Risau Berat Anak 2 Tahun Tak Naik-Naik, Ini 5 Makanan Buat Si Kecil Nampak Gemuk

undefined

Beberapa cadangan makanan untuk anak 2 tahun yang WAJIB anda masukkan dalam hidangan si kecil setiap hari supaya membantu pertambahan berat badan mereka.

Ibu mana yang tak risau bila melihat anak dua tahun mereka tak mahu makan walaupun ibu telah siapkan pelbagai jenis makanan untuk anak 2 tahun yang menarik namun tetap tak dapat nak bantu selera makan mereka.

Apatah lagi dalam usia ini pertumbuhan mereka adalah sangat perlu dititikberatkan supaya tidak menganggu proses perkembangan mereka.

Sebab itulah, ibu bapa harus menyediakan makanan yang bernutrisi tinggi supaya dapat membantu pertumbuhan anak yang positif.

Bahkan, makanan yang diberikan juga haruslah bersesuaian dengan umur mereka dan jumlah makanan juga harus tepat supaya kandungan nutrisi yang diterima bersepadan dengan usianya.

Makanan yang tepat ini sekaligus membantu bentuk tubuh anak yang lebih ideal hingga orang mengatakan anak gemuk dan sihat.

Bagi mendapatkan anak dengan saiz gemuk ini anda perlu berikan mereka beberapa makanan seperti di bawah iaitu:

5 Makanan untuk anak 2 tahun yang bantu jadi gemuk 

Ini antara makanan untuk anak 2 tahun yang dapat membantu meningkatkan berat badan mereka ke paras yang lebih baik. Diharap perkongsian ini sebagai jalan keluar untuk membantu pertambahan berat badan si kecil anda. 

#1. Ubi atau kentang

makanan untuk anak 2 tahun

Makanan seperti ubi dan kentang amat sesuai untuk anak berusia dua tahun supaya mereka cepat gemuk atau badan cepat naik.

Ubi dan kentang ini biasanya digunakan sebagai makanan tambahan atau makanan pelengkap kepada menu utama anak setiap hari.

Ini kerana, ubi dan kentang memiliki kandungan kalori yang tinggi hingga mampu menambahkan berat badan anak.

Seperti ubi keledek memiliki kandungan gula dan beta karoten yang tinggi sehingga membantu masalah berat badan anak semasa di usia dua tahun.

Bahkan ubi ini boleh menjadi makanan pengganti nasi bagi anak dalam usia setahun.

#2. Kuning telur

Kuning telur memiliki kandungan nutrisi dan kalori yang tinggi hingga dapat memenuhi keperluan nutrisi harian anak. Malah ia bantu proses perkembangan otak anak kesayangan anda.

Kuning telur ini boleh diberikan dengan pelbagai cara seperti direbus dan diletakkan dalam sup atau bubur nasi.

#3. Pisang dan alpukat

makanan untuk anak

Buah pisang dan alpukat juga menjadi makanan tambahan bagi membantu pertambahan berat badan si kecil.

Seperti alpukat ia memiliki kandungan nutrisi yang banyak dan lemak sihat yang bantu memenuhi keperluan kalori anak hingga dapat menaikkan berat badan mereka.

Sementara pisang pula memiliki kandungan karbohidrat yang mudah dicerna hingga menjadi kalori yang baik untuk pertambahan berat anak.

#4. Keju

Keju ini adalah olahan susu yang boleh diberikan pada anak dalam usia dua tahun. Kandungan nutrisi pada keju dapat membantu memenuhi keperluan kalori pada anak hingga membantu tubuhnya jadi gemuk dan sihat.

Caranya, anda boleh masukkan sedikit keju pada roti, bubur, pasta dan sebagainya. Dengan langkah ini ia boleh menjadi alternatif rasa yang lebih enak lantas menyebabkan anak lebih berselera untuk menikmati hidangan di
dalam pinggannya.

#5. Makanan tinggi protein

makanan untuk si kecil

Bagi menambahkan berat badan anak, makanan yang mengandungi tinggi protein juga sangat disarankan buat mereka.

Selain kuning telur, daging ayam, daging lembu dan ikan harus sentiasa diberikan pada mereka agar si kecil memiliki berat badan yang ideal seiring dengan usianya.

Jenis makanan lain yang boleh diberikan seperti bijirin, buah berry, kekacang, sayuran berdaun hijau dan lain-lain.

Justeru, inilah beberapa makanan untuk anak dua tahun agar cepat gemuk. Hidangkan makanan ini sebagai menu utama mereka setiap hari.

Sekiranya anak mengalami kesukaran pertambahan berat badan, anda mesti mengubah cara mereka makan dan menghidangkan makanan yang lebih sihat.

Jika ada sebarang keraguan atau anak mengalami sebarang elergi seperti ruam kemerahan dan gatal-gatal, sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya. Semoga bermanfaat.

Risau Berat Anak 2 Tahun Tak Naik-Naik, Ini 5 Makanan Buat Si Kecil Nampak Gemuk

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: Hamil.co.id 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

https://my.theasianparent.combubur-bayi-6-bulan-yg-bikin-gemuk

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!