TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Terkena virus Japanese Encephalitis (JE) dari nyamuk, anak kecil ini koma lalu maut

4 min bacaan
Terkena virus Japanese Encephalitis (JE) dari nyamuk, anak kecil ini koma lalu maut

Kejadian ini berlaku dengan begitu cepat dan tidak disangka-sangka. Kerana nyamuk, seorang kanak-kanak koma dan maut akhirnya apabila terkena jangkitan virus Japanese Encephalitis (JE). Jangkitan apakah itu?

Bunyi virus Japanese Encephalitis atau JE mungkin nama penyakit yang masih asing di telinga ibu bapa. Namun, penyakit yang disebabkan oleh nyamuk ini ternyata cukup menakutkan!

Kisah gadis kecil yang terkena virus Japanese Encephalitis

virus japanese encephalitis, virus bahaya pada kanak-kanak, jangkitan virus pada kanak-kanak, virus bahaya pada anak, jangkitan virus, virus berbahaya, jangkitan virus berbahaya

Gavriella, gadis comel yang berusia 2 tahun ini telah demam dengan tiba-tiba pada hari Rabu, 10 Januari 2018 lalu dan suhu badan mencapai sehingga 38ºC.

Gavriella mengadu perutnya sakit tapi dia tidak cirit-birit. Keesokan harinya, tubuh Gavriella masih panas sehingga dia perlu diberi ubat untuk menurunkan demam.

Apabila keadaan Gavriella tidak bertambah baik, dia dibawa ke Hospital Mitra Kelapa Gading, Indonesia oleh ibunya. Doktor yang bertugas telah mendiagnosis Gavriella dengan jangkitan virus.

Ketika menunggu ubat dari farmasi, gadis kecil itu masih aktif berjalan. Ibunya Yulia, cuba menidurkan Graviella dengan mendukung dan menyusukannya.

Tapi tiba-tiba Gavriella mula menggigil dan dia digegaskan ke bilik kecemasan dengan segera!

Apabila pemeriksaan dijalankan, jururawat dan doktor terkejut melihat suhu badannya telah naik mendadak sehingga 41ºC!

Gavriella terpaksa diberi oksigen dan dipasang ke mesin untuk memantau keadaannya.

Pada masa itu, jantung Gavriella berdenyut dengan kencang dan dia turut muntah dan perlu diwadkan di Unit Penjagaan Rapi kanak-kanak (PICU).

Pada 12 Januari pukul 6 pagi, doktor bertugas melaporkan Gavriella terkena sawan sebanyak 3 kali. Sejam kemudian, keadaan mula menjadi kritikal dan dia tidak sedarkan diri.

Selepas menjalani pemeriksaan CT, mereka mendapati ada bengkak di saluran darah bahagian belakang otak Graviella.

Baru mereka sedar sebenarnya Graviella terjangkit virus Japanese Encephalitis!

Doktor telah mencuba segala-galanya untuk menyembuhkan Gavriella, tetapi malangnya pada 19 Januari 2018 lalu, Gavriella meninggal dunia selepas berjuang selama seminggu lebih.

virus japanese encephalitis, virus bahaya pada kanak-kanak, jangkitan virus pada kanak-kanak, virus bahaya pada anak, jangkitan virus, virus berbahaya, jangkitan virus berbahaya

Tangkap layar post ayah Gavriella, Ridwan Xu.

Apa itu virus Japanese Encephalitis?

Virus Japanese Encephalitis adalah sejenis penyakit radang otak.

Walaupun bukan penyakit yang biasa terjadi di Semenanjung Malaysia, virus ini lebih berleluasa di Sarawak sehingga semua bayi wajib mengambil vaksin virus Japanese Encephalitis.

Virus ini juga banyak di bahagian Asia dan disebarkan oleh nyamuk Culex tritaeniorhynchus, iaitu sejenis nyamuk yang aktif pada waktu malam dan semasa musim hujan.

Tanda-tanda penyakit Japanese Encephalitis

Pada mulanya penyakit ini hanya menyebabkan tanda ringan atau tidak menunjukkan sebarang tanda langsung.

Tanda-tanda pertama hanya muncul kira-kira 5 – 15 hari selepas individu itu digigit oleh nyamuk Culex yang dijangkiti.

Berikut adalah tanda-tanda virus Japanese Encephalitis:

  • demam tinggi
  • menggigil
  • sakit kepala
  • mual
  • lemas
  • muntah
  • rasa kaku pada tengkuk, terutamanya pesakit dewasa
  • disorientasi
  • koma 
  • sawan, terutama pesakit kanak-kanak
  • lumpuh

Tanda-tanda ini biasanya akan bertambah baik selepas fasa kritikal sudah tamat.

Walaubagaimanapun, 20% hingga 30% pesakit yang terjangkit virus Japanese Encephalitis boleh mengalami gangguan kognitif otak.

Vaksin untuk cegah virus Japanese Encephalitis

virus japanese encephalitis, virus bahaya pada kanak-kanak, jangkitan virus pada kanak-kanak, virus bahaya pada anak, jangkitan virus, virus berbahaya, jangkitan virus berbahaya

Sehingga ke hari ini, belum ada lagi ubat khusus untuk menyembuhkan jangkitan Japanese Encephalitis ini. Biasanya ubat yang diberi hanya untuk merawat tanda-tanda pesakit.

Pesakit yang terdedah kepada virus ini perlu menjalankan rawatan di hospital supaya keadaannya boleh dipantau.

Walaubagaimanapun, jangan risau! Ada cara-cara lain untuk mencegah penyakit ini. Anda boleh mengelak gigitan nyamuk dengan:

  • menyapu ubat anti nyamuk yang sesuai untuk kulit,
  • memakai pakaian yang menutupi badan semasa di luar,
  • menggunakan kelambu semasa tidur

Elakkan keluar pada waktu malam, terutamanya jika kawasan anda mempunyai banyak nyamuk Culex.

Stories Rakan Kongsi
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
Resah dengan Bayi Anda Yang Sering Sakit? Tiba Masanya Anda Fokus Pada Kesihatan Ususnya
Resah dengan Bayi Anda Yang Sering Sakit? Tiba Masanya Anda Fokus Pada Kesihatan Ususnya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak

Cara lain adalah dengan mengambil vaksin Japanese Encephalitis yang boleh diberikan apabila anak berusia 2 bulan dan terdiri dari 3 dos. 

Vaksin booster boleh diberikan pada orang dewasa (17 tahun keatas) dengan jangka waktu minimal 1 tahun setelah semua dos vaksin diberikan.

 

 

 

 

 

Sumber: theAsianparent Indonesia

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Wanita Hamil Antara Yang Positif Virus Zika Di Malaysia, Anda Harus Lebih Berhati-Hati

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Terkena virus Japanese Encephalitis (JE) dari nyamuk, anak kecil ini koma lalu maut
Kongsikan:
  • Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

    Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

  • Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

    Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

  • Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
    Stories Rakan Kongsi

    Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi

  • Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

    Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

  • Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

    Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

  • Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
    Stories Rakan Kongsi

    Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2026. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham