAHAYA: Berhenti Beri Anak Anda Makan Mi Segera!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!