Minuman Dalam Pantang Ini BAGUS Untuk Tambah Susu Badan & Tambah Tenaga Ibu Selepas Bersalin, Jom Cuba!

undefined

Bukan saja makanan yang perlu dititik beratkan semasa berpantang, tapi minuman dalam pantang bersalin juga bermanfaat untuk proses pemulihan lepas beranak.

Biasanya kalau dalam tempoh berpantang, kita hanya akan fikir tentang makanan berpantang sahaja. Sedangkan minuman dalam pantang bersalin juga sama penting!

Bagi mendapatkan proses pemulihan yang cepat, ibu dalam pantang disarankan untuk tidak mengehadkan pengambilan air kerana ia juga dapat membantu penghasilan susu badan. Oleh itu, anda harus memastikan minum air sekurang-kurangnya dua liter sehari.

Tapi kalau hari-hari minum air kosong tentu rasa bosan juga, kan? Jadi apa kata anda buat air herba atau minuman berkhasiat yang lain supaya dapat membantu pemulihan dan memberi tenaga dalam badan. 

10 jenis minuman dalam pantang bersalin 

#1. Minuman dalam pantang bersalin – Air Kunyit 

minuman dalam pantang bersalin, minuman semasa berpantang, minuman ketika berpantang, minuman pantang, minuman pantang selepas beranak, minuman berpantang selepas melahirkan anak, minuman dalam pantang

Bahan-bahan:

  • Sedikit kunyit hidup 
  • Perahan air asam jawa
  • Gula secukup rasa

Cara-cara membuat: 

  1. Parut kunyit hidup kemudian ambil airnya. Selepas itu rebus hingga mendidih. 
  2. Masukkan air perahan asam jawa dan gula. 
  3. Bancuh bersama air panas. 

Tips: Air kunyit berperanan mengecutkan rahim tapi anda disarankan minum selama tiga hari sahaja semasa berpantang dan tidak mengambil secara berlebihan. 

#2. Minuman dalam pantang bersalin – Air Halia 

Bahan-bahan: 

  • Sediakan air yang mencukupi
  • 1 inci halia 
  • Gula perang secukupnya 

Cara-cara membuat:

  1. Ketuk atau kisar halia hingga halus.
  2. Masukkan air panas dan gula perang.
  3. Sedia untuk diminum. 

#3. Minuman dalam pantang bersalin – Susu Badam Kurma 

minuman dalam pantang bersalin

Bahan-bahan:

  • Segelas susu segar rendah lemak
  • 2 biji kurma
  • 5 biji badam 

Cara-cara membuat:

  1. Kisar semua bahan dan jadikan ia minuman setiap pagi selama berpantang 

#4. Minuman dalam pantang bersalin – Air Pegaga

Bahan-bahan:

  • Dua ikat pegaga
  • 5 cawan air 

Cara-cara membuat:

  1. Rebus semua bahan hingga menjadi 3 cawan air.
  2. Tapis dan hidangkan secara suam. 

#5. Air Halba 

minuman dalam pantang bersalin

Bahan-bahan: 

  • 1 sudu kecil halba
  • 1 gelas air panas

Cara-cara membuat: 

  1. Bersih dan cuci halba. 
  2. Rendam halba dengan air panas. 
  3. Sedia untuk diminum. 

#6. Air Inai 

Bahan-bahan:

  • Beberapa tangkai inai
  • Air secukupnya

Cara-cara membuat:

  1. Kisar inai sampai lumat
  2. Rebus bersama air.
  3. Tapis dan minum airnya. 

#7. Air Manjakani 

Minuman Dalam Pantang Ini BAGUS Untuk Tambah Susu Badan & Tambah Tenaga Ibu Selepas Bersalin, Jom Cuba!

Bahan-bahan: 

  • 5 biji buah manjakani
  • 500 ml air
  • Halia 
  • Kunyit 

Cara-cara membuat 

  1. Rebus semua bahan sampai mendidih 
  2. Tapis dan jadikan ia pati.
  3. Kemudian boleh dicampur dalam minuman panas anda. 

#8. Air Serai 

Bahan-bahan: 

  • 5 batang serai 
  • 2 helai daun pandan 
  • 2 inci halia 
  • 1 liter air 

Cara-cara membuat: 

  1. Serai diketuk kemudian dihiris halus.
  2. Rebus bersama air dan daun pandan. 
  3. Minum air ini setiap hari sekurang-kurangnya satu sudu besar. 

#9. Jus Lobak Merah 

Minuman Dalam Pantang Ini BAGUS Untuk Tambah Susu Badan & Tambah Tenaga Ibu Selepas Bersalin, Jom Cuba!

Kredit: Freepik

Bahan-bahan: 

  • 1 batang lobak merah 
  • 1 biji tomato 
  • 1 cawan air 

Cara-cara membuat: 

  1. Kisar dan minum airnya bersama hampas. 

Tips: Ia bertujuan untuk membersihkan usus dan boleh diminum bersama madu. 

#10. Air Rebusan Herba

Bahan-bahan:

  • 5 cm halia
  • 1 sudu besar halba
  • 1 sudu besar jintan hitam
  • 1 batang serai diketuk
  • 1 batang kulit kayu manis 
  • 5 biji bunga cengkih 

Cara-cara membuat:

  1. Rebus semua bahan dan minum airnya.
  2. Boleh tambah madu untuk rasa lebih enak. 

Cara-cara minum air semasa berpantang

  1. Hindari minum air manis terlalu banyak 
  2. Dilarang ambil minuman sejuk dan berais 
  3. Elakkan minum air masak terlalu banyak. 
  4. Amalkan air rebusan herba atau akar kayu 
  5. Elakkan minum sejurus selepas makan tapi tunggu 10 ke 30 minit kemudian baru minum.
  6. Jangan makan bersulamkan air.
  7. Minum duduk dan mulakan dengan bismillah. 

Semoga perkongsian bermanfaat dan selamat mencuba! 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Resepi Berpantang 44 hari Yang Sedap & Mudah Dimasak Untuk Ibu Selepas Bersalin

Baca juga: Doktor Kongsi Pengalaman Berpantang Cara Moden Yang Betul Agar Luka Bersalin Cepat Sembuh

Baca juga: 9 Pantang Larang Selepas Bersalin, Jika Ibu Tidak Ikut Boleh Mudaratkan Diri & Bayi!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!