10 Idea Makanan Bayi Dikongsi Hanis Zalikha Untuk Baby Yusuf Iskandar
Bagi ibu yang sudah kering idea untuk sediakan menu hidangan anak umur satu tahun boleh mencuba 10 resepi yang dikongsikan oleh Hanis Zalikha ini. Mana tahu, salah satunya anak suka?
Tak ada yang menggembirakan hati ibu selain melihat anak kecilnya berselera makan. Pasti pinggan yang penuh berisi makanan akan licin dijamah anak.
Untuk memudahkan kerja dapur mak-mak, hari ini, kami kongsikan apa yang Hanis Zalikha masak sebagai makanan untuk bayi 1 tahun yang berkhasiat dan sihat.
Semuanya diberi pada anak beliau. Patutlah anak comel sangat, kan!
Lihat saja Instagram miliknya yang penuh dengan resepi dan makanan bayi yang enak, sedap dan mudah disediakan. Ha… apa tunggu lagi para ibu sekalian. Tunjukkan skill masakan anda bermula hari ini. Ayuh!
Bagi bahan-bahan penyediaannya, anda boleh lihat melalui gambar yang disertakan.
10 resepi dan makanan untuk bayi 1 tahun
1.Makanan untuk bayi 1 tahun : Nasi lembik, lobak merah dan sup jernih ikan bilis
Cara masak:
1) Ambil minyak zaitun dan tumis nasi lembik bersama sup jernih bawang ikan bilis.
2) Lobak merah untuk dipegang dan gigit.
3) Kemudian, ambil lagi lobak dan masak sekali dalam sup hingga lembut.
2. Makanan untuk bayi 1 tahun: Bayam stim, cendawan tumis dan ayam
Cara masak:
1) Nasi + millets (lihat biji kuning yang ada pada nasi)
2) Bayam yang telah distim.
3) Campurkan bahan tersebut bersama cendawan tumis, ayam dan bawang.
3. Makanan untuk bayi 1 tahun: nasi, ayam tumis dan keju nipis
Cara masak:
1) Nasi + ayam ditumis dahulu dengan minyak zaitun.
2) Rebus edamame bersama kepingan keju nipis
4. Makanan untuk bayi 1 tahun: Nasi, ayam, cendawan dan brokoli
Cara masak:
1) Nasi + ayam + brokoli stim seperti biasa.
2) Cendawan tumis dengan minyak zaitun.
3) Campurkan bersama dan kisar halus
5. Makanan untuk bayi 1 tahun: Nasi, brokoli dan batang seleri
Cara masak:
1) Stim nasi, ayam, brokoli dan batang seleri.
2) Kemudian kisar halus semua bahan tersebut
6. Makanan untuk bayi 1 tahun: serbuk ikan bilis
Cara masak:
1) Kopek ikan bilis buang tahi dan basuh bersih. Kemudian rendam seketika untuk kurangkan rasa masin.
2) Kemudian toskan ikan bilis dan sangai dalam kuali tanpa minyak.
3) Selepas itu, kisar halus dan simpan dalam bekas.
7. Makanan untuk bayi 1 tahun: Nasi tomato
Cara masak:
1) Basuh beras hingga bersih.
2) Stim beras dan baby tomato.
3) Kisar kedua-dua bahan tersebut.
8. Makanan untuk bayi 1 tahun: Nasi lembik, brokoli dan serbuk ikan bilis
Cara masak:
1) Nasi lembik kemudian campur dengan brokoli yang telah distim dan serbuk ikan bilis dibuat sendiri.
9. Makanan untuk bayi 1 tahun : Avokado, bayam dan oat organik
Cara masak:
1) Avokado, sayur bayam organik dan oat organik. Campurkan sekali.
2) Kisar halus untuk jadi puri dan dihidang ketika waktu petang.
10. Makanan untuk bayi 1 tahun: baby pasta, sos tomato dan lobak
Cara masak:
1) Masukkan baby pasta. Kemudian biarkan seketika.
2) Masukkan sos tomato dan bawang holland yang ditumis bersama lobak yang direbus.
3) Setelah itu, kisar semua bahan ini dengan sosnya sekali.
Walau bagaimanapun, teknik yang digunakan Hanis Zalikha ini boleh diubah mengikut umur dan kesesuaian bayi.
Jika sudah ada gigi dan berumur satu tahun ke atas mungkin ibu tak perlu lagi kisar secara halus.
Semoga perkongsian ini bermanfaat dan selamat mencuba!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Intrend, Instagram Hanis Zalikha
Kredit gambar: diaridunia.com
Baca juga:
Resepi Makanan Bayi 1 Tahun Yang Mudah & Berkhasiat, Si Manja Mesti Akan Suka!