Ramai Isteri Pendam & Murung Selepas Bersalin, Suami Diam-Diam Ada Perempuan Lain

undefined

Murung selepas bersalin sering terjadi kepada kebanyakan ibu. Lebih menyedihkan apabila suami dan ahli keluarga tidak memahami keadaan mereka

Beberapa tahun yang lalu, negara dikejutkan dengan kes Evy Suliastin, membunuh diri bersama tiga orang anaknya disebabkan alami murung selepas bersalin dan suami kahwin lain.

Kes ini ternyata mengundang empati sesama ibu yang cuba untuk memahami mengapa seorang ibu murung hingga nekad mengajak anaknya bunuh diri.

Kisah benar: Wanita alami murung selepas bersalin hingga nekad bunuh diri

depression selepas bersalin

credit to sources

Di antara segala komen dan spekulasi terhadap Evy, masih ada seorang ibu memberi pandangan yang berbeza. 

Raidah Athirah menuliskan dalam status Facebook-nya mengenai pengalamannya sendiri yang mengalami masalah murung selepas bersalin serupa seperti yang dialami oleh Evy.

Mari ikuti pandangan ibu ini

Evy Tak Jahat

Oleh: Raidah Athirah

********

Aku hampir sama seperti Evy

Umur kami sama, dua puluh enam tahun ketika itu

Hampir saja aku membunuh diri

Hampir saja aku terbunuh anak-anakku

Dalam kedinginan yang menusuk

Dalam kegelapan hati dan fikiran yang menekan

Kegilaan hampir saja mengusai diriku

Aku menderita anaemia

Aku mengalami sakit tulang punggung akibat ‘caesarean’

Kehamilanku sukar dan berakhir dengan pendarahan

Ketika aku berkongsi tentang kesukaranku kepada yang ahli terdekat

Ramai yang tidak memahami keadaan ibu murung selepas bersalin

Aku disebut kurang beriman

Aku dituduh manja walau ketika luka menyinga pada kulit perutku

Aku diejek kerana tidak mampu untuk mendukung bayi merahku

Aku ditertawakan ketika bayiku menangis dan air susuku tersekat akibat kedukaan dalam dada. Rumahku sedikit berantakan, aku dituduh pemalas

Suamiku mengalami masalah kerja, aku dikatakan sebagai beban kerana tidak berkerjaya. Bayiku sakit, aku disebut ibu yang tidak pandai merawat.

Saat aku berada dalam masyarakat, aku lagi diuji. Persekitaran yang asing dan aku didera.

Tidak terhenti disitu, cinta suciku dipersoalkan. Kesetiaanku diragui.

Aku ditikam dengan kata dan tuduhan. Aku hampir seperti Evy….

Dugaan murung selepas bersalin

masalah murung selepas beranak

credit to sources

Membunuh dan terbunuh kerana sakit jiwaku yang tak pernah sembuh

Dengan izin Tuhan, aku tertolong. Aku menemukan penyembuh dari segala gelojak batinku.

Kecewaku terubat. Kesakitan ini menjadi jalan kepada Keberkatan

Aku menyerahkan lukaku dalam doa dan watak, sedangkan Evy yang malang dikhianati. Sedangkan Evy yang matang, layu dan lelah tanpa sokongan.

Sedangkan Evy yang penyayang, diam-diam menyimpan kemarahan yang berbisa.

Curahan hati sebagai bentuk empati sesama ibu.

Ibu ini berusaha memahami sudut pandang ibu yang kemurungan selepas bersalin

Aku yakin Evy tak jahat. Jiwa Evy dijahati.

Dituduh tak setia. Diuji dengan kesetiaan pasangan,

Rahimnya masih merah berdarah.

Lelahnya  tak ada yang sudi membantu. Itulah mengapa putus asa datang menggoda.

Bisikan merayunya, ada satu jalan untuk bebas dari nestapa.

“Bunuh anak-anakmu…”

“Bunuh dirimu…”

“Tinggalkan manusia-manusia zalim  itu… tak ada yang sayang padamu. Hanya kematian yang akan menyedarkan mereka.”

Aku yakin Evy tak jahat. Ia terkorban dari orang-orang yang tak takut Tuhan. Ayah anak-anaknya tak kunjung-kunjung. 

masalah ibu selepas bersalin

credit to sources

Nafkah lahir dan batin kering tak ada yang bertanggungjawab. Suara-suara menyalahkan terngiang di telinga tiap hari. 

Beban jiwanya sudah sangat berat. Ia menanggung beban yang amat banyak.

Pahit dari masa kecilnya. Ditinggalkan di pusat asuhan karena ibu harus mencari nafkah ke luar, tiada kasih sayang ayah karena kematian.

Dia bukan perempuan pertama ayah anak-anaknya. Ia sudah cukup mengalah seperti halnya sebagian perempuan-perempuan malang yang tak sanggup menahan rasa dijahati.

Dia disebut penjahat, membunuh anak-anak rahimnya. Dia disebut penjenayah.

Hakikatnya, jiwa malangnya terbunuh dalam pernikahan, tapi tetap saja dia disebut penjahat. Sampai bilakah kisah pilu Evy ini akan berakhir?

Sampai suami sedar akan tanggungjawabnya, sampai keluarga belajar menyayangi. Sampai masyarakat belajar berempati, sampai negara memberikan perlindungan kepada hak-hak berkeluarga.

Polandia, 21 Januari 2018

– Ibu yang pernah berjuang melawan sakitnya baby blues dan Post Partum Depression.

Murung selepas bersalin: Mari belajar empati sesama ibu

*Curahan hati saya saya untuk saudariku Evy Suliastin Agustin yang berumur sama dengan saya 26 tahun ketika mengalami baby blues dan Post Partum Depression.

Ibu malang ini membunuh tiga anaknya: Sayid  Mohammad Syaiful Alfaqih (7), Bara Viananda Umi Ayu Qurani (4), dan Umi Fauziah (4 bulan). Ia juga berusaha untuk  membunuh diri namun tak berhasil.

Dia berstatus isteri kedua F. Ia masih dalam perawatan RSUD Jombang. Dia kini dijadikan penjenayah. Saya berharap tidak akan ada lagi muncul Evy-Evy lainnya.

Cukup sudah! Mari belajar empati sesama ibu. 

Saya bukan membela Evy. Saya membela masa lalu saya yang menjadikan kaki saya hari ini atas izin Allah kuat berpijak.

Saya pernah dihina-hina kurang iman. Alhamdulillah saya menerimanya dan belajar lebih sabar.

Saya berulang  ke pusat psikologi setelah jujur mengakui saya sakit dan memerlukan pertolongan. Masyarakat kita masih belum menyedari akan bahaya ibu yang mengalami baby blues dan menganggapnya sebagai hal biasa.

Sumber: Penulis asal Giasinta Angguni. Artikel ini mendapat kebenaran daripada theAsianparent Indonesia untuk diterjemah

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bila Isteri Stres Selepas Bersalin, Mereka Hanya Perlukan Suami Bukannya Orang Lain

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!