Bayi Tidur Awal & Mudah Setiap Malam, Ibu Ini Kongsi 7 Petua BERKESAN Yang Diamalkannya

Menidurkan bayi setiap malam boleh menjadi perkara mudah sekiranya ibu ayah menguasai teknik yang betul. Paling penting anda tidak bersikap terburu-buru!

Bagi anda yang baru bergelar ibu ayah, mungkin akan berdepan kesukaran dalam menidurkan bayi terutamanya pada waktu malam. Mahu atau tidak, terpaksalah anda belajar pelbagai ilmu baharu setelah kehadiran malaikat kecil ini dalam keluarga.

Kesilapan dalam menetapkan rutin tidur bayi boleh menyebabkan si manja kerap meragam sehingga ramai ibu ayah mengakui berdepan masalah tidak cukup rehat akibat terpaksa berjaga setiap malam!

Teknik menidurkan bayi dengan mudah

cara menidurkan bayi

credit to sources

Menurut perkongsian seorang ibu, Sarah Voon, sememangnya setiap ibu ayah di luar sana menggunakan pendekatan berbeza memandangkan keperluan bayi adalah tidak sama.

Hal yang paling penting adalah anda sendiri perlu memahami tingkah laku si manja, memenuhi segala keperluan sebelum tidur seperti susu, tukar lampin yang bersih dan mandi. Anda juga hendaklah memastikan keadaan si manja tidak terlalu penat dan berusaha mengikuti rutin tidur dalam apa jua keadaan.

Antara petua yang diamalkannya ialah:

#1. Mula menetapkan rutin tidur anak seawal 3 bulan

Pada usia 3 bulan, bayi tidur lebih lama ketika malam . Tempoh tidur untuk bayi pada waktu malam adalah sekitar 10-11 jam, sementara tidur siang mereka sekitar 4-5 jam.

Perubahan tempoh dan corak tidur pada usia ini dipengaruhi oleh perkembangan perutnya. Apabila ukuran perut bayi lebih besar, susu ibu dan susu formula dapat ditampung lebih banyak.

#2. Memahami keperluan dan peribadi si manja

”Beberapa kaedah mungkin hanya berkesan kepada sesetengah bayi sahaja kerana tidak semuanya mereka sama. Untuk anak, saya menggunakan kaedah Cry-It-Out, tetapi bukan untuk jangka masa lama.”

”Kami hanya membiarkannya menangis selama 1 minit untuk malam pertama, kemudian akan memeriksa keadaannya. Kemudia perlahan-lahan meningkat menjadi 2 minit, 3 minit, 4 minit dan lain-lain. Namun dia tidak pernah menangis lebih dari 7 minit.” kongsi Sarah.

#3. Mencuba pelbagai kaedah

tips menidurkan bayi

credit to sources

Sekiranya Cry-It-Out tidak berkesan terhadap bayi anda, jangan terus memaksanya untuk melelapkan mata. Anda boleh cuba kaedah lain seperti Pick Up Put Down.

”Walau bagaimanapun saya mendapati ia kurang berkesan terhadap bayi kami. Caranya adalah dengan mendukung sebentar si manja, kemudian meletakkannya.”

”Sesetengah bayi mungkin serasi dengan kaedah menepuk perlahan pada bahagian tubuh badan. Ini mungkin memerlukan sedikit masa untuk anak melelapkan mata mereka.” jelasnya.

#4. Kurangkan penyusuan

Bagi memudahkan ibu dan bayi tidur sepanjang malam, anda hendaklah mengurangkan kekerapan menyusu si manja. Maksudnya, anda tidak perlu bangun setiap 2-3 jam sekali semata-mata untuk memastikannya kenyang. 

Ibu digalakkan untuk memberikan bayi susu setiap 4 hingga 5 jam sekali. Anak yang masih kecil sebenarnya tidak perlu tidur dalam keadaan terlalu kenyang.

#5. Rutin setelah anak memasuki usia 6 bulan

”Setelah bayi berusia 6 bulan, saya berhenti memberi susu pada waktu malam. Jika dia menangis, kami hanya memberikan sedikit air menggunakan pacifier. Selain itu saya juga memperkenalkan ‘bantal busuk’ bagi memudahkannya tidur lebih lena.” kongsinya.

Tambah Sarah lagi, rutin tidur siang juga amat penting bagi menyokong proses perkembangan si manja. ”Saya mengajarnya bagaimana menenangkan diri menggunakan beberapa alat. Dari usia 1 hingga 4 bulan, dia diberikan swaddle. Manakala 4 bulan hingga sekarang, saya menyediakan sebuah beg tidur.”

”Oleh itu, setiap kali melihat beg tidur berkenaan, dia akan tahu sudah tiba waktunya untuk tidur sama ada siang ataupun malam.” 

#6. Memastikan ruang tidur yang selesa

tips anak mudah tidur

credit to sources

Tidak dinafikan suasana dalam bilik tidur turut memberikan aura positif terhadap bayi agar senang terlena. Dalam hal ini, Sarah akan menarik langsir dan memastikan biliknya gelap setelah masuknya waktu tidur siang.

Dia juga menggunakan mesin white noise dan hanya menghidupkannya untuk menidurkan bayi. Selain itu, Sarah turut menyediakan lampu yang boleh bertukar menjadi merah atau hijau. Merah untuk waktu tidur dan hijau untuk waktu bangun.

#7. Memindahkan bayi ke biliknya sendiri

”Pada usia 9 bulan, saya memindahkan bayi tidur di biliknya sendiri. Salah satu perkara penting dalam melatih bayi tidur adalah anda tidak boleh terlepas dari rutin harian,”

”Ibu-ibu perlu mengikuti rutin yang sama ketika anda dalam perjalanan atau pergi ke rumah orang lain, WAJIB mengikutinya sepanjang masa. Jangan sesekali mengubah waktu tidur bayi anda.” tegasnya.

Jika setiap pagi anak anda akan bangun pada jam 7, tidur siang pada pukul 10 pagi, bangun 11.30 pagi, tidur semula jam 2 petang, bangun pada jam 3.30 petang dan tidur pada jam 6.30 petang, tetaplah untuk berpegang pada rutin tersebut.

Jangan cuba membuat perubahan secara tiba-tiba. Sekiranya rutin tidur ini terganggu, si manja mungkin akan letih dan meragam sepanjang masa.

Kredit foto: Google Images

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Cara Mudah Menetapkan Waktu Tidur Bayi 0-3 Bulan, Ibu Ayah Baharu Wajib Tahu!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!