4000 remaja bawah umur hamil anak luar nikah setiap tahun! Apa kita boleh buat?

Seramai 4000 remaja bawah umur 18 tahun telah mengandung anak luar nikah. Ketahui risiko hamil pada usia muda dan cara untuk mencegahnya.

Secara purata, 4,000 remaja perempuan bawah 18 tahun dilaporkan hamil setiap tahun berdasarkan statistik Kementerian Kesihatan Malaysia. Kebanyakkan dari mereka mengandung anak luar nikah.

Tambahan lagi, dari tahun 2010 hingga Ogos 2018, sebanyak 911 bayi telah dibuang dan 585 dari jumlah bayi yang dijumpai ini tidak bernyawa.

Jadi, apa yang kita boleh buat untuk mencegah gejala mengandung anak luar nikah pada remaja ini? Adakah dengan mengahwinkan mereka saja sudah cukup?

Dah bersediakah mereka untuk menjalankan komitmen mereka sebagai isteri dan ibu? 

Mengandung anak luar nikah: 5 risiko hamil pada usia remaja

mengandung anak luar nikah, remaja hamil, kehamilan remaja, mengandung luar nikah, risiko hamil pada usia muda, hamil muda, mengandung awal

Menurut kajian National Health and Morbidity Survey 2017 oleh KKM, di antara remaja yang melakukan hubungan seks, hanya 10% dari mereka yang menggunakan kaedah kontraseptif untuk mencegah kehamilan.

Sedangkan, kehamilan pada usia remaja sangat berisiko tinggu sama ada untuk ibu mahupun bayi tersebut. Antara risiko mengandung anak luar nikah untuk remaja adalah:

1. Keguguran

Keguguran pada usia muda boleh terjadi tanpa disengajakan mungkin kerana terkejut, cemas atau stress. 

Ada juga keguguran yang sengaja dilakukan oleh pihak bukan profesional hingga memberikan kesan yang serius dan membahayakan nyawa.

2. Bayi pramatang

mengandung anak luar nikah, remaja hamil, kehamilan remaja, mengandung luar nikah, risiko hamil pada usia muda, hamil muda, mengandung awal

Remaja yang mengandung anak luar nikah juga berpotensi untuk melahirkan bayi pramatang

Pramatang berlaku kerana sistem reproduksi si ibu yang masih belum matang akan membuatkan bayi lahir dengan berat yang rendah.

Ini juga boleh berlaku kerana kekurang zat ketika hamil kerana usia ibu yang belum mencecah 20 tahun.

3. Pendarahan

Pendarahan semasa melahirkan anak boleh terjadi kerana otot rahim yang masih lemah. Selain itu, ia disebabkan oleh darah beku yang tertinggal di dalam rahim.

4. Bersalin lama dan sukar

Remaja biasanya akan mengalami persalinan yang lama dan sukar kerana kedudukan janin yang salah dan badan yang masih belum bersedia untuk menghadapi proses ini.

5. Kematian

Remaja yang meninggal ketika bersalin bukanlah satu perkara yang baru. Perkara ini sering terjadi kerana pendarahan dan jangkitan.

Bagaimana cara cegah mengandung anak luar nikah pada remaja?

mengandung anak luar nikah, remaja hamil, kehamilan remaja, mengandung luar nikah, risiko hamil pada usia muda, hamil muda, mengandung awal

Memberikan pendidikan seks dari awal

Pendidikan seks seolah-olah perkara tabu bagi segelintir ibu bapa kerana mereka berpendapat pendidikan seks ini hanya akan menggalakkan anak-anak untuk melakukan hubungan seks.

Tapi, dengan jumlah remaja yang mengandung anak luar nikah dan bayi yang dibuang seperti statistik di atas ini, sebenarnya, ia boleh dibendung dengan pendidikan seks.

Malah, pencabulan seksual pada kanak-kanak juga boleh dikurangkan dengan mendidik mereka tentang gangguan seksual.

Jadi jika anda ingin memberi pendidikan seks pada anak, ini adalah beberapa cara yang boleh anda ikuti.

7 cara mengajar pendidikan seks mengikut usia anak

Usia 2 hingga 3 tahun

Pada usia ini, anda boleh mulakan dengan menamakan kemaluan mereka dengan nama yang betul seperti “zakar” dan “faraj”.

Tapi jika anda tak selesa, anda juga boleh menamakan sebagai “alat sulit”.

Umur 3 hingga 4 tahun

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/05/child 334310 640.jpg Lindungi Anak Anda Daripada Dicabul: Ajar Mereka Tentang Penderaan Seksual!

Anak anda mungkin akan mula bertanya bagaimana bayi dibuat. Tapi, mereka masih belum faham secara terperinci tentang sistem reproduksi.

Kerana ini, jawapan anda boleh dibuat sesuai dengan umur mereka saja. Sebagai contoh, “Dalam perut ibu ada rahim dan dalam rahim inilah adik membesar hingga tiba masa untuk lahir ke dunia.”

Umur 5 hingga 6 tahun

Ketika usia ini, mereka perlu tahu pengetahuan umum tentang dari mana bayi berasal dengan mengatakan, “Bahagian sel ayah yang terkecil, sperma bertemu dengan bahagian sel ibu yang terkecil iaitu sel telur. Dengan penemuan ini, terbentuklah adik dalam rahim ibu.”

Umur 6 hingga 7 tahun

Pada usia ini, anda boleh memberi maksud tentang hubungan seks dengan berkata, “Tuhan menciptakan tubuh lelaki dan perempuan untuk saling melengkapi seperti puzzle. 

Apabila zakar bertemu vagina, sperma yang bentuk seperti berudu akan berenang melalui zakar masuk ke dalam sel telur.”

Beritahu juga pada mereka tentang apa yang orang dewasa fikirkan melalui seks. Contoh: “Seks adalah salah satu cara orang dewasa mengucapkan tanda cinta dan sayang mereka antara satu sama lain.”

Jelaskan juga pada anak apa yang orang tua pikirkan mengenai seks dan hubungan. Sebagai contoh; “Seks adalah salah satu cara orang dewasa untuk mengungkapkan perasaan cinta mereka satu sama lainnya.”

Umur 8 hingga 9 tahun

Pada usia ini, anak anda sudah boleh menerima penjelasan anda tentang rogol. Jadi anda boleh terangkan pada mereka. “Rogol adalah apabila seseorang memaksa orang lain untuk melakukan hubungan seks dan cara ini salah.

Umur 9 hingga 11 tahun

Anda anda sudah mula hendak matang dan ketika ini mereka dah bersedia untuk berbincang mengenai seks atau topik yang berkaitan dengannya ketika mereka menonton TV, mendengar berita atau dari media sosial.

Umur 12 tahun

Pada usia ini, anak anda dah boleh merumuskan maksud seks pada mereka dan akan sering bertanya dan bercakap tentangnya untuk mendapatkan maklumat yang tepat.

Tapi anda perlu ingat untuk menyusun ayat dan tak melebih-lebih semasa menjelaskan tentang pendidikan seks pada anak anda. Kerana ia akan membuatkan anak anda tak selesa dan tak mahu bercerita dengan anda lagi.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: theAsianparent Indonesia, Astro Awani

Baca juga: 

https://my.theasianparent.comperkara-anak-belajar-dari-perkahwinan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!