Turun Naik Tangga Semasa Hamil Dapat Mencegah Diabetes, Tapi Ada Risikonya
Selalu turun naik tangga semasa hamil? Ibu kena lebih peka terhadap keadaan diri sendiri supaya tiada sebarang risiko yang boleh mengugat kandungan anda.
“Eh, jangan turun naik tangga itu, kandungan awak masih baru”.
Pernah tak anda ditegur sebegini semasa mengadung? Ini kerana ada sesetengah orang menganggap turun naik tangga semasa hamil adalah sesuatu yang berbahaya.
Apatah lagi, ia boleh menyebabkan keguguran terutama semasa di awal kandungan di trimester pertama.
Disebabkan itu, ibu hamil boleh naik tangga tapi mesti dilakukan dengan cara yang berhati-hati.
Ini kerana, khuatir dan bimbang jika ibu terpelecot atau terjatuh semasa naik atau turun tangga hingga menyebabkan risiko pada kehamilannya.
Sementara di trimester akhir pula boleh menyebabkan risiko kelahiran pramatang.
Selain daripada itu, semasa hamil ibu akan mengalami ketidakseimbangan tubuh jadi mungkin pergerakan anda sedikit terbatas dan perlu waspada semasa menaiki anak tangga.
Meskipun ada keburukan naik tangga semasa hamil namun ia tetap memberi manfaat seperti berikut:
Manfaat turun naik tangga semasa mengandung
#1. Risiko preeklampsia lebih rendah
Berdasarkan beberapa kajian yang dijalankan, wanita hamil yang tetap aktif melakukan aktiviti tertentu seperti naik dan turun tangga boleh memiliki risiko yang lebih rendah terhadap preeklampsia.
Ini kerana, preeklampsia ini boleh mengancam ibu hamil melalui tekanan darah tinggi, pembengkakan kaki, tangan dan masalah ginjal.
#2. Mencegah diabetes (GDM) semasa hamil
Turun naik tangga semasa hamil boleh mencegah diabestes gestasional pada anda.
Penyakit ini adalah disebabkan oleh kadar gula dalam darah yang terlalu tinggi hingga tubuh tidak mampu memproses peningkatan jumlah gula ini.
#3. Mengelak sakit punggung dan sembelit
Aktiviti ringan seperti bersenam, berjalan kaki dan naik tangga semasa hamil dapat mengurangkan terjadinya sakit punggung dan sembelit.
Keadaan yang melarang ibu hamil naik turun tangga
Berikut ini adalah beberapa keadaan ibu hamil yang dilarang menaiki anak tangga:
- Menaiki tangga boleh menyebabkan keguguran kerana boleh memberi tekanan pada janin.
- Jika ibu hamil mengalami pendarahan dan kram
- Berasa sakit dan pening kepala.
- Memiliki tekanan darah tinggi atau tekanan darah rendah
- Mempunyai berat badan yang berlebihan
- Ibu hamil mengalami diabetes dan penyakit autoimun
Larangan naik tangga semasa masuk trimester kedua dan ketiga
#1. Risiko tersadung lalu jatuh
Semasa usia kehamilan ini, badan semakin membesar dan keseimbangan ibu akan mula menurun.
Jadi dalam keadaan ini, ibu mungkin boleh tersadung dan tergelincir semasa turun naik tangga yang boleh menyebabkan risko serius pada kandungan.
#2. Tekanan pada bahagian punggung
Semasa perut ibu makin membesar, ia akan menyebabkan tekanan kerana kenaikan berat badan.
Hal ini akan membuatkan anda sakit kepala dan berisiko terjatuh semasa menaiki anak tangga.
#3. Kaki membengkak
Jika perasan kaki mulai membengkak elakkan menaiki anak tangga kerana ia boleh memberikan tekanan yang berat pada kaki.
#4. Kesukaran untuk bernafas
Tentunya semasa memanjat anak tangga ibu akan mengalami kesukaran untuk bernafas lalu memberi kesan buruk pada janin.
#5. Hilang keseimbangan badan
Semasa perut semakin membesar ibu akan mengalami kehilangan keseimbangan. Jadi kurangkan naik tangga semasa ini.
Tips keselamatan semasa hamil
Berehat sebentar: Letakkan kaki di atas selepas berdiri atau berjalan yang agak lama setiap dua jam. Ini akan membantu mengurangkan bengkak kaki hingga membuatkan anda rasa tak selesa. Selain itu, lakukan senaman regangan untuk melindungi belakang anda.
Berehat: Jika penat melakukan pekerjaan, anda perlu lebih rehat dan mengurangkan aktiviti fizikal.
Memakai pakaian yang selesa: Pakai kasut bertumit rendah dan pakaian longgar yang diperbuat daripada kapas.
Jika bekerja di dalam persekitaran yang berhawa dingin, pakai kain membalut tubuh seperti pashmina atau selendang supaya dapat menghangatkan tubuh.
Jaga makanan: Tambahkan serat dalam pemakanan anda supaya dapat mengurangkan risiko sembelit.
Kemudian, pilih makanan tengah hari yang seimbang dan berkhasiat. Selain, elakkan makan di gerai yang kotor supaya dapat mengelak keracunan makanan.
Semoga bermanfaat.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Sumber: Mom Junction, theAsianparent Indonesia
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 4 Tips Untuk Ibu Mengandung Yang Bekerja Supaya Sentiasa Bertenaga