Najis Bayi Berlendir & Berdarah! Apa Yang Ibu Ayah Perlu Tahu, Bila Patut Risau

undefined

Najis bayi berlendir dan berdarah ada beberapa maksud. Semak panduan lengkap ini untuk mengetahui apa punca bayi berak berdarah dan cara merawatnya.

Ibu mana yang tak risau jika lihat najis bayi berlendir dan berdarah. Dalam otak tentu terus fikir “adakah bayi sakit atau kurang sihat?”

Tapi sebenarnya, sebelum anda panik. Ketahui fakta ini: Berak berdarah boleh dialami oleh sesiapa sahaja, tak kira sama ada orang dewasa atau bayi. 

Namun, anda perlu perhatikan beberapa tanda jika najis bayi berlendir dan berdarah untuk mengetahui sama ada sindrom itu normal atau tidak

Di sini, kami sediakan panduan lengkap untuk anda tentang najis bayi berlendir dan berdarah.

Najis bayi berlendir dan berdarah kemungkinan hanya sebab alahan 

najis bayi berlendir dan berdarah, najis bayi warna hijau kekuningan, najis bayi berdarah, najis bayi kuning dan berlendir, bayi cirit birit, petua hilangkan sembelit bayi, petua hilangkan cirit birit bayi, bayi sembelit berdarah

Najis bayi berlendir dan berdarah tidak semestinya satu tanda yang serius. Ia mungkin disebabkan oleh makanan tertentu.

Malah, ia juga mungkin disebabkan alahan pada protein susu tertentu. Apa yang perlu anda tahu sebelum melakukan pemeriksaan doktor adalah tanda-tanda ini. 

  1. Adakah bayi anda itu bayi perempuan?
  2. Adakah mereka baru diberi makanan pejal?

Hal ini kerana berak berdarah adalah satu benda semula jadi yang berlaku pada bayi perempuan ketika hormon mematangkan fungsi organ kelamin bertindak. 

Bayi perempuan akan mengeluarkan darah period sedikit dan ia tidak berbahaya. Keadaan kedua pula di mana bayi berak berdarah kerana baru makan makanan pejal.

Sesetengah makanan pejal tidak dihadam dengan betul dan menyebabkan najis keras, lalu terjadinya luka di dinding usus mahupun dubur.

Apa tanda yang bahaya?

najis bayi berlendir dan berdarah, najis bayi warna hijau kekuningan, najis bayi berdarah, najis bayi kuning dan berlendir, bayi cirit birit, petua hilangkan sembelit bayi, petua hilangkan cirit birit bayi, bayi sembelit berdarah

Namun begitu, anda harus lebih berhati-hati jika najis perkara ini terjadi dengan kerap. Ia mungkin petanda bayi mengalami kesakitan yang perlu dirawat dengan segera!

Berikut adalah cara untuk mengenalpasti jika bayi berak berdarah itu tanda bahaya atau tidak:

  • Lihat warna najis bayi – Jika ia kehitaman, itu tanda masalah saluran penghadaman atas. Jika warna merah segar, itu masalah saluran penghadaman bawah
  • Adakah bayi menangis? Jika ya, ia mungkin kerana pedih dan luka pada dubur akibat najis keras
  • Adakah warna najis hitam gelap? Jika ya, itu tanda “melena”, sejenis pendarahan di usus
  • Bayi demam dan dehidrasi
  • Perut kembung, mengeras dan buncit

4 punca najis bayi berlendir & berdarah ibu ayah perlu tahu

#1. Alahan pada protein susu atau susu lembu

Ada bayi yang alah pada sesetengah protein susu formula atau susu lembu. Sebab itu, penyusuan susu ibu digalakkan sampai anak usia 6 bulan. 

najis bayi berlendir dan berdarah, najis bayi warna hijau kekuningan, najis bayi berdarah, najis bayi kuning dan berlendir, bayi cirit birit, petua hilangkan sembelit bayi, petua hilangkan cirit birit bayi, bayi sembelit berdarah

Akan tetapi, ibu menyusu yang ada bayi alah pada protein susu juga perlu menjaga makan. Anda tidak digalakkan mengambil terlalu banyak susu, keju, dadih/yogurt dan daging.

#2. Sembelit

Menurut MyHealth, sekiranya bayi mengalami sembelit, najis akan jadi keras dan menyebabkan luka di kawasan dubur.

Ini membolehkan najis bayi berlendir dan berdarah.

#3. Jangkitan virus (gastroenteritis)

Jangkitan bakteria dan virus juga boleh menyebabkan berak berdarah pada bayi. Jika ia kerap berlaku selama satu ke dua jam, segera bawa anak berjumpa doktor. 

#4. Usus tersumbat

Intussusception adalah satu keadaan di mana usus masuk ke dalam bahagian usus lalu menyebabkan usus tersumbat. Penyakit ini harus segera dirawat!

#5. Pemakanan

Sekiranya bayi anda sudah mula makan makanan pejal, ada kemungkinan najis bayi anda memproses makanan yang berwarna. Contoh seperti buah naga merah, ia boleh menjadikan air kecing atau najis bayi berwarna merah. Dan ia selalunya disalah ertikan dengan darah.

Ibu ayah wajib memantau keadaan anak, dan lihat sama ada ia petanda serius ataaupun tidak. Walau bagaimanapun jika keadaan berlarutan dan anda nampak petanda bayi anda kelihatan lemah, segeralah bawa berjumpa doktor.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia

Sumber rujukan: MyHEALTH

Baca juga: Bayi Berak Cair & Berlendir, Adakah Ia Normal Atau Tanda Cirit Birit?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!