X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Kematian Tragis! Ibu Muda 16 Tahun Dukung Bayi Sambil Terjun Dari Bangunan Hospital

5 Feb, 2020
Kematian Tragis! Ibu Muda 16 Tahun Dukung Bayi Sambil Terjun Dari Bangunan Hospital

Kepayahan membesarkan anak-anak ada kalanya memberikan kesan kemurungan melampau kepada golongan ibu sehingga mereka bertindak di luar kawalan.

Tidak dinafikan, tanggungjawab sebagai seorang ibu dalam membesarkan anak-anak sangat mencabar dan berkemungkinan besar menyebabkan kesan kemurungan jika tidak dilakukan dengan baik.

Menurut laporan, seorang ibu muda yang baru berusia 16 tahun bersama bayi perempuannya telah maut dipercayai telah terjun dari aras enam bangunan Hospital Lahad Datu.

bahaya kemurungan

Kejadian berlaku kira-kira jam 7.30 pagi, mangsa terbabit dikatakan telah nekad untuk membunuh diri sambil mendukung bayinya yang berusia 5 bulan.

Berikutan itu, mangsa dan anaknya disahkan telah meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di bahagian kepala, kaki dan tangan.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata siasatan awal mendapati bayi mangsa telah menerima rawatan di hospital berkenaan hampir 11 hari kerana masalah jangkitan kuman pada bahagian paru-paru.

“Doktor yang merawat telah mengarahkan jururawat untuk menanggalkan oksigen pernafasan anak mangsa kerana pernafasannya sudah kembali normal,”

“Namun, mangsa kelihatan mendukung anaknya sambil berlegar-legar di kawasan wad sebelum meminta izin untuk ke tandas,” katanya.

Beliau berkata mayat mangsa dan bayi ditemui oleh pengawal keselamatan di tingkat bawah dan dipercayai terjun dari tandas di tingkat enam pada ketinggian 60 meter.

“Mangsa dan anaknya mengalami parah di kepala, tangan dan kaki. Kini kami sedang menjalankan siasatan mengenai punca sebenar mangsa nekad bunuh diri bersama anak,” katanya.

Kes telah diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan menunggu hasil keputusan bedah siasat.

Menangani kesan kemurungan ketika jaga anak kecil

risiko kemurungan

foto: Aufeminin

Semua ibu pasti mengalami tekanan dan kesan kemurungan dalam menguruskan hal anak-anak, baik ibu yang bekerja mahupun ibu yang menjadi suri rumah sepenuh  masa.

Pengurusan yang melibatkan anak-anak kadangkala menyebabkan anda sukar untuk mengawal emosi dan tekanan sehingga ke tahap zon merah.

Jadi, 5 tips ini dapat membantu para ibu  mengatasi kesan tekanan menguruskan anak-anak. Antaranya: 

#1. Pengisian spiritual 

Dalam menjalankan tanggungjawab yang baik sebagai seorang ibu memerlukan hati dan jiwa yang kental. Oleh hal demikian, tetapkan dalam diri untuk melakukannya kerana Allah S.W.T.

Ketika anda berasa diri telah hilang kesabaran, sentiasa beristighfar dan memohon pertolongan dari Allah dengan memanjatkan doa yang baik.

Anda perlu ingat bahawa doa seorang ibu adalah tiada hijab dan terus dimakbulkan. Tanpa sedari, hari anda mungkin jauh lebih baik daripada apa yang anda sangkakan.

#2. Berkomunikasi dengan suami

Kebanyakan ibu pasti anda mula kurang bersosial  bersama kawan-kawan sebaik melangkah ke alam perkahwinan, apatah lagi telah memiliki anak-anak. 

Menurut pakar, hubungan dan komunikasi dengan orang tersayang amat kritikal dalam tempoh 3 tahun pertama kelahiran bayi. 

Mungkin anda tidak menyedarinya, tetapi ‘kesunyian’ ini akan memberi kesan terhadap hubungan anda berdua dan seterusnya boleh dilempiaskan kepada anak-anak.

Kalau sebelum ini anda dan suami selalu berbual soal perasaan dan bergurau senda, kini semua perbualan seolah-olah digantikan dengan senarai membeli barang, perihal anak, dan kerja-kerja rumah.

Maka, cubalah luangkan walau sekadar 10 minit sebelum tidur untuk berbual dengan suami dari hati ke hati. 

#3. Menarik nafas

cara mengatasi kesan kemurungan
Stories Rakan Kongsi
Learning starts in the womb: How to encourage your little one’s early learning
Learning starts in the womb: How to encourage your little one’s early learning
Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
Fahami Impak Cacar Air Daripada Diari Doktor Pakar
Fahami Impak Cacar Air Daripada Diari Doktor Pakar
The importance of family togetherness and how to create it
The importance of family togetherness and how to create it

foto: girlisme

Apabila anda merasai kesan tekanan, pernafasan akan mula berubah. Anda boleh menenangkan diri dengan mengambil beberapa minit untuk memfokuskan cara anda bernafas. 

Tahan nafas beberapa minit kemudian hembuslah dengan perlahan-lahan. Anda boleh lakukan lima hingga 10 kali dan cara yang lebih baik ialah dengan membaca ayat-ayat al-Quran kerana sangat membantu menenangkan pernafasan.

#4. Pelukan dari pasangan

Secara saintifiknya, emosi negatif boleh digambarkan seperti penggera kereta yang sangat reaktif. Pada ketika ini, otak akan kehilangan upaya untuk berfikir secara logik dan menterjemahkan setiap perkara kecil sebagai ancaman. 

Salah satu cara untuk mengembalikan keupayaan otak agar dapat berfikir rasional adalah dengan memeluk pasangan.

Pelukan selama 6 saat membantu meredakan stres dan merembeskan hormon oksitoksin dan serotonin yang menaikkan semangat dan mood manusia.

#5. Tetapkan rutin harian

Sebagai ibu, anda mesti tahu bagaimana perjalanan tugas seharian, kan? Oleh itu, anda perlu menstrukturkan kerja-kerja yang selalu dilakukan.

Bahagikan pekerjaan kepada hari-hari mengikut jadual harian. Contohnya anda boleh tetapkan hari rabu dan sabtu untuk mencuci pakaian. Jadi satu hari itu anda perlu lebihkan fokus kepada pakaian sahaja.

Hari minggu mungkin masa untuk anda berehat dari kerja-kerja dapur  dengan keluar bersiar-siar dan makan di kedai. Jadi waktu sibuk dan kepenatan dapat dikurangkan.

Dalam hal ini, pengurusan jadual yang sistematik dan dapat memudahkan kerja boleh menjauhkan anda merasai beban dan tekanan.

Sumber: Berita Sabah, Khalifah Didik

Kredit gambar: Today Online

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Kematian Tragis! Ibu Muda 16 Tahun Dukung Bayi Sambil Terjun Dari Bangunan Hospital

Baca juga:

https://my.theasianparent.comibu-kemurungan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Kematian Tragis! Ibu Muda 16 Tahun Dukung Bayi Sambil Terjun Dari Bangunan Hospital
Kongsikan:
  • 5 Nasihat Untuk Anak Lelaki Sebelum Usia Remaja, Barulah Layak Jadi Lelaki Hebat!

    5 Nasihat Untuk Anak Lelaki Sebelum Usia Remaja, Barulah Layak Jadi Lelaki Hebat!

  • Tak Tahan Dimarahi Ibu, Remaja Bunuh Diri Lompat Dari Jambatan!

    Tak Tahan Dimarahi Ibu, Remaja Bunuh Diri Lompat Dari Jambatan!

  • Persediaan Fizikal & Mental Sebelum Bersalin Caesar, Ini Info PENTING Ibu Kena Tahu!

    Persediaan Fizikal & Mental Sebelum Bersalin Caesar, Ini Info PENTING Ibu Kena Tahu!

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • 5 Nasihat Untuk Anak Lelaki Sebelum Usia Remaja, Barulah Layak Jadi Lelaki Hebat!

    5 Nasihat Untuk Anak Lelaki Sebelum Usia Remaja, Barulah Layak Jadi Lelaki Hebat!

  • Tak Tahan Dimarahi Ibu, Remaja Bunuh Diri Lompat Dari Jambatan!

    Tak Tahan Dimarahi Ibu, Remaja Bunuh Diri Lompat Dari Jambatan!

  • Persediaan Fizikal & Mental Sebelum Bersalin Caesar, Ini Info PENTING Ibu Kena Tahu!

    Persediaan Fizikal & Mental Sebelum Bersalin Caesar, Ini Info PENTING Ibu Kena Tahu!

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.