X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

''Dunia Telah Berubah Ketika Kamu Dilahirkan,''- Ibu Menulis Surat Untuk Bayi Pandemik

4 min bacaan
''Dunia Telah Berubah Ketika Kamu Dilahirkan,''- Ibu Menulis Surat Untuk Bayi Pandemik

Perubahan dunia yang berlaku disebabkan oleh pandemik Covid-19 memberi kesan terhadap proses perkembangan bayi dan kanak-kanak

Tidak sama seperti sebelum ini, perubahan dunia telah berlaku disebabkan oleh pandemik Covid-19. Seluruh masyarakat menerima kesan penularan ini, termasuklah bayi dan kanak-kanak.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Perubahan dunia disebabkan pandemik Covid-19, ini luahan dan surat terbuka dari seorang ibu
  • Jadi apa yang buatkan perubahan dunia masa kini?
  • Surat terbuka untuk bayi kuarantin saya

Mereka terpaksa banyak terkurung di dalam rumah dan perlu mengelakkan diri daripada berada di tempat yang ramai orang bagi mengurangkan risiko jangkitan.

Perubahan dunia disebabkan pandemik Covid-19, ini luahan dan surat terbuka dari seorang ibu

bayi pandemik covid

Setiap ibu pastinya amat mengharapkan bayi yang dilahirkan dapat membesar dengan sempurna. Namun ancaman kesihatan ini sering membuatkan ramai ibu berasa bimbang.

Ini surat terbuka dari sudut pandangan ibu yang penuh harapan.

Hello, anak kecil!

Di manakah saya perlu bermula? Baiklah, saya tidak akan tipu awak. Ini dunia mencabar yang anda perlu teruskan hidup.

Anda datang ke dunia pada titik penting dalam sejarah. Di seluruh dunia, orang ramai dijangkiti oleh Covid-19. Kita kini berada dalam pandemik, di mana perubahan dunia berlaku dan keadaan tidak sama seperti sebelumnya.

Keadaan dunia yang dahulu, biar saya ceritakannya. 

Awak boleh pergi ke pantai pada musim panas. Boleh menaiki kapal terbang dan biarkan ia membawa kita beribu batu jauhnya.

Manakala sekolah-sekolah dipenuhi dengan kanak-kanak, suara mereka boleh didengar di segenap lorong. Pada hujung minggu pula, awak boleh melihat mereka di taman permainan tanpa memakai topeng pelitup muka atau sebarang penjagaan di dunia.

Pawagam juga penuh dengan penonton, gelak tawa mereka memenuhi setiap bilik.

Pelukan dan bertegur sapa adalah kebiasaan apabila berjumpa keluarga atau rakan-rakan. Awak boleh melihat senyuman orang yang tidak dikenali apabila berada di ruang awam yang lain.

Jadi apa yang buatkan perubahan dunia masa kini?

bersalin pandemik covid

Kemudian wabak telah melanda, ia membuatkan ramai orang berasa takut dan bimbang. Beratus-ratus ribu orang mati dan jatuh sakit sehingga pemimpin dunia melaksanakan protokol kesihatan dan keselamatan bagi mengekang penyebaran virus.

Secara ringkasnya, dunia telah ditutup.

Sesi persekolahan dihentikan, anak-anak perlu berada di rumah. Cara pendidikan tradisional digantikan dengan pembelajaran jarak jauh, kita semua terpaksa menyesuaikan diri berada dalam keadaan baharu ini.

Perhimpunan sosial tidak dibenarkan, ada had tetamu. Perniagaan juga banyak terkesan yang membuatkan orang ramai kehilangan punca pendapatan.

Kini satu-satunya tempat yang penuh adalah hospital. Para pekerja kesihatan merasai bebannya.

Surat terbuka untuk bayi kuarantin saya

Dan yang paling menyedihkan, ada yang kehilangan orang tersayang. Kami kehilangan ahli keluarga tersayang disebabkan oleh virus jahat ini.

Kami juga tidak dapat mengucapkan selamat tinggal kepadanya kerana tiada sesiapa dibenarkan untuk melawat.

Tetapi tidak semua perubahan menjadi lebih buruk.

anak membesar pandemik

Kerana virus itu, orang ramai mula belajar untuk lebih berhati-hati dan mengambil serius tentang kebersihan dan sanitasi. 

Kami belajar memakai topeng pelitup muka untuk melindungi orang lain dan mencuci tangan dengan betul.

Kami belajar untuk menjadi lebih bertimbang rasa, duduk di rumah apabila mengalami gejala selesema atau batuk. Konsep penjarakan sosial yang diperkenalkan membuatkan kami belajar menghormati ruang peribadi.

Orang ramai juga mula menghormati doktor, jururawat, guru dan mereka yang menjadikan hidup lebih mudah. Ibu yang tinggal di rumah akhirnya mendapat penghargaan sepatutnya.

Stories Rakan Kongsi
Children Are Suffering From Diarrhoea: Here’s What You Can Do To Help Protect Your Child
Children Are Suffering From Diarrhoea: Here’s What You Can Do To Help Protect Your Child
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Bayi Baru Lahir Boleh Duduk Dalam Baby Carrier Ke? Si Manja Asyik Nak Dukung Saja! Apa Kata Ibu Pakai Baby Carrier Ini
Bayi Baru Lahir Boleh Duduk Dalam Baby Carrier Ke? Si Manja Asyik Nak Dukung Saja! Apa Kata Ibu Pakai Baby Carrier Ini

Kemudian awak datang. Mengetahui anda berasa bimbang, ketakutan, tetapi semua itu tetapi memberikan banyak kegembiraan yang lainnya kelak.

Tetapi ibu bimbang, siang dan malam, tentang jenis dunia yang awak akan dilahirkan. Ibu berasa sedih kerana ia tidak sehebat yang ibu harapkan.

Saya takut untuk diri saya sendiri tetapi yang paling penting, saya sangat takut untuk awak.

Dalam setiap temu janji doktor, setiap lawatan ke hospital, saya bimbang virus itu akan menyelinap ke dalam tubuh saya dan meletakkan awak dalam risiko.

Kredit foto: Astro Gempak

Penulis asal Camille Eusebio. Artikel ini telah mendapat kebenaran daripada theAsianparent Filipina untuk diterjemah.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ramai ‘Bayi PKP’ Takut & Menangis Bila Lihat Ramai Orang, Ini Tips Berguna Buat Ibu Ayah!

Baca juga: Bayi Yang Lahir & Membesar Ketika Pandemik Covid-19 Berisiko Milik IQ Rendah-Kajian

Baca juga: Covid-19 Boleh Menyebabkan Anak Yang Bersekolah Tantrum Seperti Fasa ‘Terrible Twos’

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Bayi
  • /
  • ''Dunia Telah Berubah Ketika Kamu Dilahirkan,''- Ibu Menulis Surat Untuk Bayi Pandemik
Kongsikan:
  • Semak Berat Ideal Bayi Mengikut Umur Dan Jantina Menggunakan Jadual Lengkap Ini

    Semak Berat Ideal Bayi Mengikut Umur Dan Jantina Menggunakan Jadual Lengkap Ini

  • Perkembangan Deria Bayi Baru Lahir, Penting Buat Mereka Membesar Sihat & Bijak

    Perkembangan Deria Bayi Baru Lahir, Penting Buat Mereka Membesar Sihat & Bijak

  • Children Are Suffering From Diarrhoea: Here’s What You Can Do To Help Protect Your Child
    Stories Rakan Kongsi

    Children Are Suffering From Diarrhoea: Here’s What You Can Do To Help Protect Your Child

  • Semak Berat Ideal Bayi Mengikut Umur Dan Jantina Menggunakan Jadual Lengkap Ini

    Semak Berat Ideal Bayi Mengikut Umur Dan Jantina Menggunakan Jadual Lengkap Ini

  • Perkembangan Deria Bayi Baru Lahir, Penting Buat Mereka Membesar Sihat & Bijak

    Perkembangan Deria Bayi Baru Lahir, Penting Buat Mereka Membesar Sihat & Bijak

  • Children Are Suffering From Diarrhoea: Here’s What You Can Do To Help Protect Your Child
    Stories Rakan Kongsi

    Children Are Suffering From Diarrhoea: Here’s What You Can Do To Help Protect Your Child

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.