9 Menu Diet Sihat Untuk Ibu Lepas BERSALIN, Susu Badan Pun Melimpah Ruah!
Menu diet sihat ini boleh digunakan oleh ibu menyusu yang ingin turunkan berat badan kerana ia tidak akan mengganggu pengeluaran susu anda!
Selepas bersalin memang ramai wanita yang bising berat badan naik. Ramai yang cuba turunkan berat badan, ada yang berjaya ada yang sebaliknya. Jadi boleh cuba amalkan menu diet sihat ini, mana tahu ia menjadikan?
Menu diet sihat ini bukan saja untuk kurus, tetapi ia mengembalikan semula tenaga ibu yang hilang sewaktu bersalin dan sepanjang mengandung.
Kembali langsing seperti sebelum bersalin adalah bonus, tetapi yang penting kesihatan selepas bersalin itu lebih baik daripada sebelumnya dengan mengamalkan menu diet sihat.
Menu diet sihat untuk ibu lepas bersalin, tambah susu badan juga!
Menu diet sihat ini dikongsikan dalam sebuah artikel di siraplimau.com mengenai amalan pemakanan seorang wanita yang berjaya menurunkan berat badannya dari 69 kilogram kepada 50 kilogram.
Antara menu diet sihat yang diamalkan wanita ini termasuklah:
#1. Chicken wrap grill
Bahan-bahan:
- Wholegrain wrap (brand Mission)
- Ayam grill (perap dengan garam dan kunyit )
- Sayuran (salad, timun)
- Tak perlu sebarang sos
Cara-cara:
- Gulung ke semua bahan dalam wrap dan makan
- Boleh juga ditambah cheddar cheese (tetapi sekali sekala sahaja)
#2. Roti wholemeal tuna chunks
Bahan-bahan:
- Sayur-sayuran
- Tuna
- Roti
Cara-cara:
- Bakar roti
- Gaulkan tuna dengan plain yogurt, dan sapu di atas roti
#3. Sup ayam clean
Bahan-bahan
- Ayam
- Bawang merah, putih, halia
- Kentang
- Lobak merah
- Sup bunjut
- Lada hitam/lada putih
Cara-cara:
- Didihkan air dalam periuk
- Tumbuk bawang merah, putih, halia
- Masukkan bahan tumbuk bersama ayam, lobak merah dan kentang
- Masak sampai empuk
- Masukkan sup bunjut (buka bunjut), lada hitam, lada putih, secubit garam dan renehkan sambil tutup periuk
- Boleh taburkan daun bawang dan daun sup
#4. Chicken mango
Bahan-bahan:
- Isi ayam
- Mangga
- Salad
- Tomato
- Cili api
- Bawang merah
- Limau nipis
- Madu
Cara-cara:
- Grill isi ayam dan carikkan
- Letak mangga, salad, tomato, hirisan cili api, bawang merah dan perahkan limau nipis serta sedikit madu
- Gaulkan kesemuanya dan sedia untuk dimakan
#5. Snacking – jambu batu dan sugar free peanut butter
Bahan-bahan:
- Jambu batu
- Peanut butter (tanpa gula)
#6. Ayam, brokoli dan lobak merah panggang, beras perang
Bahan-bahan:
Resepi satu:
- mix herbs
- Cajun
- madu
- garam
Resepi dua:
- lengkuas
- halia
- Bawang putih&merah
- cili kering
- daun limau purut
- serai
- ayam
Cara-cara:
- Anda boleh pilih salah satu resepi satu atau dua
- Jika nak buat sebagai stok perapan, tumis dulu semua bahan menggunakan minyak zaitun, tumis hingga pecah minyak dan perasakan dengan garam dan letakkan sedikit madu
- Simpan stok ini dalam peti ais
- Stok ini juga boleh digunakan untuk perapan seafood
#7. Vietnamese roll
Bahan-bahan:
- Timun
- Salad
- Sedikit mihun
- Udang/ayam/daging
- Vietnamese roll
Cara-cara:
- Rebus udang/ayam/daging
- Roll kan dalam vietnamese roll
#8. Overnight oat
Semua mesti sedia maklum dengan resepi ini. Anda boleh pilih pelbagai jenis buah dan oats.
Bahan-bahan:
- Oats
- Yogurt
- Buah-buahan
Cara-cara:
- Gaul kesemuanya dan biarkan semalam dalam peti ais
#9. Strawberry smoothie
Bahan-bahan:
- 4 biji strawberry
- Pisang (half) / kurma
- Fresh milk 100 ml
- Air kosong 300 ml
- Instant rolled oat
Cara-cara:
- Blend kesemua bahan dan minum
Makanan penambah susu badan
Dalam tempoh penyusuan badan, ibu perlu mendapatkan bekalan protein yang secukupnya bagi penghasilan susu, juga bagi menggantikan sel darah ibu yang hilang semasa proses bersalin.
Anda disyorkan untuk mengambil makanan yang mengandungi kandungan zat besi yang tinggi seperti:
- Telur
- Sayur-sayuran
- Sayuran Hijau
- Sayuran Kekacang
- Buah-buahan kering dan segar untuk mendapatkan vitamin C, yang boleh membantu serapan zat besi dengan lebih baik
Selain itu, vitamin juga sangat penting bagi penghasilan susu berkualiti seperti:
- Vitamin B1 Makanan yang mengandungi vitamin B1 termasuk beras kasar, daging merah, daging lembu, hati, biji-bijian dan kacang kering
- Vitamin B2 Makanan yang mengandungi banyak vitamin ini termasuk susu dan mentega, produk haiwan, telur, sayur-sayuran berdaun hijau, kacang-kacangan dan ragi kering.
- Vitamin B12 Makanan yang mengandungi vitamin ini adalah hati, ginjal, daging, susu segar, telur dan ikan.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga: Selamat Atau Tak Kalau Nak Buat Diet Atkins Semasa Susukan Anak?
Baca juga: Ibu menyusu badan ini TURUN 24KG walaupun tetap makan nasi! Ini rahsianya