Menakjubkan! Begini Rupanya Melahirkan Bayi Songsang Secara Semulajadi- Gambar

undefined

Melahirkan bayi songsang secara semula jadi boleh dilakukan dengan tekad yang kuat dan keberanian sang ibu. Seperti yang dilakukan oleh ibu anak satu ini.

* Nota: Artikel ini mengandungi gambar-gambar yang eksplisit dan mungkin terlalu sensitif untuk sesetengah pembaca.

Melahirkan bayi songsang adalah kes yang sering terjadi, dan ia selalunya sukar untuk dilakukan secara bersalin normal.

Sehinggakan, bayi songsang sering dilahirkan secara pembedahan. Namun, ada seorang ibu yang juga bekerja sebagai seorang bidan, telah melahirkan bayi songsang secara semula jadi.

Mel menjalani kehamilannya dengan lancar dan janin dalam kandungannya membesar dengan sihat.

Namun, di minggu-minggu akhir kehamilan, dia baru ketahui bahawa bayinya berada dalam posisi songsang, di mana kaki bayi berada di bawah dan kepalanya di atas.

melahirkan bayi songsang normal

Mel melahirkan bayi songsang secara normal ditemani si suami

Mel sebagai  seorang bidan tahu bahawa masih ada kemungkinan untuk melahirkan bayi songsang secara semula jadi.

Maka, dia mula berbincang dengan klinik yang menangani kes bayi songsang. Doktor yang ditemuinya menyatakan Mel memiliki kriteria untuk bersalin secara normal.

Dapat sokongan suami untuk melahirkan bayi songsang secara normal

Dengan sokongan penuh dari suami, Mel memutuskan untuk melahirkan bayi songsang secara semula jadi. Kontraksi mula dirasakan Mel pada usia kandungan 41 minggu.

Dia menghabiskan waktunya di bawah aliran air shower di bilik mandi selama dia mengalami kontraksi tersebut.

bayi songsang

Mel melahirkan bayi songsang secara semula jadi dengan berlutut di tempat tidur.

Ketika kontraksinya menjadi semakin kuat, maka bayinya bersedia untuk dilahirkan. Mel bergerak ke tempat tidur dan mengambil posisi berlutut untuk bersalin, tanpa seorang pun yang membantunya.

Proses bersalin secara normal untuk bayi songsang berjalan lancar

melahirkan secara songsang

Mel tidak membenarkan bayinya disentuh oleh sesiapa

Mel terus mengatur nafas secara perlahan, sambil meneran bayinya. Dia tidak mengizinkan sesiapa pun untuk menyentuh tubuh bayi, sebelum tubuh si kecil keluar dengan sepenuhnya.

bayi songsang normal delivery

30 minit menjalani proses bersalin, bayi perempuan yang diberi nama Zoe pun lahir dengan selamat!

Meskipun lahir dengan posisi songsang, tetapi bayi Zoe tidak mengalami sebarang komplikasi apa pun. Dia sihat seperti bayi lain yang lahir dengan posisi normal.

melahirkan bayi songsang

Keberanian Mel untuk melahirkan bayi songsang secara semula jadi telah menjadi bukti bagi semua ibu yang mengalami kes bayi songsang bahawa persalinan normal boleh saja untuk dilakukan.

bersalin songsang secara normal

Kelahiran bayi Zoe yang melalui proses luar biasa ini, bukan saja menjadi kenangan tak dapat dilupakan untuk kedua ibu ayahnya, tapi juga inspirasi bagi semua orang yang melihatnya.

mel bidan bayi songsang

Tetapi, perlu diingatkan. Ibu tidak digalakkan untuk meniru langkah bidan ini!

Ini adalah perkongsian tentang proses bersalin yang dialami oleh si bidan, Mel, dan dikongsikan buat ibu-ibu lain di luar sana.

Untuk negara kita, anda sewajarnya berjumpa dengan doktor dan mendapatkan nasihat profesional.

Jika anda ingin melakukan hal yang sama seperti bidan Mel, pastikan ada pakar perubatan yang mendampingi.

Malah, dapatkan juga konsultasi daripada doktor berkaitan tentang kemungkinan untuk anda bersalin secara normal ketika bayi anda songsang.

Menurut pakar sekiranya setelah diperbetulkan kedudukan bayi, bayi masih dalam keadaan songsang, ibu akan digalakkan untuk bersalin secara pembedahan. 

Adakah anda punya pengalaman melahirkan bayi songsang? Baik melahirkan secara semula jadi atau caesar, jom berkongsi di ruangan komen ya, ibu. 

Sumber: The Asian Parent Indonesia

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Begini Cara Doktor Perbetulkan Kedudukan Bayi Dalam Kandungan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!