Suami Isteri Yang Tidur Berpelukan, Hidup Lebih Lama Berbanding Pasangan Lain
Tahukah manfaat pelukan ketika tidur mampu membuatkan diri anda lebih bertenaga dan ceria? Tabiat ini turut memberikan ketenangan setelah penat bekerja
Bagi pasangan yang tidak menyedari akan manfaat pelukan ketika bersama, anda boleh dianggap sebagai golongan yang rugi untuk memperoleh kesihatan fizikal dan mental.
Perjalanan sebagai suami isteri pastinya penuh kebahagiaan sekiranya anda berusaha mengekalkan perkara-perkara romantik dalam kehidupan seharian seperti awal perkahwinan dahulu.
Manfaat pelukan suami isteri
Sekiranya anda dan suami jarang tidur secara berpelukan kerana faktor tidak selesa, panas atau rimas, anda sebenarnya telah menghalang manfaat pelukan yang mampu menenangkan sistem saraf tubuh badan.
Posisi tidur yang dianjurkan bagi suami isteri adalah posisi di mana suami memeluk isteri dari belakang. Dengan posisi ini, suami akan dapat memiliki isteri sepenuhnya, selain suami rasa lebih puas ketika tidur.
Sebuah kajian yang telah dilakukan oleh Profesor Psikologi dari University of Hertfordshire, Richard Wiseman, terhadap lebih 1 000 orang responden mendapati sebanyak 86% pasangan yang tidur kurang satu inci daripada pasangannya akan merasa lebih bahagia dalam hubungan berbanding 66% pasangan yang tidur berjauhan jarak lebih 30 inci.
Kajian oleh Medical University of Vienna pula membuktikan manfaat pelukan ketika tidur berupaya meredakan stres, menurunkan tekanan darah dan meningkatkan memori.
Hal ini hanya akan berlaku sekiranya anda memeluk orang yang anda sayangi. Antara kebaikan pelukan yang lain ialah:
#1. Memanjangkan usia
Kajian menunjukkan seseorang yang tidur berpelukan dengan orang yang dicintai dapat membuatkan otak, jantung dan organ badan lain berfungsi lebih tenang dan sekaligus membantu meningkatkan usia.
Bukan itu sahaja, manfaat pelukan turut menjamin kesihatan jantung kerana hormon oksitosin bertindak menghalang pengeluaran hormon yang menyebabkan stres.
Selain itu, hormon kortisol dan hormon norepinephrine yang terkawal secara tidak langsung akan membantu mengurangkan risiko seseorang mengalami serangan penyakit jantung.
#2. Menjadikan tidur lebih nyenyak
Sekiranya anda sering melelapkan mata secara keseorangan, ia sebenarnya akan menyebabkan otak cenderung untuk berfikir lebih banyak melebihi kemampuannya.
Keadaan ini sekaligus menyebabkan anda mengalami masalah sukar untuk tidur atau gangguan insomnia. Menurut sebuah kajian yang telah dilakukan, manfaat pelukan membantu otak berasa lebih tenang dan bebas tekanan.
Di samping itu, tidur berpelukan bersama pasangan berupaya membuatkan tubuh berasa lebih ringan kerana berlakunya pengaliran hormon oksitosin yang tinggi.
Hal ini sekaligus membantu menyingkirkan gejala insomnia dengan membuatkan diri anda lebih cepat lena dan tidur lebih nyenyak sepanjang malam.
#3. Menguatkan hubungan suami isteri
Manfaat pelukan bersama pasangan mampu meningkatkan kadar hormon oxytocin. Hormon ini dikenali sebagai hormon cinta.
Sekiranya hormon cinta sentiasa dirangsang, ia akan menambahkan perasaan kasih sayang, rasa lebih dihargai dan menghilangkan kesunyian yang dihadapi oleh seseorang individu.
Menurut kajian, hampir 94% pasangan suami isteri mengakui lebih mesra ketika berpelukan dari pasangan yang tidak berkesempatan untuk berpelukan.
#4. Bertenaga untuk memulakan rutin harian
Ketika anda menikmati tidur berpelukan dengan pasangan sepanjang malam, hormon dopamin akan dilepaskan di seluruh tubuh dan menyebarkan adrenalin dalam aliran darah.
Bukan itu sahaja, kekurangan hormon adrenalin akan membuatkan tubuh gagal untuk kekal dalam keadaan yang baik ketika anda berhadapan dengan pelbagai situasi yang penuh tekanan.
Ketika anda tidur dengan pasangan dan saling berpelukan, perasaan cinta akan bertambah sekaligus mewujudkan suasana riang.
Kesannya, setelah bangun pada keesokan pagi, anda akan menjadi lebih bersemangat dan segar untuk memulakan sebarang pekerjaan dengan penuh tenaga.
#5. Membuatkan wajah lebih awet muda
Kajian turut mendapati bahawa pasangan yang kerap berpelukan sewaktu tidur akan membantu wajah kelihatan tua sebelum usia.
Hal ini berlaku kerana berlakunya pengaliran oksigen pada seluruh jaringan anggota tubuh badan dan menjamin tahap kesihatan yang lebih baik.
Kebaikan pelukan turut mendapati kulit menjadi semakin halus, rambut berkilauan dan kuku tidak mudah rapuh kerana seluruh badan mendapat nutrisi yang secukupnya.
Hormon cinta yang dilepaskan membantu melancarkan kadar metabolisme, pernafasan, percernaan, peredaran darah dan membuatkan keseluruhan tubuh kekal sihat.
Sumber: Ayo Bandung, Maskulin
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Baca juga: Mahu Si Dia Lemas Dalam Dakapan, Ini 6 Teknik Ciuman Leher Yang Buat Pasangan Lebih Ghairah!