Mimpi Pasangan Curang Ketika Tidur Boleh Jadi Petanda Buruk? Ini Jawapan Pakar

Mimpi pasangan curang boleh menganggu emosi seharian. Anda pastinya berasa bimbang memikirkan apakah maksud dan petanda dari mimpi tersebut

Sebut saja suami curang, terus rasa berdebar-debar. Memang kata orang mimpi itu mainan tidur, tetapi jika kita mimpi pasangan curang, apakah maksud mimpi di sebaliknya?

Bila mimpi begitu, mulalah esok pagi bila bangun saja dari tidur, punyalah kita jeling suami tu, takut-takut mimpi jadi nyata.

Ada yang kata mimpi hanya mainan tidur dan ia berlaku dalam minda bawah sedar seseorang, tapi mungkin kebetulan kadang kala apa yang dimimpikan ada yang menjadi nyata.

Mimpi pasangan curang ketika tidur, apakah tandanya?

mimpi pasangan curang

Setiap individu pasti pernah mengalami mimpi, tidak kira buruk ataupun baik. Ada juga yang beranggapan bahawa mimpi itu sebenarnya hanyalah mainan tidur tetapi tidak kurang juga yang percaya  mimpi itu sebenarnya mempunyai maksud yang tersirat.

Pernahkah anda mimpi pasangan curang? Bagaimana keadaan anda bangun selepas itu? Sedang menangis atau bagaimana. Ada saja yang menangis dalam tidur jika mimpi yang dialami mereka itu sedih.

Adakah benar si dia sedang bermain kayu tiga di belakang anda?

Mimpi Pasangan Curang Ketika Tidur Boleh Jadi Petanda Buruk? Ini Jawapan Pakar

Adakah benar jika mimpi pasangan curang itu bermaksud pasangan anda sememangnya sedang main kayu tiga dibelakang anda?

Menurut penelitian Dylan Selterman dari University of Maryland, hal ini bukanlah sesuatu yang pelik dan ganjil. Setiap orang boleh mengalami mimpi seperti ini.

Bukan itu sahaja, seorang pakar psikologi Ian Wallace yang dipetik oleh Suria, juga menjelaskan bahawa punca sebenar anda mimpi seperti ini adalah mungkin kerana rasa percaya terhadap pasangan mula hilang dan tanpa disedari sebenarnya anda terlalu risau jika pasangan kamu tidak bahagia bersama anda sehingga terbawa-bawa ke dalam tidur.

Ada sesetengah kajian membuktikan kebanyakan yang mengalami masalah seperti ini adalah wanita kerana mereka sering berfikiran ‘luar dari kotak’ apabila bercakap tentang kekasih hati.

Mungkin sebenarnya mimpi itu tidak bermakna apa-apa dan tidak perlu terlalu serius jika anda mendapat mimpi sebegitu.

Tetapi bak kata orang, firasat hati isteri selalunya kuat, jika anda rasa sesuatu tidak salah jika cuba selidik.

Maksud mimpi pasangan curang

Mimpi juga boleh jadi petunjuk tentang kehidupan kita, yang mana memaklumkan kepada kita yang mana salah dan yang perlu diselesaikan segera. Hendaklah anda tahu bahawa mimpi pasangan curang tidak bermaksud yang pasangan anda mempunyai hubungan sulit di dunia nyata. Ada beberapa faktor yang boleh menyebabkan timbulnya mimpi sebegini:

1. Takut dicurangi

Ada logiknya apabila seseorang itu mendapat mimpi pasangan curang kerana mereka terlalu risau tentang hubungannya. Rasa takut akan pasangannya bertemu dengan seseorang yang jauh lebih baik darinya. Perasaan takut ini secara tak langsung akan bermain di fikiran dan menyebabkan ia sehingga terbawa ke dalam mimpi.

2. Tidak pernah curang

Selain itu, pengalaman lampau apabila diri pernah dicurangi juga boleh mencetuskan mimpi pasangan curang ini. Ia seakannya lebih ke arah trauma lampau yang menyebabkan ia terbawa-bawa ke dalam mimpi seseorang.

3. Ada pihak ketiga dalam hubungan

Apabila adanya perasaan bimbang akan kewujudan orang ketiga semestinya ia akan menimbulkan rasa bimbang. Tetapi boleh jadi juga ada ‘orang ketiga’ iaitu bukan manusia (seperti pekerjaan atau anak baru lahir) boleh jadi terjadinya mimpi pasangan curang ini.

4. Rasa dikhianati

Boleh jadi mungkin anda baru sahaja bertengkar dengan pasangan sehingga anda rasa sakit hati dan dikhianati. Ia boleh menjadi pencetus munculnya mimpi dicurangi.

5. Perasaan mencurigakan

Ada kala, mimpi pasangan curang ini menjadi tanda bahawa minda bawah sedar yang mana pasangan anda sebenarnya curang. Jika perasaan mencurigakan terwujud, ia boleh terbawa ke dalam mimpi.

10 fakta mengenai mimpi yang dialami oleh manusia ketika tidur

mimpi pasangan curang

Otak manusia bertanggungjawab dalam banyak proses kompleks yang berlaku dalam kehidupan kita, tetapi dari segi saintifik, ia tidak boleh mewujudkan imej orang yang kita tidak pernah dikenali.

Jika anda bertemu orang asing dalam mimpi, ia mungkin bermakna anda pernah bertemunya di luar tetapi anda tidak mengingatinya. Unik bukan? 

Itu salah satu fakta pelik tentang mimpi. Jom tengok beberapa lagi fakta yang akan buat anda rasa kagum bagaimana minda dan badan anda bekerja ketika tidur! 

  1. Manusia biasa akan mengalami antara 1,460 dan 2,190 mimpi setahun. Banyakkan? Jadi dengan anggaran 365 hari setahun, sekurang-kurangnya manusia alami enam mimpi sehari ketika tidur. 
  2. Apabila bermimpi, badan anda akan menjadi ‘lumpuh’ dan otot anda tidak bergerak. Mereka yang bergerak semasa bermimpi adalah orang-orang ‘istimewa’yang memiliki REM (rapid eye movement) yang abnormal.
  3. Mimpi berulang diterjemahkan pakar psikologi sebagai simbol atau petanda yang sedang dihantar oleh minda anda. Mungkin jadi anda terlalu memikirkannya sehingga terbawa-bawa ke dalam tidur.
  4. Mimpi wanita kebiasaannya lebih panjang (lama) daripada lelaki.
  5. Manusia selalunya akan mimpikan sesuatu yang buruk kerana kekerapan kita memikirkan perkara atau kemungkinan negatif.
  6. Bayi hanya akan bermimpi tentang orang-orang dikenali. Hanya selepas berusia 3 atau 4 tahun, barulah si bayi ‘memegang watak’ dalam mimpinya.
  7. Wanita lebih kerap mengalami mimpi ngeri berbanding lelaki.
  8. Pernah bermimpi dan rasa tak pasti sama ada ia mimpi atau realiti? Jangan cubit diri sendiri, sebaliknya carilah bahan bacaan atau jam. Ini kerana dalam mimpi, anda tak boleh membaca dan tak pandai tengok jam.
  9. Berdasarkan satu kajian survey terhadap 5,000 mendapati bermimpi pasangan curang adalah yang paling umum dialami.
  10. Binatang juga bermimpi. Jangan tak tahu ya, binatang juga boleh bermimpi sama seperti anda!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Mimpi Bersetubuh Dengan Orang Lain Selain Pasangan, Ini Maksud Di Sebaliknya!

Baca juga: Selalu Mimpi Mengarut Ketika Mengandung? Ibu, Sila Semak ‘Makna’ Di Sebaliknya!

Baca juga: Remuk Hati Isteri Ini Lihat Tanda Lelaki Curang Depan Mata Dengan Kakak Ipar Sendiri!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!