X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Ramai Isteri Tidak Bahagia & Makan Hati Dengan Suami, Hanya Pendam Elak Pergaduhan

4 min bacaan
Ramai Isteri Tidak Bahagia & Makan Hati Dengan Suami, Hanya Pendam Elak Pergaduhan

Suami mengabaikan perasaan istri dalam semua perkara boleh menyebabkan iseri mula "makan hati" dalam diam dan akhirnya menjejaskan hubungan

Ramai suami mengabaikan perasaan istri kerana menganggap isteri ini umpama cuaca, selalu tidak dapat diduga. Sekejap dia OK, sekejap dia tak. Jadi jalan penyelesaiannya: buat tidak tahu sajalah.

Tapi sebenarnya, tanggapan suami itu salah. Seorang isteri memang sukar untuk diduga. Tapi mengapa? Ia kerana mereka sering “makan hati” dan mendiamkan diri, walaupun sebenarnya mereka tidak bahagia.

Suami mengabaikan isteri dalam setiap perkara boleh menjejaskan hubungan

suami mengabaikan isteri

credit to sources

Apabila suami mengabaikan perasaan istri ini, maka mereka pun akan rasa tidak diperlukan suami lagi, malah mungkin rasa kecewa hingga ingin bercerai! Terutamanya sekarang ini zaman moden, kebanyakan perempuan sudah boleh berdikari dengan sendiri. 

Jadi untuk para suami, ayuh ambil tanda-tanda amaran ini sebagai satu rujukan. Anda pasti tidak mahu mahligai yang dibina berkecai sekelip mata, kan?

Jom lihat apa tanda-tanda suami mengabaikan perasaan istri hingga isteri tidak bahagia.

9 tanda suami mengabaikan perasaan istri hingga dia berasa tidak bahagia

Tanda isteri tidak bahagia #1 Sering marah

Tiada isteri yang ingin marah tanpa sebab. Percayalah, pasti ada sebab kenapa isteri anda itu selalu marah-marah!

Antara sebabnya adalah seperti yang diulas di sini. Jadi suami, pekalah dengan perasaan isteri. Mereka juga berasa penat menguruskan rumah tangga dan anak-anak di rumah.

Tanda isteri tidak bahagia #2 Menolak seks

Sudahlah hatinya tidak dijaga, badannya pula dijadikan seperti boneka si suami. Isteri mana yang bahagia?

Seorang isteri yang tidak bahagia akan menolak permintaan seks yang dibuat suaminya. Mereka tidak mahu disentuh, malah dicium oleh suami.

Jika isteri anda dingin seks, mesti ada sebabnya.

Tanda isteri tidak bahagia #3 Tak mahu lagi bersembang

isteri terabai

credit to sources

Ini satu fakta penting yang anda perlu tahu tentang wanita: Mereka suka bersembang. Jadi kalau isteri memilih untuk tidak bersembang dengan anda, pasti ada sesuatu yang difikirkannya.

Mungkin juga mereka sudah tawar hati dan mengambil keputusan untuk mendiamkan diri.

Tanda isteri tidak bahagia #4 Tidak ambil peduli lagi

Adakah isteri tidak lagi mengambil tahu tentang diri anda? Malah nak bertentangan mata dengannya juga semakin susah kini! Ha… itu pun satu tanda isteri tidak bahagia.

Tanda isteri tidak bahagia #5 Selalu penat

Sebuah kajian yang dilakukan UCLA mendapati, isteri yang tidak bahagia memiliki kadar kortisol yang lebih tinggi. Ini membuatkan mereka lebih cepat penat.

Tanda isteri tidak bahagia #6 Menjauhkan diri dari anda

Isteri akan bertindak tidak mempedulikan hobi atau rutin anda. Malah, dia juga mungkin akan keluar rumah atau duduk dalam bilik asing, seolah-olah ingin menjauhkan diri dari anda.

Ketahuilah walaupun nampak lembut, tapi hati seorang isteri yang sudah tawar lebih keras daripada itu!

Tanda isteri tidak bahagia #7 Simpan rahsia seorang-seorang

Saat isteri mula menyimpan rahsia dari anda, cepat-cepatlah ajaknya berbincang. Ambil tahu tentang masalahnya.

Ia kerana, menyimpan rahsia adalah tanda paling jelas isteri tidak percayakan anda, malah tidak bahagia dengan perkahwinan ini!

Tanda isteri tidak bahagia #8 Mula fikir tentang dirinya sendiri

tanda isteri tidak bahagia

credit to sources

Seorang isteri yang tidak bahagia dalam perkahwinannya akan jadi egois, sama ada dengan waktu, duit, atau emosinya. Jadi, jika dia sudah mula memikirkan tentang dirinya sahaja, mungkin dia mahu “angkat kaki” dari perkahwinan ini.

Jika anda tidak mahu kehilangannya, ambil langkah segera!

Tanda isteri tidak bahagia #9 Buat sesuatu yang lain

Mengubah penampilan merupakan salah satu langkah move on yang digemari wanita. Ini memberikan mereka semangat yang mereka harus meneruskan hidup ini, walaupun tidak bahagia.

Jadi jaga-jaga, suami yang mengabaikan perasaan isterinya akan rugi kerana anda bakal kehilangan wanita istimewa itu kelak. Jangan biarkan keegoaan anda meranapkan rumah tangga sendiri!

Kepada isteri, mungkin anda sudah lama memendam rasa. Kini tibalah masanya untuk suami memahami serba-sedikit perasaan anda. Semoga perkongsian ini berguna bagi memperbaharui semula hubungan rumah tangga anda.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bila Rumah Tangga Tidak Bahagia, Usahlah Menyalahkan Diri & Belajar Untuk Redha

Stories Rakan Kongsi
Kuiz Ini Akan Membantu Anda Memutuskan Cara Terbaik Untuk Melindungi Diri Anda, Anak-Anak Dan Ibu Bapa
Kuiz Ini Akan Membantu Anda Memutuskan Cara Terbaik Untuk Melindungi Diri Anda, Anak-Anak Dan Ibu Bapa
Nutrien-nutrien Penting Untuk Anak Menjadi Tinggi: 5 Nutrien Yang Anda Perlu Tahu!
Nutrien-nutrien Penting Untuk Anak Menjadi Tinggi: 5 Nutrien Yang Anda Perlu Tahu!
Adakah Anak Anda Alah Pada Susu Atau Intoleransi Laktosa? Ini Perbezaan Yang Ibu Bapa Patut Tahu
Adakah Anak Anda Alah Pada Susu Atau Intoleransi Laktosa? Ini Perbezaan Yang Ibu Bapa Patut Tahu
Ibu-Ibu, Ini Cara Untuk Kembali Yakin Dengan Diri Sendiri Selepas Pembedahan C-Section! Tiada Lagi Parut Ketara
Ibu-Ibu, Ini Cara Untuk Kembali Yakin Dengan Diri Sendiri Selepas Pembedahan C-Section! Tiada Lagi Parut Ketara

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Suami & Isteri
  • /
  • Ramai Isteri Tidak Bahagia & Makan Hati Dengan Suami, Hanya Pendam Elak Pergaduhan
Kongsikan:
  • Cara Buat Love Bite Yang Betul Agar Pasangan Bertambah Ghairah & Tip Pudarkannya

    Cara Buat Love Bite Yang Betul Agar Pasangan Bertambah Ghairah & Tip Pudarkannya

  • Kedudukan Solat Suami Isteri Yang Betul Ketika Berada Di Ruang Sempit, Solat Tetap Sah & Tidak Batal

    Kedudukan Solat Suami Isteri Yang Betul Ketika Berada Di Ruang Sempit, Solat Tetap Sah & Tidak Batal

  • Cara Nak Buat Anak Dalam Bilik Tidur Dengan Betul Untuk Tingkatkan Peluang Kehamilan

    Cara Nak Buat Anak Dalam Bilik Tidur Dengan Betul Untuk Tingkatkan Peluang Kehamilan

  • Cara Buat Love Bite Yang Betul Agar Pasangan Bertambah Ghairah & Tip Pudarkannya

    Cara Buat Love Bite Yang Betul Agar Pasangan Bertambah Ghairah & Tip Pudarkannya

  • Kedudukan Solat Suami Isteri Yang Betul Ketika Berada Di Ruang Sempit, Solat Tetap Sah & Tidak Batal

    Kedudukan Solat Suami Isteri Yang Betul Ketika Berada Di Ruang Sempit, Solat Tetap Sah & Tidak Batal

  • Cara Nak Buat Anak Dalam Bilik Tidur Dengan Betul Untuk Tingkatkan Peluang Kehamilan

    Cara Nak Buat Anak Dalam Bilik Tidur Dengan Betul Untuk Tingkatkan Peluang Kehamilan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham