Anak Terlalu Obses Dinosaur Petanda Yang Baik, Bantu Kuatkan IQ & Jadi Lebih Bijak

undefined

Mainan dinosaur sangat sinonim dengan anak lelaki. Bayangkan semua mainan dan pakaian anak bertemakan dinosaur. Ketahui ini kelebihannya!

“Anak saya 10 tahun, dan dia obses dengan beberapa perkara. Lebih-lebih lagi mainan dinosaur. Kerana minat yang mendalam, kami bawa dia ke muzium dan dia boleh memperbetulkan satu model dinosaur yang dilabel salah.”

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Anak suka mainan dinosaur satu petanda yang baik
  • Manfaat minat yang mendalam kanak-kanak terhadap mainan dinosaur menurut psikologi
  • Anak yang minat dinosaur mampu menghafal kesemua namanya
  • Sebab anak suka dinosaur
  • Sebab anak obses terhadap haiwan dinosaur

Saya tak perasan mula-mula, tapi beberapa hari selepas itu, muzium hantar surat mengucapkan terima kasih kepada anak saya. Mereka menyuruh anak saya meneruskan minatnya di dalam paleontologi. Saya sangat bangga dengan anak saya!”

Anak suka mainan dinosaur satu petanda yang baik

anak suka dinosaur

Adakah anak anda mempunyai obeses dan minat yang mendalam seperti ini? Sebenarnya, ramai kanak-kanak di seluruh dunia mempunyai minat terhadap dinosaur.

Seperti contoh, kanak-kanak yang minat dengan dinosaur boleh menamakan 10 spesies dinosur dengan betul, makanan mereka dan bagaimana kehidupan mereka dan masa mereka pupus.

Kita pula sebagai dewasa hanya boleh namakan dua dinosaur, tak pun hanya tahu T-Rex saja!

Psikologi telah memberikan nama kepada sikap semula jadi untuk mengetahui dengan lebih mendalam yang ada pada kanak-kanak. Sebagai contoh subjek dinosaur.

Ia dipanggil “intense interests” atau minat yang mendalam: motivasi yang sangat berkuasa dan membuat mereka nak belajar semua yang mereka boleh belajar tentang sesuatu topik.

Kanak-kanak akan mengalami fasa ini semasa mereka dalam lingkungan antara dua ke enam tahun.

Tempoh usia ini adalah fasa ‘imaginative play’. Dalam sesetengah kes, minat mendalam ini akan disambung bila mereka dewasa dan kadang-kadang menjadi pekerjaan mereka.

Mereka membesar menjadi manusia yang bersungguh-sungguh dengan minat  hingga menjadi penunjuk arah dalam kehidupan mereka.

Minat mendalam ini tak hanya terhad pada mengkaji dinosaur. Ia boleh berlaku dalam pelbagai bentuk, seperti astronomi, kapal terbang, kereta api, haiwan dan macam-macam lagi.

Manfaat minat yang mendalam kanak-kanak terhadap mainan dinosaur menurut psikologi

anak minat dinosaur

Pengkaji pernah mengkaji minat mendalam ini di Universiti Indiana dan Wisconsin. Mereka mengesahkan yang ia sangat bermanfaat untuk perkembangan intelek kanak-kanak.

Antara beberapa manfaat minat yang mendalam pada kanak-kanak ini adalah:

  • sangat berpengetahuan tentang topik yang mereka minati
  • meningkatkan kebolehan kanak-kanak untuk berkawan
  • menajamkan tumpuan mereka
  • memperbaiki kemahiran berfikir dan proses maklumat.
  • mempunyai kemampuan untuk meningkatkan kebolehan linguistik 

Menurut psikologi, bagaimana kanak-kanak meneruskan pembelajaran mereka dan mengkaji minat mereka adalah pantulan kemahiran menyelesaikan masalah.

Kanak-kanak akan bertanya soalan dan mencari jawapan dengan sendiri dan hanya minta bantuan bila mereka perlukan.

Justeru ibu ayah luangkanlah sedikit masa untuk melayan anak-anak bermain dinosaur, tidur dengan dinosaur, menonton, bercakap dan membaca mengenai dinosaur.

Hal ini kerana ia mempunyai kebaikan terhadap perkembangan kognitif atau otak si manja.

Anak yang minat dinosaur mampu menghafal kesemua namanya

Menurut seorang paleontologis atau pakar pengkaji fosil, Kenneth Lacovara, mengetahui dan dapat menghafal nama-nama dinosaur merupakan perkara yang sangat membanggakan bagi kanak-kanak.

Kepakaran yang mereka miliki itu mungkin tidak pernah dimiliki oleh ibu ayah mereka sendiri.

Inilah yang menjadi sebab mendorong kanak-kanak mencari lebih banyak maklumat mengenai dinosaur melalui aktiviti bermain, membaca, meneroka atau menonton di televisyen.

Walau bagaimanapun, minat yang mendalam terhadap haiwan dinosaur ini didapati hanya dapat bertahan selama 6 bulan hingga 3 tahun sahaja. 

Salah satu sebab utama minat ini berkurang adalah kerana anak-anak mula memasuki alam persekolahan.

Sebab anak obses terhadap haiwan dinosaur

anak obses dinosaur

  • Saiz dinosaur yang besar membuatkannya nampak begitu hebat
  • Haiwan dinosaur melakukan apa sahaja yang mereka mahukan
  • Ada banyak jenis dinosaur
  • Spesies ini telah pupus
  • Tanda anak lelaki yang kuat
  • Sejarah yang menghiburkan hati anak kecil

Anak mula kurang minat apabila memasuki persekolahan

Psikologi dari Universiti Virginia dan Yale telah menganalisa perkara ini dan mereka menemui yang minat bukan datang atau dipengaruhi oleh ibu bapa.

Saintis menemui, bila kanak-kanak mula belajar di sekolah, mereka:

  • kurang masa terluang untuk meneruskan “penyiasatan” mereka
  • sekolah memerlukan pengetahuan mereka kepada semua subjek dan semua perlu cepat dan tak begitu mendalam. Kurikulum sekolah juga biasanya tak bersesuaian dengan minat mereka dan memaksa mereka untuk mengetepikan minat mereka.

Sekiranya ada di antara anak yang terus meminati dinosaur meskipun sudah bersekolah, kajilah laluan untuk menjadikan mereka seorang paleontologis.

Cara untuk galakkan anak meneruskan sesuatu minat mereka

Tak semestinya anda tak ada harapan untuk melihat anak meneruskan minat mereka. Anda boleh menjadi guru mereka di rumah.

Apabila sudah mengetahui manfaat minat yang mendalam terhadap kanak-kanak ini, ibu bapa boleh meneruskannya di rumah. Khususnya, anda perlu pastikan:

  • Anak anda mempunyai masa yang cukup untuk meneruskan dan memahami dengan lebih mendalam tentang subjek yang mereka minati
  • Sokong anak untuk mencari perhubungan di antara minat mereka dan apa-apa pengetahuan yang mereka boleh dapat di sekolah.

Akhir sekali, ini adalah petikan dari Jeff Bezos tentang minat seseorang individu:

“Salah satu kesilapan besar yang sering dilakukan adalah orang cuba untuk memaksa diri mereka untuk minat pada sesuatu. Anda tak pilih apa yang anda minat; “minat” yang akan pilih anda.”

Semoga bermanfaat.

Artikel asal ditulis oleh Kevin Wijaya dan mendapat izin theAsianparent Singapore untuk diterjemah

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 5 Sebab Permainan LEGO Bagus Untuk Perkembangan Anak, Ia Merangsang Otak & Mata 

Baca juga: Risaunya Anak Lambat Bercakap, Ibu Ayah Bantu Mereka Melalui 7 Jenis Mainan Ini!

Baca juga: Selain Kunci, Ini 7 Jenis Mainan Tanpa Modal Yang Menjadi Kesukaan Anak-Anak Di Rumah

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!