6 Persoalan Tentang Makanan Ibu Menyusu, AMBIL TAHU Agar Tak Timbul Kekeliruan

Ini segala persoalan tentang makanan ibu menyusu yang anda patut tahu dan jadikan ini sebagai rujukan di masa mendatang.

Ramai wanita yang baru melahirkan bayi keliru dengan makanan ibu menyusu yang tidak boleh diambil secara sebarangan. 

Keadaan bertambah kalut dan keliru apabila ketika ini, keluarlah berbagai nasihat sama ada secara tradisional mahupun moden oleh mereka yang berpengalaman. 

Namun, mana satu yang betul dan mana pula yang salah? Berikut adalah soalan tentang makanan ibu menyusu badan yang sering menimbulkan kekeliruan. 

6 soalan berkaitan makanan ibu menyusu  

#1. Perlukah ibu menyusu mengambil makanan berkalori dalam diet seharian? 

makanan ibu menyusu, makanan penyusuan susu ibu, ibu menyusu, pemakanan ibu menyusu, pemakanan ibu yang menyusukan anak, makanan ibu menyusukan bayi, makanan ibu menyusu si kecil, makanan ibu, makanan wanita menyusu, makanan bagi ibu menyusu Kredit: Hipwee

Menurut pakar, ibu menyusu perlu mengambil sekurang-kurangnya 500 kalori tambahan supaya dapat memproduksikan susu badan. Walau bagaimanapun, 500 kalori ini bersamaan dengan waffle bersama coklat atau nasi goreng telur dadar. 

Bagi memastikan kalori bertahan lebih lama dalam tubuh, ibu disarankan mengambil buah-buahan kering dan bijirin kerana kalori seperti ini lebih senang dibakar ketika menyusukan anak.

#2. Apakah makanan yang baik untuk ibu menyusu? 

Makanan anda harus diperkaya dengan protein, zat besi dan kalsium. Selain itu, anda juga memerlukan buah-buahan, bijirin, whole grain, dan sayuran segar serta kekacang seperti almond, pistachio dan badam. 

Diingat juga pada ibu menyusu agar tidak mengambil makanan yang terlalu tinggi minyak, gula dan garam. 

#3. Apakah makanan yang dilarang ambil bagi lancarkan penyusuan? 

makanan ibu menyusu, makanan penyusuan susu ibu, ibu menyusu, pemakanan ibu menyusu, pemakanan ibu yang menyusukan anak, makanan ibu menyusukan bayi, makanan ibu menyusu si kecil, makanan ibu, makanan wanita menyusu, makanan bagi ibu menyusu

Ibu menyusu boleh ambil apa saja makanan asalkan tidak berlebihan dan dalam kuantiti yang kecil. 

Ini kerana, anda perlu memastikan makanan yang diambil itu tidak membuatkan bayi sakit perut, sembelit dan sebagainya. 

Jika ingin mengambil sebarang jamu dan ubatan herba, anda boleh meminta pandangan doktor terlebih dahulu sama ada ia mengandungi bahan yang selamat dan diluluskan Kementerian Kesihatan Malaysia. 

#4. Perlukah ibu menyusu ambil suplemen? 

Ibu menyusu disarankan mengambil suplemen seperti zat besi, folik, kalsium, Vitamin A, Vitamin B12 dan Vitami C. 

Apapun, rujuk doktor terlebih dahulu sebelum mengambilnya ya.

#5. Perlukah ibu menyusu minum air masak untuk tambahkan susu badan? 

Sebenarnya, susu yang dihasilkan dari badan bergantung pada permintaan bayi. Lebih kerap bayi menyusu, maka penghasilan susu ibu akan dihasilkan secara semula jadi. 

Namun, anda digalakkan minum cukup air kosong supaya dapat mempercepatkan pemulihan selepas bersalin seterusnya menambah tenaga semasa menyusukan anak. 

#6. Bolehkah ibu menyusu mengambil makanan yang mengandungi herba? 

makanan ibu menyusu, makanan penyusuan susu ibu, ibu menyusu, pemakanan ibu menyusu, pemakanan ibu yang menyusukan anak, makanan ibu menyusukan bayi, makanan ibu menyusu si kecil, makanan ibu, makanan wanita menyusu, makanan bagi ibu menyusu Kredit: Kebun2u Argo

  • Ibu menyusu boleh minum teh herba kerana ia mengandungi camomile, pudina dan jintan. 
  • Herba dalam masakan juga tidak membahayakan penyusuan susu ibu asalkan tidak berlebihan seperti lada hitam, halia dan kunyit.
  • Namun, sebarang ubat herba kurang digalakkan kerana belum diketahui sama ada bahan yang digunakan selamat atau tidak untuk bayi. 

Secara kesimpulannya, makanan ibu perlulah mengikut piramid pemakanan yang disyorkan oleh pakar supaya bayi turut dapat khasiat dan manfaatnya dari penyusuan susu badan.

Semoga bermanfaat. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Sirap Limau

Baca juga:

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!