Lepas mandi di kolam renang, najis anak ini berdarah kerana jangkitan virus amoeba!

undefined

Ibu bapa harus lebih waspada jika nak bawa anak ke kolam mandi dan tak mahu ditimpa masalah ini...

Seorang ibu terkejut apabila mendapati najis anak berdarah selepas berenang di kolam renang. Dia berkongsi pengalamannya itu supaya ibu bapa lain lebih berhati-hati ketika benarkan anak mandi dalam kolam.

Kemungkinan boleh terjadinya jangkitan kuman!

Najis anak berdarah, ibu ini kongsi cerita 

Ibu berkenaan, Ira Tarina Ochan meluahkan pengalaman tentang najis anak berdarah. 

***

Ibu bapa, anda harus berhati-hati jika ingin mengajak anak ke kolam renang. Ada perkara yang kita tak sangka akan berlaku seperti mana yang terjadi pada anak saya. 

Pada mulanya, kami hanya ingin memenuhi kemahuan anak untuk pergi berenang. Selepas sarapan pagi, kami sekeluarga berangkat ke kolam renang yang tak jauh dari rumah. 

Selepas pulang dari berenang, anak saya buang air besar. Tapi alangkah terkejutnya apabila saya mendapati najis anak berdarah! Panik juga masa itu dan terus saya bawa dia ke klinik yang berdekatan. 

Selepas 3 hari tetap tak ada perubahan, najis anak berdarah lagi. Tak fikir panjang, saya terus bawa anak ke doktor specialist. Risau juga kalau lambat bertindak, takut apa-apa terjadi. 

Selepas doktor periksa, ada luka di anus. Mungkin ia disebabkan anak kerap membuang air besar. 

najis anak berdarah, warna najis dan tahap kesihatan, najis bayi berlendir, najis bayi warna kelabu, najis, warna najis, najis bayi, warna najis bayi

Selang seminggu najis anak berdarah lagi 

Selepas seminggu, najis anak tetap tak ada perubahan. Bahkan bukan sedikit tapi darah terus memenuhi pampersnya.

Bila tengok keadaan anak macam itu, hati ibu mana yang tak risau dan terus saya menangis. Rasa menyesal pula bawa dia ke kolam renang. 

Selepas puas berfikir, akhirnya saya dan suami ambil keputusan membawa anak ke Hermina Grand Wisata. Barang kali di sini doktornya lebih teliti apakah punca penyakit anak saya ini. 

Terus saya beritahu doktor apa yang terjadi. Kemudian doktor mengambil sampel darah dan dibawa ke makmal bagi mengesan jenis penyakit.

Keesokannya, doktor tersebut memberitahu kami anak kami terkena virus amoeba yang membuatkan usus anak luka. Sebab itu, najis anak berdarah. 

Doktor juga menjelaskan bahawa virus tersebut boleh didapati dalam kolam renang yang mungkin anak ada tertelan airnya. 

Najis anak berdarah disebabkan virus amoeba dari kolam renang

Menurut kisah di atas, pakar menyatakan virus amoebiasis merupakan jangkitan parasit entamoeba hystolytica yang boleh menyerang usus, lantas jadi sebab najis anak berdarah.  

Gejala serangan virus ini adalah pesakit akan berasa sakit perut, najis anak berdarah dan berlendir, muntah dan lain-lain.

Penyebabnya adalah kerana anak termakan atau terminum sesuatu yang mengandungi bakteria ini contohnya air dalam kolam renang. 

Penyebaran bakteria ini juga boleh berlaku apabila ada sentuhan tangan antara mereka yang dijangkiti. Oleh sebab itu, ibu bapa perlu pastikan anak mencuci tangan sampai bersih selepas bermain. 

najis anak berdarah, warna najis dan tahap kesihatan, najis bayi berlendir, najis bayi warna kelabu, najis, warna najis, najis bayi, warna najis bayi

kredit: positive parenting

Tips jika ingin bawa anak ke kolam renang 

  • Tanyakan terlebih dulu pihak kolam renang tersebut sama ada kolam sudah dicuci atau belum. 
  • Sebaiknya anda pergi kolam renang selepas sudah dibersihkan. 
  • Ajar dan ingatkan anak supaya tak minum air kolam. Beritahu dia penyakit dan kesannya jika terminum air kolam itu.
  • Pastikan anak sihat supaya tubuhnya lebih kuat untuk melawan sebarang bakteria. 
  • Selepas keluar dari kolam renang, terus basuh badan anak dengan air paip yang bersih, kemudian sabun badannya hingga bersih. 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!