X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Remuk Hati Isteri Ini Lihat Lelaki Curang Depan Mata Dengan Kakak Kandung Sendiri!

5 min bacaan
Remuk Hati Isteri Ini Lihat Lelaki Curang Depan Mata Dengan Kakak Kandung Sendiri!

Suami hargailah isteri anda, bukannya senyap-senyap jalin hubungan dengan wanita lain...

Kadang-kadang tanda lelaki curang dalam diam ini sudah jelas di hadapan mata, tapi seorang isteri tak pernah sangka suaminya itu menyimpan rasa cinta pada wanita lain. Contohnya seperti luahan isteri ini. 

Kalau terjadi pada kita, bila nampak tanda lelaki curang dalam diam, memang tak senang duduk. Rasanya habis semua benda yang membabitkan suami akan digeledah. Betul tak? 

Ingatlah para isteri, bila ada tanda lelaki curang dalam diam ini, kita sebagai isteri boleh halangnya daripada terus terjadi. Kita ada hak sebagai isteri untuk mempertahankan rumah tangga yang dibina.

Jangan sampai orang memijak atau melemah-lemahkan wanita bergelar isteri. Bangkitlah isteri pertahankan hak kita! 

Ikuti luahan seorang isteri ini apabila beliau dapat mengesan tanda lelaki curang dalam diam dan apa yang berlaku untuk dijadikan pengajaran.

Diari hati seorang isteri apabila lelaki curang dalam diam

tanda lelaki curang dalam diam, tanda suami curang dalam diam, suami curang belakang isteri, lelaki curang belakang isteri, curang, kecurangan suami, tanda suami curang, punca suami curang, suami curang dengan kakak kandung isteri, suami curang dengan kakak ipar, kecurangan suami dengan kakak ipar, curang senyap-senyap

Kredit: Vemale.com

Biarlah nama dan identiti menjadi rahsia kerana saya boleh menjadi sahabat yang anda kenali. 

Saya merupakan seorang wanita biasa yang seronok menjalani kehidupan seharian bersama keluarga, suami dan anak-anak. 

Saya juga seorang yang berpendidikan tinggi dan berkahwin ketika masih menuntut di universiti. Lebih menggembirakan, keluarga mertua memberi keizinan untuk menghabiskan ijazah pada waktu itu kerana itulah impian saya selama ini.

Keluarga mertua juga berharap saya dapat menjadi isteri yang baik dalam menguruskan rumah tangga kami. Begitu juga dengan keluarga saya. Sebab itu lepas habis belajar,saya memilih untuk jadi suri rumah. 

Advertisement

Suami pula seorang yang sangat baik dan penyayang. Kami hanya berjumpa sekali saja sebelum berkahwin. Katanya saya boleh jadi isteri dan menantu yang baik selain menghormati kedua-dua belah keluarga.

Dia juga sentiasa berada di sisi dan menjadi kawan yang baik bagi berkongsi segala cerita setiap hari. Suami tak pernah membuatkan saya berasa kesunyian selepas berkahwin.

Kehidupan kami cukup sempurna

tanda lelaki curang dalam diam, tanda suami curang dalam diam, suami curang belakang isteri, lelaki curang belakang isteri, curang, kecurangan suami, tanda suami curang, punca suami curang, suami curang dengan kakak kandung isteri, suami curang dengan kakak ipar, kecurangan suami dengan kakak ipar, curang senyap-senyap

Kredit: best one of four

Selepas setahun berkahwin, saya mengandung. Seluruh keluarga gembira, dan suami juga melakukan yang terbaik dalam pekerjaannya.

Setiap hari, dia tak sabar pulang ke rumah untuk bermain dengan anak kami. Kehidupan saya cukup sempurna dan tak ada apa yang tidak mengembirakan. 

Saya juga berusaha untuk kurangkan berat badan selepas bersalin. Saya juga mengambil ubat untuk atasi masalah berat badan.

Kami merancang untuk ada anak kedua bila anak sulung sudah berumur 5 tahun, tapi disebabkan isu kesihatan, saya cepat letih. 

Selepas melakukan kerja rumah, saya hanya akan berkurung dalam bilik. Pada masa itulah suami saya banyak melancong dan kami juga kurang berkomunikasi. 

Kakak kandung pindah masuk, inilah mulanya tanda lelaki curang dalam diam 

tanda lelaki curang dalam diam, tanda suami curang dalam diam, suami curang belakang isteri, lelaki curang belakang isteri, curang, kecurangan suami, tanda suami curang, punca suami curang, suami curang dengan kakak kandung isteri, suami curang dengan kakak ipar, kecurangan suami dengan kakak ipar, curang senyap-senyap

Kredit: Pesona Pengantin

Semasa hamil anak kedua, suami memberi cadangan untuk meminta bantuan kakak saya bagi membantu kerja-kerja rumah dan menjaga anak sulung kami. 

Kalau nak suruh mertua tolong, mereka sudah tua dan jarang buat kerja rumah. Mereka juga tak suka ada pembantu rumah. 

Akhirnya, kakak saya bersetuju untuk pindah dan tinggal bersama kami sementara waktu. Betapa baiknya dia.

Pada hari pertama, dialah yang melakukan segala tanggungjawab itu. Dia juga beritahu, ini adalah masa untuk saya berehat dan dia akan bantu segalanya. 

Dia juga selalu masak makanan kegemaran suami untuk makan malam. Dia suka bermain dan memerhatikan kerja sekolah anak kami. 

Dengan tenaga yang baru ini dan segala kerja siap dengan sempurna, seluruh keluarga berasa gembira terutamanya suami saya.

Suami mula pulang dari kerja tepat pada masa dan akan duduk bersembang panjang dengan kakak  saya selepas makan malam. Sementara saya pula tidur dan menjaga bayi kecil kami. 

Kakak saya dan suami kelihatan seperti rakan baik. Bila saya masuk tidur, dia akan pastikan saya dalam keadaan yang selesa.

Sehari dalam seminggu, pasti suami saya akan bawanya makan malam di luar. Masa itu saya belum syak apa-apa antara mereka.

Stories Rakan Kongsi
Adakah Anak Anda Alah Pada Susu Atau Intoleransi Laktosa? Ini Perbezaan Yang Ibu Bapa Patut Tahu
Adakah Anak Anda Alah Pada Susu Atau Intoleransi Laktosa? Ini Perbezaan Yang Ibu Bapa Patut Tahu
"Demam" Avengers: Endgame Masih Belum Habis & Kini Cuti Sekolah, Apa Lagi Aktiviti Menarik Yang Anda Boleh Buat Bersama Anak?
"Demam" Avengers: Endgame Masih Belum Habis & Kini Cuti Sekolah, Apa Lagi Aktiviti Menarik Yang Anda Boleh Buat Bersama Anak?
5 Simple Steps To Resilience: Prepping Your Child To Face The World
5 Simple Steps To Resilience: Prepping Your Child To Face The World
Melangkaui Norma: Adakah Rangsangan Penyusuan Bayi Hanya Boleh Dilakukan Secara Semula Jadi?
Melangkaui Norma: Adakah Rangsangan Penyusuan Bayi Hanya Boleh Dilakukan Secara Semula Jadi?

Setiap minggu juga dia akan ajak kakak dan anak untuk keluar membeli belah.

Bila kakak ada hal di luar pada hujung minggu, suami akan hantar dan ambilnya pulang ke rumah. Saya rasa sangat seronok bila melihat kebaikan suami itu. 

Saya rasa sangat gembira bila ada kakak di sisi, dia banyak berkorban demi keluarga kecil kami. Malah kedua-dua anak kami juga sangat sayangkannya dan habiskan masa bersamanya lebih daripada diri ini. 

Tanda lelaki curang dalam diam, rupanya dia nak berkahwin dengan kakak kandung saya!

Tiba-tiba suami ingin berpisah.

Katanya dia sedang bercinta dengan kakak saya dan ingin berkahwin dengannya. Katanya lagi kakak juga turut menyimpan perasaan cinta terhadapnya.

Mereka cuba untuk menidakkannya tapi kini mereka benar-benar sudah jatuh cinta dan tak boleh hidup jika tak bersama. 

Selama ini, kakak yang sentiasa menjadi kawan dan sokongan pada saya. Akhirnya dia menjadi racun dalam duri.

Manakala suami pula merupakan seorang yang sangat baik di dunia. Rupanya dia menyimpan seribu helah. 

Suami juga mengatakan dia izinkan saya untuk tinggal terus dengan mereka dalam rumah itu bersama anak-anak kami. Dia tidak mahu saya alami apa-apa masalah selepas perceraian. 

Jika perkongsian ini dilihat suami, keluarga mertua atau keluarga saya, pastinya mereka akan dilanda masalah. Biarlah saya simpan dahulu cerita ini dilubuk hati paling dalam. 

Selepas 10 tahun perkahwinan, ini yang saya dapat? Apa yang boleh saya lakukan? Kehidupan saya sudah berakhir…

Semoga perkongsian ini memberikan kita iktibar di masa hadapan. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit gambar: Sirap Limau

Sumber: Artikel ini mendapat keizinan dari theIndusparent dan theAsianparent Singapore untuk diterjemahkan 

Baca juga: 5 Cara Jaga Suami Agar Mereka Tak Curang Diam-Diam Belakang Anda

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Surat terbuka
  • /
  • Remuk Hati Isteri Ini Lihat Lelaki Curang Depan Mata Dengan Kakak Kandung Sendiri!
Kongsikan:
  • Ada Adik Beradik Jaga Ibu Bapa Sakit? Pakar Kaunselor Pesan Jangan Banyak Mengungkit!

    Ada Adik Beradik Jaga Ibu Bapa Sakit? Pakar Kaunselor Pesan Jangan Banyak Mengungkit!

  • ''Dunia Telah Berubah Ketika Kamu Dilahirkan,''- Ibu Menulis Surat Untuk Bayi Pandemik

    ''Dunia Telah Berubah Ketika Kamu Dilahirkan,''- Ibu Menulis Surat Untuk Bayi Pandemik

  • Surat Terbuka Dari Isteri: Abang, Sayang Penat Uruskan Rumah Seorang Diri - Bantulah Saya!

    Surat Terbuka Dari Isteri: Abang, Sayang Penat Uruskan Rumah Seorang Diri - Bantulah Saya!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami

  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham