5 Tips Memilih Minyak Ikan Terbaik Untuk Ibu Hamil! Bagus Untuk Kandungan

Minyak ikan antara suplemen yang baik untuk diambil oleh ibu hamil. Jadi bagaimana untuk pilih minyak ikan terbaik untuk anda?

Minyak ikan antara makanan tambahan yang sangat disyorkan untuk diambil oleh ibu hamil. Jadi kali ini kami sertakan tips untuk memilih minyak ikan terbaik yang sesuai untuk ibu hamil.

Khasiat minyak ikan bukan saja baik untuk ibu malah ia juga baik untuk perkembangan otak bayi dalam kandungan. Jadi tidak hairanlah jika ibu hamil menjadikan minyak ikan sebagai salah satu suplemen wajib yang mereka ambil setiap hari.

Tetapi sejauh manakah ia selamat? Adakah lebih baik makan ikan yang segar atau pengambilan minyak ikan lebih baik?

Cara pilih minyak ikan terbaik untuk ibu hamil

Minyak Ikan Terbaik

Terlalu banyak minyak ikan di pasaran, sampai ibu juga kadang kala tak tahu nak pilih yang mana. Menurut pakar, walaupun minyak ikan baik untuk ibu hamil, ia juga tidak boleh diambil dalam jumlah yang terlalu banyak dalam seminggu.

Malah, perlu juga berhati-hati kerana dikhuatiri minyak ikan mempunyai bahan pencemar alam sekitar seperti dioksin dan bifenil poliklorin (PCB).

Jadi kami kongsikan tips untuk anda pilih minyak ikan yang terbaik sebagai suplemen ibu hamil

#1. Ketulenan

Minyak Ikan Terbaik

Ketulenan bermaksud minyak ikan yang anda beli harus bebas daripada logam berat contohnya merkuri, arsenik, lead, dioksin dan furan. Kesemua logam berat ini boleh memudaratkan kesihatan jika diambil secara berterusan.

Kaedah membuang kebanyakan logam berat adalah dengan cara penyulingan molekul secara berteknologi tinggi. Penyulingan pun ada macam-macam peringkat, jadi pilihlah yang paling tinggi supaya kebanyakan logam berat dapat dikeluarkan.

Tahukah anda, pada tahun 2010, sebuah kumpulan alam sekitar antarabangsa telah mendakwa beberapa pengeluar minyak ikan kerana mempunyai terlalu banyak PCB (sejenis logam berat) dalam produk mereka. 

#2. Pilih produk minyak ikan yang mempunyai gred farmaseutikal yang tinggi

Untuk mendapatkan dan menghasilkan minyak ikan dengan gred farmasutikal tahap tertertinggi, produk minyak ikan memerlukan melalui proses penyulingan dan penulenan yang berulang kali. Ini menjadikan minyak ikan yang lebih kuat, lebih tulin dan lebih mahal.

Namun inilah cara yang mudah untuk anda memastikan anda mendapat makanan tambahan minyak ikan paling tulen dan terbaik. Lagipun minyak ikan omega 3 tidak dapat dihasilkan oleh tubuh. Jadi anda masih perlu dapatkan daripada pemakanan dan suplemen.

#3. Pilih minyak ikan yang diperbuat daripada ikan kecil

Minyak Ikan Terbaik

Jerung merupakan haiwan pemangsa, setiap kali mereka makan ikan lain atau anjing laut, paras merkuri akan bertambah dalam hati mereka. Semakin tinggi hirarki ikan dalam rantaian makanan, semakin banyak merkuri dalam hati mereka.

Minyak ikan kod adalah jauh lebih baik daripada ikan yu, tetapi ikan kod juga termasuk sebagai ikan besar dan hidup lebih lama. Ini memberikan mereka masa dan peluang untuk menyerap toksin yang banyak dalam laut.

Ini berbeza jika minyak ikan daripada ikan kecil seperti ikan bilis, polluck, ikan kembung dan sardin. Ini kerana mereka tidak hidup lama dan peluang toksin menyerap ke dalam badan mereka adalah berisiko rendah.

#4. Pilih minyak ikan dengan paras omega-3 yang tinggi

Pernahkah anda nampak, kandungan per kapsul adalah 1000mg, namun begitu kandungan Omega 3 dalam setiap kapsul hanya sekitar 15% daripada keseluruhan minyak ikan. Apakah maknanya ini?

Ini bermaksud selebihnya 85% adalah lemak ikan sahaja. Maknanya, kalau 1000mg x 15%, bilangan Omega 3 setiap pil hanya sekitar 150mg sahaja.

#5. Pilih produk yang telah diuji oleh pihak ketiga

Terdapat sebuah organisasi antarabangsa iaitu International Fish Oil Standards (IFOS) yang merupakan organisasi ujian pihak ketiga. Mereka menguji minyak ikan dan menerbitkan analisis terperinci keputusan di laman web mereka untuk rujukan orang ramai. Jadi anda boleh memilih minyak ikan yang tersenarai dalam IFOS dengan senang hati, tanpa was-was.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ini sebab mengapa ibu hamil & menyusu wajib makan minyak ikan demi anak!

Baca juga: 6 Resepi Ikan SALMON Kaya Protein, Omega-3 Baik Untuk Otak Kanak-Kanak!

Baca juga: Selain Haruan, Ini Jenis Ikan Yang SELAMAT Dimakan Ketika Ibu Dalam Pantang

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!