Anak Bosan Makan Bubur? Cuba 10 Resepi Ini, Confirm Buka Selera Si Manja
Menyediakan makanan anak memang bukan sesuatu yang mudah. Kadang kala pening kepala dibuatnya kerana mereka juga ada selera masing-masing.
Menyediakan makanan anak kecil memang bukan sesuatu yang mudah. Kadang kala pening kepada dibuatnya kerana mereka juga ada selera masing-masing.
Bayi terutamanya, kadang kala sebelum ini dia suka makan makanan itu, tetapi tiba-tiba dia sudah tidak mahu pula menu yang sama.
Kadangkala perkara kecil sebegini pun boleh buat ibu dan bapa jadi pening kepala memikirkan menu harian anak. Mula lah nak stres kan jika anak tak mahu makan, lepas itu dia merengek lapar.
Makanan anak harus dipelbagaikan supaya tak bosan
Ada kemungkinan anak bosan dengan makanannya, jadi disebabkan itu dia menolak untuk makan atau kelihatan tidak berselera untuk makan.
Anak juga ada seleranya sendiri, jadi janganlah marah jika mereka kadang kala menolak makanan yang anda sediakan. Apa kata anda pelbagaikan makanannya, mungkin juga boleh bantu buka selera si kecil itu.
Tidak salah untuk pelbagaikan menu anak kerana kita yang dewasa ini pun tahu rasa jemu untuk makan makanan atau menu yang sama setiap hari. Jadi cubalah untuk mempelbagaikan menu anak supaya ada kelainan pada apa yang kita hidangkan pada mereka.
Menu ini dikongsikan menerusi laman Happy Baby Foods Malaysia, olehh Nurhidayah Anhar yang berkongsi 10 resepi makanan khas untuk anaknya yang berusia 8 bulan. Nampak sedap!
#1. Dragon fruit jelly + full cream milk
Cara sediakannya:
- 8 urat jelly tali (agar-agar)
- 4 cawan air
- Masak sehingga tali jelly larut hingga tidak kelihatan bentuk tali
- Periksa jika masih pekat tambahkan air
- Masukkan puri buah naga
- Tambah susu full cream kira-kira70ml, masak sekejap
- Masukkan dalam bekas kecik atau acuan dan sejukkan dalam peti sejuk
#2. Potato stick
Cara sediakannya:
- Rebus kentang sampai lembut
- Kukus brokoli, lobak merah, isi ayam sehingga lembut
- Lenyekkan kentang, masuk brokoli, lobak merah, isi ayam, unsalted butter
- Masukkan tepung jagung dan bentuk menjadi doh sehingga tak melekat di tangan
- Goreng
- Jika ada lebih untuk frozen, goreng sebentar dan frozen kan
#3. Ayam goreng kunyit + nasi lembik
Cara sediakannya:
- Gaul isi ayam dengan kunyit
- Goreng isi ayam dgn minyak
- Apabila ayam dah masak, masukkan bawang merah dan bawang putih
- Masukkan mix vege
#4. Sagu + full cream + kurma + dragon fruit
Cara sediakannya:
- Rendam sagu letak dalam peti sejuk dari pukul 11 malam sampai 7 pagi keesokan harinya
- Disebabkan sagu sudah rendam lama, jadi mengambil masa sekejap saja untuk dimasak hingga hilang mata ikan
- Ketika sudah siap nak masaj, boleh masukkan puri dragon fruit dan masakkan sekejap
- Selepas itu, masukkan puri kurma dan susu full cream dan biarkan sekejap di atas api
#5. Chicken gravy
Cara sediakannya:
- Goreng ayam dengan mentega
- Masuk celery, kobis bunga, lobak merah dan susu dalam 70 ml bersama tepung gandum (unbleached)
- Apabila lembut boleh kisar
#6. Mashed potato & noodles
Cara sediakannya:
- Rebus kentang
- Bila sudah empuk, lenyek/kisar hingga halus
- Kacau bersama dengan unsalted butter
#7. Mashed potato with chicken gravy
Cara sediakannya:
- Rebus kentang
- Bila sudah empuk, lenyek/kisar hingga halus
- Kacau bersama dengan unsalted butter
- Masukkan chicken gravy tadi
#8. Chicken noodles
Cara sediakannya:
- Rebus noodle sehingga kembang
- Tumiskan bawang putih, bawang besar dan ayam dengan mentega
- Masukkan celery, kacang peas, brokoli dan kobis bunga
- Tambahkan air
- Masukkan mee
#9. Bubur ikan tenggiri
- Tumiskan bawang merah dan bawang putih dengan unsalted butter dan isi ikan tenggiri. Asingkan bahan ini
- Rebus nasi, labu, lobak merah, tomao, kacang peas sehingga lembut dan masukkan bahan tumis tadi. Masak sebentar apabila siap semua kisarkan.
#10. Tofu dengan buah naga
- Kukus tofu selama lima minit
- Ptotong buah naga secara dadu dan campurkan dengan tofu
- Ini bukan saja buat bayi lebih berselera, malah ia juga berupaya menaikkan berat badan bayi.
Menu sayur sedap untuk anak
Ya, tidak dinafikan ada diantara anak kita yang sejak bayi lagi sudah menolak sayuran, lagi-lagi yang berusia 8 bulan ke atas. Jangan risau ini antara menu yang anda boleh cuba untuk ‘mengumpan’ si manja makan sayur!
-
French fries lobak merah
Mudah saja nak buah french fries lobak merah ini, seakan sama saja caranya buat kentang goreng. Tapi lebih sihat kerana anda hanya perlu bakar, tanpa goreng!
potong lobak merah secara memanjang, lebih tebal pun tak mengapa. Kemudian salutkan dengan minyak zaitun. Kemudian salutkan pula dengan paprika atau apa saja rempah yang anda suka dan tidak terlalu pedas untuk anak.
Susun di dalam dulang dan sedia untuk dibakat dengan suhu 200 darah selsius,dalam 20-35 minit.
Kemudian siap untuk dihidang!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga: 4 Makanan Terbaik Untuk Otak, Boleh Cuba Beri Anak!