X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

6 perkara anda patut buat dengan bayi sebelum dia berumur 1 tahun

3 min bacaan
6 perkara anda patut buat dengan bayi sebelum dia berumur 1 tahun

Anak kita membesar dengan sangat cepat. Jadi, mari hayati detik indah si kecil kita sebelum dia mencecah umur setahun dengan 6 cara ini!

Apabila bayi berumur setahun, si kecil itu kita akan mula lincah dan semakin bijak. Mereka akan membesar dengan sangat cepat sehingga kita sendiri pun tak perasan!

Jadi, jom hayati fasa bayi si manja dengan melakukan beberapa perkara berikut. Inilah masanya untuk kita menikmati detik indah – sebelum mereka mula berusia setahun!

6 cara menikmati waktu bonding dengan bayi berumur setahun ke bawah

1. Melaram dengan baby carrier

bayi berumur setahun carrier

Kredit: Momtricks.com

Sebelum bayi berumur setahun, inilah masanya untuk kita mencuba memakai baby carrier. Bila dia sudah semakin besar, kita tak dapat merasa memakainya lagi.

Tugas mendukung bayi memang bukan mudah. Boleh sakit tangan dan pinggang jadinya.

Tapi, segala kesusahan ini pasti berbaloi apabila kita dapat merasai betapa dekatnya anak kita apabila dia menyandarkan kepala ke dada kita!

2. Memakaikan anak dengan baju kostum yang comel

Ya, anda masih dapat memakaikan baju kostum walaupun anak anda sudah berusia 2 atau 3 tahun.

Tapi, ia masih tidak dapat menandingi kecomelan baju kostum bayi! Lagipun, walau anak masih bayi, dia tidak dapat permintaan kita untuk memakaikannya baju kostum teddy bear atau kostum katak yang kiut-miut itu!

3. Bercuti dengan bayi

bercuti dengan bayi berumur setahun

Kredit: Luxerealty.mx

Walaupun bayi anda tidak dapat mengingati memori percutiannya dengan anda, tapi ia adalah detik indah untuk anda simpan sebagai ibu ayah.

Sebenarnya, bercuti dengan bayi tidaklah sesukar mana. Anda hanya perlu berlapang dada dan berfikiran positif saja.

Yang paling penting, nikmati percutian istimewa anda dengan anak, dia tidak akan kekal menjadi bayi selama-lamanya!

4. Buat rakaman video

Mungkin kita seorang ibu yang suka menangkap gambar comel bayi kita. Tapi, itu saja tidak mencukupi. Buat juga rakaman video.

Bayi mempunyai pelbagai detik pertama dan melalui banyak milestone dalam hidupnya. Tangisan pertama, gelak tawa yang pertama, mandian pertama, dan pelbagai lagi momen indah!

Dengan merakam video, anda pasti dapat melihat semula riak wajah comel, reaksi emosi, dan bunyi tangis dan ketawa si kecil. Sungguh indah sekali untuk dikenang!

5. Kukuhkan hubungan kasih sayang

bayi berumur setahun bonding

Kredit: Pregnancyandbaby.com

Sebaik saja kita menerima cahaya mata baru di rumah, kita mudah untuk terperangkap dengan kesibukan menguruskan bayi.

Itu belum termasuk tekanan perasaan, rasa letih, tidak cukup tidur, dan segala rasa sakit yang datang selepas bersalin.

Jadi, sebelum bayi berumur setahun, jom kukuhkan ikatan kasih sayang antara keluarga kita. Contohnya, dengan membuat kenduri meraikan kehadiran bayi dengan suami atau ahli keluarga terdekat.

6. Menulis jurnal atau blog

“Wah, saya ada masa ke nak tulis jornal ketika menjaga bayi di rumah?”

Anda mungkin terfikir tentang hal ini. Manalah ada masa untuk kita menulis. Bayi memerlukan banyak masa dan tenaga.

Tidak juga. Menulis jurnal tidak memerlukan anda membuat satu karangan lengkap. Cukup sekadar anda meluahkan perasaan dan memori indah yang dilalui oleh anda dan bayi anda pada hari itu.

Ia juga memberi manfaat buat si ibu dari segi mengekspresikan perasaan. Selepas bayi berumur setahun nanti, boleh anda baca semula dan mengenang memori lama ketika menjaga bayi anda yang masih kecil itu.

Stories Rakan Kongsi
Jangan Ambil Ringan Masalah Kulit Bayi: Kesan Jangka Panjang Jika Skin Barrier Lemah
Jangan Ambil Ringan Masalah Kulit Bayi: Kesan Jangka Panjang Jika Skin Barrier Lemah
Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier
Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?

Bila dia sudah besar nanti, kongsikan juga jurnal atau blog anda dengannya!

Sumber: theAsianparent Singapore, Romper, Fit Pregnancy

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Eratkan Ikatan Ibu Bapa Dan Anak Dengan Cadangan Masa Bonding Ini (Bergambar)

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noor

  • halaman rumah
  • /
  • Bayi
  • /
  • 6 perkara anda patut buat dengan bayi sebelum dia berumur 1 tahun
Kongsikan:
  • Jangan Ambil Ringan Masalah Kulit Bayi: Kesan Jangka Panjang Jika Skin Barrier Lemah
    Stories Rakan Kongsi

    Jangan Ambil Ringan Masalah Kulit Bayi: Kesan Jangka Panjang Jika Skin Barrier Lemah

  • Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier
    Stories Rakan Kongsi

    Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier

  • Perut Bayi Berbunyi: Adakah Ia Normal Atau Petanda Masalah? Ini Yang Ibu Ayah Kena Tahu

    Perut Bayi Berbunyi: Adakah Ia Normal Atau Petanda Masalah? Ini Yang Ibu Ayah Kena Tahu

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami

  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham