Cara Mencuci dan Menyimpan Baju Bayi Baru Lahir Buat Ibu Bapa Baru
Ini 5 petua cara betul untuk mencuci baju bayi dan simpan pakaian si manja untuk ibu bapa baru supaya ia boleh tahan hingga ke anak seterusnya.
Mencuci baju bayi dan menghilangkan kekotoran dari pakaian si manja mungkin tugas yang bosan dan memakan masa. Biarpun pakaian baru mahupun yang lama, di sini adalah 5 petua, cara betul untuk mencuci dan menyimpan baju bayi supaya ia boleh tahan sehingga ke anak yang seterusnya.
Namun sebelum kami memberi tip penting buat anda ini, anda perlu tahu mengapa mencuci baju bayi amat penting.
Sebenarnya, kebanyakan pakaian bayi yang baru disembur dengan bahan kimia formaldehid sebelum dihantar untuk dijual.
Bahan kimia ini disembur untuk memastikan pakaian itu nampak baru dan tidak kusut apabila sampai ke destinasi. Kulit bayi sangat suci dan sensitif, jadi elak dari tersentuh bahan kimia yang ada pada baju baru.
Isi Kandungan
Petua Mencuci Kekotoran Pada Baju Bayi
Sebaik sahaja bayi anda dapat pulang ke rumah, mulalah cabaran untuk mencuci baju bayi yang sebenar. Muntah, kesan najis, sisa makanan dan lain-lain lagi!
Sekiranya baju bayi terkena makanan berminyak, jangan cepat panik. Segera cuci pakaian kotor dengan air biasa untuk mengurangkan kesan pada baju. Kemudian rendam pakaian itu dengan air sabun sekurang-kurangnya 30 minit.
Tips penting: sabun pencuci pakaian jenis cecair lebih berkesan untuk menghilangkan kekotoran berbanding jenis serbuk.
Selain itu, anda juga boleh cuba guna bedak bayi sekiranya baju terkena minyak makanan.
Campurkan bedak bayi dengan sedikit air sehingga kemudian sapu pada kawasan yang terkesan minyak. Bedak bayi sangat berkesan, ia boleh menyerap sisa minyak di antara gentian kain. Ketepi 30 minit sebelum mencuci baju bayi anda seperti biasa. Jangan keringkan pakaian itu sehingga anda pasti kesan minyak itu sudah ditanggalkan.
Guna sabun pencuci yang lembut dan khas untuk bayi. Jangan guna pelembut kerana ia boleh merengsa kulit bayi anda. Pelembut juga boleh mengurangkan keberkesanan fungsi kalis api yang terdapat pada sesetengah baju tidur buatan luar negara.
Jangan lupa untuk mencuci pelapik katil, selimut, baju baru ibu bapa, dan apa saja yang boleh tersentuh kulit bayi anda.
Cara Mencuci Kesan Najis Bayi Berkesan
Jika ibu bapa memilih menggunakan cloth diaper, ini petua untuk anda. Najis bayi pasti akan meninggalkan kesan pada alas lampin.
Ikut langkah untuk mencuci yang disarankan oleh pembekal cloth diaper tersebut.
Jika ada kesan pada cloth diaper masih tak tanggal, rendamkan lampin dalam campuran air dengan sabun pencuci dan 1/4 – 1/2 cawan peluntur untuk pakaian berwarna. Rendam 30 minit kemudian cuci dengan air panas dan tambah sabun pencuci. Ulang sehingga kesan hilang.
Cara Bersih Kotoran Baju Bayi Jika Berada Di Luar
Jangan terpedaya dengan taktik pemasaran untuk membeli pen mudah alih yang boleh menghilangkan kesan kekotoran.
Anda boleh cipta botol penyembur sabun sendiri. Campurkan air dengan sabun pencusi mengikut nisbah 3: 1 untuk setiap botol penyembur; 3 bahagian air dan 1 bahagian sabun. Masukkan ke dalam beg lampin dan gunakan apabila perlu.
Kemudian, jangan lupa untuk mencuci baju bayi anda sebaik saja pulang ke rumah.
Cara Menyimpan Baju Bayi
Bayi anda akan cepat membesar dan dengan sekelip mata, dia tik akan muat lagi dalam pakaian-pakaiannya.
Apabila ini berlaku, ibu bapa boleh memilih untuk menderma ataupun menjual pakaian-pakaian ini. Tapi jika anda ingin menyimpan untuk bayi seterusnya, ini adalah beberapa langkah yang wajib.
Terlebih dahulu, pastikan semua pakaian anak sudah dicuci tanpa menggunakan pelembut. Kemudian asingkan mengikut jenis dan saiz baju.
Masukkan ke dalam kotak yang dilabel 1-3 Bulan, 3-6 bulan dan sebagainya. Apabila pakaian anak disusun dan diasingkan secara sistematik, ini memudahkan kerja si ibu untuk mengeluarkan pakaian bayi secara beransur-ansur apabila diperlukan.
Semoga perkongsian ini berguna untuk anda, ibu bapa semua.
Khas untuk pembaca theAsianparent
Berpeluang memenangi hadiah bernilai RM100 dari Breeze! Isi borang di bawah sahaja!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga: Sebelum Excited Beli Baju Bayi Baru Lahir, Ibu Semak Perkara Ini Supaya Tidak Membazir!
Baca juga: Sedang Mencari Sabun Cuci Pakaian Bayi Yang Bagus? 7 Jenama Ini Terbaik Buat Si Manja
Baca juga: 6 perkara yang ibu bapa perlu ingat sebelum pilih fesyen dan baju anak