20+ Maksud Mimpi Mengandung & Melahirkan Bayi, Adakah Ia Petanda Yang Buruk?

undefined

Mimpi mengandung dan melahirkan bayi boleh menjejaskan fikiran anda sebaik sahaja bangun daripada tidur. Namun adakah ia petanda tidak baik?

Bagi anda yang mengalami mimpi mengandung atau melahirkan bayi, tentu sahaja ia menjadi tanda tanya apakah maksud mimpi tersebut. Lebih-lebih lagi ia kerap menganggu tidur dengan jalan kisah yang hampir sama.

Bagi sesetengah orang akan menganggap bahawa mimpi mengandung atau mimpi orang mengandung adalah mainan tidur. Ia mungkin boleh terjadi kerana tidak basuh kaki sebelum melelapkan mata.

Namun tidak ada salahnya jika anda selidik dahulu beberapa maksud mimpi mengandung, barulah nanti fikiran tidak kusut memikirkan hal yang sama.

Maksud mimpi mengandung dan melahirkan bayi

maksud mimpi hamil

#1. Mimpi mengandung

Mengikut pelbagai kepercayaan, mimpi mengandung ini bermaksud anda bakal menghadapi sebuah dugaan hidup yang dapat dihadapi dengan baik atau cita-cita selama ini anda dambakan akan tercapai.

#2. Mimpi hamil dan berubah jadi kenyataan

Ia dikatakan petanda bahawa anda bakal menerima rezeki yang tidak disangka-sangka.

#3. Mimpi mengandung sebelum berkahwin

Tafsiran mimpi mengandung ini mungkin boleh menjadi petunjuk akan ada ujian yang boleh mendatangkan kemuliaan dalam hidup anda setelah dilalui dengan hati tabah.

#4. Mimpi mengandung anak kekasih

Tafsiran mimpi sebegini mungkin ada yang berniat buruk di sekeliling anda. Walaupun tidak pasti akan kebenarannya, amalkan langkah-langkah keselamatan ketika berada di luar rumah kerana malang tidak berbau.

#5. Suami mimpi isteri mengandung

Siapa tidak gembira apabila dapat menikmati mimpi sebegini, lebih-lebih lagi jika anda dan pasangan sudah lama menantikan cahaya mata. Tafsiran mimpi disebaliknya ialah bakal memperoleh rezeki yang banyak.

#6. Mimpi bernikah dan terus hamil

Maksud mimpi mengandung segera selepas berkahwin menandakan bahawa anda dan pasangan akan memperoleh kebahagiaan dan pertolongan yang diinginkan.

#7. Mimpi mengandung lagi

maksud mimpi bersalin

Bagi ibu yang sudah memiliki anak, tafsir mimpi mengandung sekali lagi adalah petanda bahawa anda akan ada kemajuan dalam usaha atau keuntungan besar bagi setiap urusan yang sedang dijalankan.

#8. Hamil di pagi hari

Bakal memperoleh pekerjaan yang diinginkan.

#9. Mimpi hamil ketika tidur pada waktu siang

Perancangan yang sedang dijalankan bakal mendatangkan hasil lebih besar melalui usaha kerja keras.

#10. Mimpi mengandung anak kembar

Akan memperoleh keuntungan yang berlipat kali ganda

#11. Mimpi hamil kembar tiga

Makna mimpi ini ialah anda akan mengalami perkara yang baik dalam hidup dan memperoleh kemuliaan atau reputasi bagus.

#12. Mimpi hamil dan melahirkan anak cacat

Akan memperoleh keuntungan dengan cara yang tidak baik.

#13. Maksud mimpi mengandung tapi belum kawin

Maksud mimpi mengandung tapi belum kawin adalah akan datangnya rezeki yang melimpah ruah pada masa hadapan.

Rezeki yang bakal anda perolehi tidak pernah terfikir sebelum ini. Walaupun rezeki melimpah ruah, jangan lupa bersyukur dan berkongsi rezeki dengan yang memerlukan.

Selain itu mimpi mengandung tapi belum kawin juga petanda anda akan segera mendapat jodoh di masa hadapan.

Mula buka hati dan minda untuk memulakan hubungan baharu dengan lelaki. Tinggalkan masa lalu dan mula fokus untuk menjalani masa depan.

#14. Mimpi kawan mengandung

Pakar mimpi, Lauri Loewenberg berkata bahawa bermimpi diri atau orang lain mengandung boleh menunjukkan perasaan anda tentang perubahan atau tujuan baru dalam hidup. Mimpi mengandung juga boleh dikaitkan dengan fasa perkembangan dalam kehidupan.

Loewenberg menjelaskan, mimpi hamil boleh menjadi cara alam bawah sedar untuk menyampaikan perasaan yang sangat sukar untuk disampaikan dengan kata-kata di dunia nyata.

Semasa tidur dan berada dalam alam bawah sedar, anda akan dipaksa untuk memberi tumpuan kepada perkara yang biasanya anda abaikan.

“Jadi impian itu akan membolehkan kita lebih memahami situasi ketika itu dengan mempersembahkannya dalam bentuk berbeza,” kata Loewenberg, lapor The Cut .

Justeru mimpi kawan mengandung boleh menunjukkan bahawa anda berada dalam fasa evolusi rohani. Anda menyedari bahawa perjalanan kehidupan adalah sesuatu yang unik dan bertanggungjawab terhadap tindakan yang perlu diambil.

Maksud mimpi kawan mengandung ini boleh menunjukkan bahawa anda perlu menjadi matang sekarang. Semasa membuat keputusan, anda perlu bijak dan mempertimbangkan kesannya kepada orang sekeliling.

Jenis mimpi mengandung yang kurang baik

  • Mimpi melahirkan: Akan mendapat khabar yang baik atau untung dalam masalah kewangan atau kesihatan
  • Hamil atau melahirkan anak di luar nikah: Bakal memperoleh ujian hidup
  • Mimpi menyaksikan orang bersalin: Akan mendapat dugaan dalam karier dan kehidupan sosial
  • Mimpi melahirkan secara normal: Akan mendapat kesempatan pada awal terlibat dengan sesuatu perkara seperti pindah rumah atau pekerjaan baru.

makna mimpi mengandung

  • Melahirkan bayi lelaki: Akan memperoleh kebaikan dan keuntungan pada kemudian hari
  • Melahirkan bayi perempuan: Akan mendapat kemuliaan, mewarisi harta pusaka atau dibukakan pintu rezeki
  • Mimpi kelahiran mati (bayi meninggal selepas bersalin): Akan mengalami kegagalan dalam perkara yang dicita-citakan.
  • Mimpi melahirkan ketika sedang mengandung: Akan dibukakan pintu rezeki dan diberikan kesihatan.
  • Mimpi melahirkan ketika masih bujang: Ada yang iri hati melihat kedudukan anda sehingga sanggup menyebarkan pelbagai fitnah di belakang anda tanpa disedari.
  • Mimpi keluar anak kembar ketika bersalin: Akan bertemu ahli keluarga setelah sekian lama tidak berjumpa
  • Mimpi melahirkan anak yang sudah meninggal: Akan kehilangan sesuatu yang sedang dimiliki sekarang.

Mimpi mengandung dalam islam

#1. Merupakan petanda yang baik

Mimpi mengandung dalam Islam dikatakan membawa khabar yang baik. Ketika anda bermimpi dan terjaga dari lena, anda boleh berasa lebih bahagia. Tandanya akan datang khabar yang menggembirakan seperti kehadiran zuriat yang selama ini telah lama ditunggu.

#2. Harapan

Mimpi mengandung dalam islam berkait rapat kerana anda sedang mengidamkan kehadiran seseorang sehingga terbawa ke dalam tidur.

Sumber: Penulis asal Fitriyani. Artikel ini mendapat kebenaran daripada theAsianparent Indonesia untuk diterjemah

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Tidak Hanya Lelaki, Wanita Juga Alami Mimpi Basah Ketika Tidur! Apakah Tandanya?

Baca juga:  100 Tafsir Mimpi Diri Sendiri Dan Termimpi Orang Lain

Baca juga: Maksud Mimpi Dipatuk Ular, Betulkah Bakal Dipinang? Kalau Dah Kahwin Bagaimana?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!