Khasiat Halia Dipercayai Mampu Merawat Batuk & Kembung Perut Si Kecil

undefined

Ini beberapa manfaat halia bagi bayi dan kanak-kanak.

Halia merupakan sejenis herba yang selalu ada di dalam dapur rumah anda kerana ada banyak manfaat halia ini yang salah satunya dapat memberikan aroma kepada makanan yang disediakan supaya berbau harum dan wangi.

Bukan setakat itu sahaja, halia ini juga digunakan terutamanya sebagai ubat semulajadi bagi mengurangkan gejala mual, batuk dan masalah gastrik pada orang dewasa.

Namun begitu, boleh atau tidak halia ini diberikan kepada bayi? Adakah ia menawarkan sebarang manfaat kesihatan? Atau adakah ia boleh memberikan kesan sampingan yang mungkin kita tidak sedar. 

Jom, kami ada jawapan terhadap soalan anda itu.

Manfaat halia dan nilai nutrisinya

manfaat halia

Halia diklasifikasikan sebagai herba dan merupakan makanan diet yang paling banyak digunakan di seluruh dunia.

Antara nutrien yang terkandung dalam halia seperti air, serat, kalsium, magnesium, phosphorus, potassium, choline dan phytosterols.

Halia juga dianggap sebagai sumber bioaktif fenolik yang baik seperti gingerol, shogoal dan paradols. Semua ini cenderung memaparkan sifat anti radang dan anti tumorigenik dan boleh membantu mengurangkan risiko kanser tertentu walaupun lebih banyak penyelidikan diperlukan untuk menentukan keberkesanannya.

Adalah halia selamat diberikan kepada bayi?

manfaat halia

Halia dianggap makanan yang selamat digunakan kepada bayi walaupun tiada kajian yang membuktikan kenyataan ini.

Sementara itu, bagi orang dewasa pula, pengambilan yang disyorkan adalah sehingga empat gram sehari.

Walaubagaimanapun FDA memberi nasihat agar ibu bapa berhati-hati menggunakan halia di rumah sebagai ubat alternatif kerana ia mungkin boleh memberi kesan tertentu dan perlu mendapatkan bimbingan daripada ahli
pediatrik.

Malah, penggunaan halia sebagai ubat tidak disyorkan untuk kanak-kanak di bawah usia dua tahun. Oleh itu, perundingan pediatrik dinasihatkan sebelum anda menggunakan halia untuk sebarang tujuan perawatan.

Manfaat halia yang anda mungkin tak tahu

#1. Antimikrob, antikulat dan antiviral

Kajian menunjukkan bahawa halia memiliki aktiviti antimikrob terhadap E Coli, Salmonella dan Bacillus subtilis.

Seperti bayi, mereka mudah terdedah dengan serangan bakteria dan sekaligus dengan penggunaan halia boleh mencegah jangkitan yang mungkin boleh berlaku.

Selain itu, ciri-ciri anti kulat dan anti virus boleh membantu meningkatkan imuniti badan.

#2. Mengurangkan masalah gastrousus

Sifat karminatif halia boleh membantu mengurangkan masalah gastrousus seperti gastrik hingga membawa keadaan lain misalnya sembelit dan perut kembung.

#3. Mengurangkan loya pesakit

Sifat antiemetik halia didapati boleh mengurangkan loya pada pesakit yang mengalami muntah selepas pembedahan. Jadi di bawah bimbingan pediatrik, perkara yang sama boleh berfungsi kepada si kecil. 

#4. Merawat batuk anak

Jika ahli pediatrik meluluskan ini, anda boleh menggunakan halia sebagai alternatif untuk merawat batuk. Jus halia boleh digabungkan dengan madu adalah ubat yang bantu merawat batuk di rumah. Tetapi, hati-hati madu hanya disyorkan kepada bayi di atas umur satu tahun.

#5. Meringankan pernafasan

Sesetengah kajian menunjukkan bahawa sebatian tertentu dalam halia secara langsung dapat melonggarkan paru-paru dan membantu meringankan pernafasan.

Selain itu, pelbagai kajian juga menunjukkan bahawa halia boleh membantu mengurangkan kesakitan.

Ia secara amnya menghalang fungsi enzim yang merupakan komponen penting dalam tindak balas keradangan. Oleh itu, jika bayi anda mengalami sakit telinga atau sakit perut, halia boleh digunakan.

Langkah berjaga-jaga semasa menggunakan halia dalam makanan si kecil

halia

– Halia boleh mengubah kesan beberapa ubat. Oleh itu jika bayi ambil beberapa jenis ubat, periksa dahulu dengan pakar pediatrik sebelum menggunakan halia ini.

– Penggunaan halia dengan madu mesti dielakkan untuk bayi bawah satu tahun kerana risiko botulisme.

– Jika bayi sensitif terhadap halia, maka mungkin beberapa kesan sampingan boleh muncul seperti pedih ulu hati, cirit-birit, kembung dan lain-lain.

– Jika ingin masukkan halia ke dalam makanan anak buat pertama kali pastikan ikut 4 days rules bagi memastikan bayi tidak sensitif dengan herba yang satu ini.

Semoga bermanfaat.

Khasiat Halia Dipercayai Mampu Merawat Batuk & Kembung Perut Si Kecil

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: Mom Junction

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

https://my.theasianparent.comair-halia-untuk-ibu-mengandung

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!