Ini Risikonya Pada Bayi Jika Kekurangan Folat, Bakal Ibu Perlu Tahu Pentingnya Asid Folik

undefined

Asid folik adalah khasiat penting dalam asupan makanan ibu hamil. Lima sebab ini menjelaskan akibat kekurangan asid folik.

Asid folik adalah penting untuk sebuah rangkaian fungsi tubuh kita. Ia membantu tubuh menghasilkan sel darah merah baru yang sihat, sebagai contoh. Sel darah merah membawa oksigen di seluruh badan kita.

Jika tubuh kita tidak menghasilkannya, seseorang itu boleh mendapat anemia, membawa kepada keletihan, lemah dan kulit pucat. Tanpa folat yang mencukupi, seseorang itu juga boleh mendapat sejenis anemia dipanggil anemia kekurangan folat.

Folat juga adalah penting untuk syntesis dan memperbaiki DNA serta bahan genetik lain dan ia penting untuk sel dibahagikan.

Apa Itu Asid Folik?

Ini Risikonya Pada Bayi Jika Kekurangan Folat, Bakal Ibu Perlu Tahu Pentingnya Asid Folik

Asid folik adalah satu bentuk vitamin B yang direka oleh manusia dipanggil folat. Folat memainkan peranan penting di dalam penghasilan sel darah merah dan membantu mewujudkan tiub saraf bayi ke otak mereka dan saraf tunjang. 

Sumber makanan terbaik untuk folic acid adalah bijirin yang diperkaya. Folat boleh ditemui semula jadi di dalam sayuran hijau gelap dan buahan sitrus.

Sebab Asid Folik Penting Ketika Hamil

Ini Risikonya Pada Bayi Jika Kekurangan Folat, Bakal Ibu Perlu Tahu Pentingnya Asid Folik

Mendapat folat yang mencukup sewaktu hamil adalah sangat penting. Ini kerana folic acid adalah sangat penting untuk pertumbuhan awal janin, terutamanya berkait dengan saraf tunjang.

Apabila bayi berada pada fasa pembentukkan ketika awal kehamilan, asid folik membantu membentuk tiub saraf. Folic acid amat penting kerana ia boleh membantu mencegah beberapa kecacatan kelahiran otak bayi (anencephaly) dan tulang belakang (spina bifida). Tiub saraf membentuk otak dan tulang belakang pada awalnya.

Risiko Ibu Hamil Kekurangan Asid Folik

Ini Risikonya Pada Bayi Jika Kekurangan Folat, Bakal Ibu Perlu Tahu Pentingnya Asid Folik

Banyak ibu hamil yang kurang memahami istilah, padahal vitamin B yang larut dalam air ini sangatlah penting bagi perkembangan janinnya. Secara alami asid folik terdapat pada sayuran hijau, kacang, roti, dan bijirin.

Namun folic acid juga tersedia dalam bentuk suplemen sebagai tambahan bagi keperluan khasiat ibu hamil. Berikut ini adalah beberapa akibat bila seorang ibu hamil kekurangan asid folik:

1. Kecacatan kongenital

Pada kehamilan di bawah usia 12 minggu, pembentukan tulang belakang bayi sangat memerlukan asid folik. Kekurangan zat ini dapat mengakibatkan kecacatan kongenital pada tulang belakang dan berakibat fatal pada perkembangan saraf motorik pada tulang belakang tersebut.

2. Anemia

Asid folik juga berkaitan erat dengan pembentukkan sel-sel darah merah yang sangat penting untuk membawa oksigen ke seluruh tubuh. Kekurangan sel darah merah dapat mengakibatkan anemia. Perkara ini tidak sahaja berlaku bagi ibu hamil. Wanita pada umumnya sering merasakan gejala anemia seperti lesu, kurang bergairah dan lelah berpanjangan.

3. Alzheimer

Asid folik juga memiliki peranan penting terhadap kesihatan otak, iaitu yang berhubungan dengan daya ingat sehingga anda terhindar dari penyakit Alzheimer. Ini kerana folic acid dapat memerangi tingginya kadar homocysteine, sejenis asam amino penyebab Alzheimer.

4. Mencegah Kanser

Menurut penyelidikan, asid folik juga dapat memerangi kanser usus dan kanser lambung jika diambil dengan dos yang tepat. Selain itu folic acid juga dapat mengurangi risiko kanser payudara setelah masa menopos. Namun, terlalu berlebihan juga dapat mencetuskan penyakit kanser lainnya.

5. Rambut, kulit, dan kuku

Sebagai bonus, mengambil asid folik sesuai dengan keperluan tubuh akan memberikan anda rambut yang sihat berkilat, kulit yang tidak kusam serta kuku yang tidak mudah patah.

Bila Patut Mula Ambil Asid Folik?

Ini Risikonya Pada Bayi Jika Kekurangan Folat, Bakal Ibu Perlu Tahu Pentingnya Asid Folik

Kecacatan kelahiran berlaku di sekitar 3-4 minggu awal kehamilan. Jadi ia penting untuk mempunyai folat di dalam sistem tubuh badan ibu sewaktu peringkat awal ini apabila otak bayi dan saraf tunjang sedang membentuk.

Jika anda bercakap dengan doktor anda ketika anda mencuba untuk hamil, mereka biasanya akan meminta anda untuk mula mengambil vitamin pranatal dengan asid folik. Satu kajian menunjukkan yang wanita yang mengambil folic acid sekurang-kurangnya setahun sebelum hamil kurang risiko untuk melahirkan bayi pramatang sebanyak 50 peratus atau lebih.

Di Amerika Syarikat, CDC mencadangkan untuk wanita yang merancang untuk hamil mula mengambil asid folik setiap hari sekurang-kurangnya seminggu sebelum anda hamil, dan setiap hari ketika hamil. Walaubagaimanapun, CDC juga mencadang yang semua wanita yang berusia boleh melahirkan anak mengambil folic acid setiap hari.

Jika anda mula mengambil vitamin pranatal, bawanya kepada OB anda apabila anda sudah dilaporkan hamil untuk memastikan yang ia mempunyai amaun nutrien yang disyorkan atas segala apa yang anda perlukan termasuklah asid folik. Semua vitamin pranatal tidak sama dan sesetengahnya mungkin kurang atau lebih vitamin dan mineral yang anda perlukan.

Berapa Amaun Asid Folik Yang Anda Perlu Ambil?

Ini Risikonya Pada Bayi Jika Kekurangan Folat, Bakal Ibu Perlu Tahu Pentingnya Asid Folik

Dos yang dicadangkan untuk semua wanita pada usia yang boleh melahirkan anak adalah 400mcg folat setiap hari. Jika anda mengambil sebiji multivitamin setiap hari, periksa jika ia mempunyai amaun yang dicadangkan. Jika pada sesetengah sebab yang anda tidak mahu mengambil multivitamin, ibu boleh ambil suplemen folic acid sahaja.

  • Ketika anda sedang mencuba untuk hamil: 400 mcg
  • Untuk tiga bulan awal kehamilan: 400 mcg
  • Untuk bulan ke-4 hingga ke-9 kehamilan: 600 mcg
  • Ketika menyusukan anak: 500 mcg

Risiko untuk mendapat spina bifida adalah tinggi untuk sesetengah wanita jika:

  • anda mempunyai NTD, sebagai contoh spina bifida atau hydrocephalus
  • keluarga pasangan anda mempunyai sejarah NTD
  • anda mempunyai masalah obesiti
  • anda mempunyai diabetes type 1 atau type 2

Di dalam kes ini, ibu biasanya akan dicadangkan untuk mengambil suplemen folic acid lebih tinggi (5mg).

Cara Lain Selain Suplemen Asid Folik Untuk Mendapat Folat

Makanan yang tinggi dengan kandungan folat semula jadi adalah satu bentuk asik folik yang semula jadi, termasuklah:

  • Pisang: 24 mcg untuk setiap buah bersaiz medium
  • Bayam: 131 mcg untuk setiap 1/2 cawan direbus
  • Kacang bermata hitam: 105 mcg untuk setiap 1 1/2 cawan direbus
  • Avokado: 59 mcg untuk setiap 1/2 cawan
  • Brokoli: 52 mcg untuk setiap 1/2 cawan
  • Jus oren: 35 mcg untuk setiap 3/4 cawan
  • Asparagus: 89 mcg untuk setiap empat batang
  • Brussel sprout: 78 mcg untuk setiap 1/2 cawan

Bijirin yang diperkaya, seperti bijirin sarapan pagi dan oatmeal, juga adalah tinggi dengan asid folik. Anda boleh memeriksa label nutrisi untuk mengetahui kuantiti sebenarnya.

Ia sebenarnya possible untuk mendapat folic acid mencukupi menerusi diet pemakanan, tetapi pakar masih mencadangkan untuk wanita mengambil suplemen ketika hamil.

Bolehkah Gabungkan Pengambilan Suplemen Asid Folik Dengan Diet Folat?

Ia adalah selamat untuk menggabungkan suplemen folic acid dengan folat di dalam diet pemakanan yang terjadi semula jadi. Ia tidak mungkin untuk seseorang itu menjadi terlebih folat daripada pemakanannya. Walaubagaimanapun, ia mungkin boleh mendapat terlebih folic acid daripada suplemen, termasuklah bijirin yang diperkaya.

Seseorang wanita itu tidak perlu memantau pengambilan folat hariannya menerusi pemakanan, tetapi perlu memantau penggunaan suplemen yang mengandungi asid folik.

Vitamin prantal dan banyak multivitamin lain mengandungi folic acid. Mereka yang mengambil beberapa jenis suplemen perlu reviu setiap label nutrisi untuk memastikan yang mereka tidak mengambil lebih daripada 1,000 mcg folic acid setiap hari. 

Satu kajian pada tahun 2020 mendapati tikus makmal yang kedua-duanya mendapat lebih dan kurang asid folik di dalam diet makanannya membahayakan tumbesaran otak tikus tersebut sebelum ia dilahirkan.

Saintis perlukan melakukan lebih kajian untuk mengkaji sama ada ini juga boleh jadi satu kes di kalangan manusia.

Diharapkan yang artikel ini sedikit sebanyak dapat memberikan semua wanita dan bakal ibu diluar sana informasi yang terbaik dari segi kepentingan folic acid di dalam diet harian tidak kira sebelum hamil dan semasa hamil serta selepas hamil.

Sumber: MedicalNewsToday, CDC, WebMD

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: JANGAN Skip Makan Acid Folic Terbaik Ketika Mengandung, Ini Antara 7 Jenama Yang Bagus!

Baca juga: Risiko Cacat Lahir Lebih Tinggi Jika Tidak Makan Asid Folik – Ibu, Jangan Sesekali Lupa Makan!

Baca juga: Janin Alami Cystic Hygroma & Meninggal Dalam Kandungan, Ibu Jangan Abaikan Asid Folik!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!