Menyusu Terus Dari Badan LEBIH BAIK Dari Susu Yang Dipam - Ibu Tahu Kenapa?

undefined

Kajian baru mengatakan menyusu badan terus dari payudara adalah lebih baik dari susu yang dipam untuk bayi. Adakah ini memberikan tekanan pada ibu?

Menyusu badan tak kiralah sama ada yang diberi terus, dipam atau diambil dari orang memang sangat baik untuk bayi.

Tapi menurut kajian terbaru, susu badan yang diberikan terus adalah lebih baik untuk kesihatan bayi dari susu yang dipam! Alamak, kenapa pula?

Ia bukan perkara yang baru apabila kajian mendedahkan susu yang diberikan terus dari payudara adalah yang terbaik kerana ibu yang menyusukan anak, kelebihannya melebihi nutrisi.

Menyusu anak secara terus mempunyai kelebihan emosi dan psikologi kepada ibu dan bayi.

Tapi, mungkin keputusan kajian ini hanya menambahkan tekanan dan stress  kepada ibu, lebih-lebih lagi yang perlu bekerja kerana tak ada pilihan selain dari pam susunya.

menyusu badan, pam susu, penyusuan ibu, susu ibu, susu bdan, menyusu anak, bayi menyusu, bayi menyusu badan

Menyusu badan dari payudara lebih baik dari pam susu: Kajian

Kajian Canadian Healthy Infant Longitudinal Development ini dibuat untuk memeriksa penyakit kronik anak termasuk penyebabnya. Obesiti adalah salah satu penyakit kronik yang dikaji oleh mereka.

Lebih dari 2,500 bayi dalam kajian ini yang mempunyai BMI terendah pada usia satu tahun adalah bayi yang menyusu secara eksklusif – terus dari payudara – untuk sekurang-kurangnya tiga bulan.

Kajian juga mendapati yang kanak-kanak yang berhenti menyusu badan sebelum enam bulan dikaitkan dengan BMI yang tinggi, cepat naik berat dan mempunyai risiko tiga kali lebih tinggi untuk mendapat obesiti.

Tak ada penjelasan kenapa menyusu badan secara terus adalah lebih baik dari susu yang dipam

Pengkaji tak boleh nak memberikan sebab yang kukuk kenapa menyusu dari payudara adalah lebih baik dari susu yang dipam.

Tapi mereka memberikan beberapa teori mengapa ia lebih baik.

Satu, apabila bayi menghisap terus dari payudara, mereka boleh mengawal berapa banyak susu yang mereka minum dan berhenti bila kenyang.

Teori lain adalah mungkin komposisi susu badan berubah apabila ia telah disejukkan, dibekukan atau dipanaskan.

menyusu badan, pam susu, penyusuan ibu, susu ibu, susu bdan, menyusu anak, bayi menyusu, bayi menyusu badan

Adakah ini memberi tekanan pada ibu yang pam susu badan?

Kajian ini adalah penting untuk memberikan kesedaran tentang kepentingan susu ibu dan menyusu badan. Tapi ia juga mungkin boleh menyebabkan ibu yang mengepam susu menjadi tertekan.

Kebanyakkan ibu yang mengepam susu adalah ibu yang berkerja. Mereka mengepam susu untuk memastikan yang anak mereka masih mendapat kebaikkan susu sementara mereka bekerja.

Jadi adakah ini bermakna susu yang mereka pam tak cukup baik untuk anak?

Tak juga. Pengkaji Meghan Azad mengatakan yang susu yang di pam adalah lebih baik dari tak memberikan susu ibu langsung.

“Ibu yang mengepam susu melalui kerja keras untuk melakukan perkara ini dan kami tak mahu mereka rasa yang ianya tak berbaloi.” katanya.

Lynn Ng, Lembaga Konsultan Laktasi Antarabangsa menerangkan yang ada cara untuk mengurangkan kesan susu botol kepada berat badan.

Lynn menyarankan ibu yang memberikan anak susu yang dipam juga perlu mengambil kira, “menyusukan anak menggunakan botol jika anak mahukan susu berbanding dari mengikut jadual dan mengamalkan teknik menyusu yang betul untuk memastikan bayi menghisap susu yang mereka perlukan saja dan tak lebih dari itu.

Azad juga mencadangkan yang ini bukan untuk meletakkan tekanan pada ibu, tapi sokongan dari keluarga, komuniti dan tahap polisi perlu diberikan pada mereka.

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel asal ditulis oleh NalikaUnantenne. Diterjemah dengan izin dari theAsianparent Singapore

Baca juga:

https://my.theasianparent.compenyusuan-ibu

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!