KAJIAN: Lelaki Boleh Alami 'Meroyan' Selepas Kelahiran Bayi,13 Tanda Boleh Dikenalpasti!

undefined

Kemurungan atau meroyan selepas bersalin mungkin jarang diambil perhatian tapi bukan saja ibu, si bapa juga ada risiko menghadapinya.

Siapa saja yang tidak gembira dikurniakan cahaya mata setelah berkongsi kehidupan dengan orang tersayang. Tetapi antara perkara yang jarang diambil perhatian adalah kemurungan selepas bersalin yang mungkin dihadapi ibu. Tapi jangan tak percaya ya, bapa juga ada risiko hadapi kemurungan atau meroyan selepas bersalin ini.

Pelik? Walaupun kedengaran pelik, tetapi ini adalah benar kerana kemurungan selepas bersalin bukan hanya boleh dialami oleh kaum ibu, tetapi juga kaum bapa.

Hakikatnya, sebaik wanita atau isteri melahirkan cahaya mata, pasangan ibu bapa memang gembira tetapi mereka akan berhadapan dengan cabaran sebenar. Ada kala apa yang dilalui langsung tidak pernah didengar atau diceritakans selama ini jauh sekali dirasai sendiri. 

Meroyan selepas bersalin boleh dialami lelaki

meroyan selepas bersalin

Menurut kajian pakar, memang meroyan selepas bersalin wujud. Berdasarkan laporan Journal of the American Medical Association, ia menemui 10 peratus daripada lelaki seluruh dunia menunjukkan tanda kemurungan selepas bersalin dari trimester pertama isterinya mengandung hingga enam bulan selepas kelahiran bayi!

Bilangan mereka yang mengalaminya meningkat kepada 26 peratus pada tiga hingga enam bukan selepas kelahiran bayi mereka. 

Menurut laporan itu, lebuh dua kali ganda kemurungan selepas bersalin dilihat dalam diri lelaki berdasarkan 43 kajian yang dibuat kepada 28,000 bapa di seluruh dunia.

Justeru, menurut kajian itu, isu bapa baru yang menghadapi kemurungan selepas bersalin ini perlu diberi perhatian dalam bidang kesihatan awam yang mungkin terlepas pandang oleh pelbagai pihak.  

Bukan perkara mustahil

meroyan selepas bersalin

Semua persediaan sebelum kelahiran bayi seperti menyediakan peralatan bayi, pakaian, merancang tempat kelahiran dan pakej berpantang untuk kaum ibu biasanya dilakukan dan disediakan lebih awal oleh pasangan yang bakal menimang cahaya mata. 

Namun, pernahkah anda terfikir untuk melakukan persediaan daripada segi emosi  yang pastinya akan terkesan sebaik saja kelahiran anak kecil yang dinanti.

Kebiasaannya masalah emosi selepas bersalin banyak dikaitkan dengan kemurungan dan sebagaimana diketahui umum, masalah kemurungan ini selalunya dihadapi oleh kaum wanita. 

Tetapi perlu diingat lelaki juga berisiko mengalaminya. Ya, kaum adam ini turut berisko mengalama meroyan selepas bersalin yang sering dikaitkan dengan kaum ibu. 

Mahu tidak mahu, kemungkinan itu perlu diambil perhatian ia kerana kehadiran si kecil iaitu orang baru dalam perhubungan suami isteri bakal memberi impak besar dalam kehidupan ibu bapanya.

Tanda bapa alami meroyan selepas bersalin

meroyan selepas bersalin

Dalam kalangan wanita, gejala kemurungan atau meroyan selepas bersalin secara umumnya diketahui dengan perubahan perasaan, mudah marah, merasa sedih, mengalami kesukaran untuk tidur dan lain-lain.

Tanda dihadapi lelaki juga hampir sama, tetapi dalam beberapa keadaan ia sedikit berbeza. Berikut adalah gejala meroyan selepas bersalin yang mungkin dihadapi bapa:

  1. Mudah marah hingga timbul konflik dengan orang lain
  2. Kecenderungan untuk mengambil alkohol atau ubat-ubat seumpamanya
  3. Merasai kekecewaan
  4. Berisiko melakukan kekerasan
  5. Mengalami penambahan atau penurunan berat badan
  6. Memencilkan atau menjauhkan diri dari keluarga atau rakan
  7. Mudah mengalami stress
  8. Mudah kecil hati (merasakan semua yang orang perkatkan adalah sinis
  9. Sering mengeluh sakit seperti pening kepada atau mengalami masalah pencernaan
  10. Susah untuk memberi perhatian atau rasa bersemangat, sering kepenatan
  11. Berterusan bekerja
  12. Merasa sedih atau menangis tanpa alasan
  13. Kecenderungan membunuh diri

Penyebab lelaki alami meroyan selepas bersalin

#1. Risau tidak dapat menjaga bayi dengan baik

Perasaan risau dan bimbang tidak dapat menjaga dan menguruskan si kecil dengan baik menjadi sebab berlakunya kemurungan selepas bersalin. Kes dan isu seperti ini sering dialami pasangan yang baru berkahwin dan memiliki anak pertama.

Tiada pengalaman dalam menguruskan bayi membuatlan kecenderungan timbul perasaan cemas, risau dan bimbang.

#2. Diabaikan isteri

Selepas bersalin, isteri lebih cenderung menumpukan perhatian kepada bayi. Rasa diabaikan oleh isteri boleh menjadi penyebabkan kepada rasa kemurungan di kalangan bapa.

Kurangnya kasih sayang, perhatian, komunikasi dan tuntutan seksual menjadi penyebab kepada kemunculan rasa murung di kalangan bapa baharu. 

Disebabkan itu penting untuk suami dan isteri mempunyai waktu yang berkualiti agar masing-masing tidak rasa diabaikan.

#3. Dibebankan dengan tambahan kewangan

Setiap pasangan perlu mengeluarkan peruntukan kewangan tambahan ketika berhasrat memiliki anak. Penambahan itu bermula sejak isteri mengandung dan hingga lahir si kecil dan seterusnya perancangan membesarkan si kecil.

Beban yang semakin bertambah menimbulkan kebimbangan yang pastinya boleh menyebabkan lelaki rasa murung.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: parents.com, halodoc

Baca juga:

https://my.theasianparent.comtanda-kemurungan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!