Senarai Nama Bayi Korea Islam Lelaki & Perempuan Yang Penuh Makna Dalam Islam
Nama bayi Korea mungkin menjadi idaman bagi sesetengah ibu ayah muda dan peminat tegar kumpulan K-pop. Beberapa senarai ini boleh dijadikan rujukan anda
Pemilihan nama untuk anak kecil sangat penting kerana panggilan itulah yang akan digunakan sepanjang hayat bahkan meninggal dunia. Memandangkan kini segelintir masyarakat kita meminati kumpulan Korea Selatan, apa kata anda semak beberapa cadangan nama bayi Korea yang unik ini!
Ibu ayah jangan risau kerana setiap nama ini memiliki maksud yang baik. Malah, anda juga boleh menggabungkannya dengan nama Islam mengikut kesesuaian.
Pilihan nama bayi Korea yang comel dan unik
#1. Nama bayi Korea- Ae Ri yang membawa maksud keuntungan
Nama bayi Korea Ae-Ri mempunyai maksud beruntung atau berprestasi. Ia merupakan suku kata dalam bahasa Korea bererti cantik. Nama ini boleh menjadi salah satu pilihan ibu-ibu yang sedang mencari nama untuk bayi perempuan.
Anda juga boleh menggabungkan nama Ae-Ri dengan perkataan Islam seperti:
- Quadriyyah Ibtihal Ae-Ri: perempuan kuat kerana Allah S.W.T yang beruntung hidupnya
- Ae-Ri Gina Muharni: bayi perempuan yang selalu beruntung dan kaya
- Raghdah Ae-Ri Juwan: perempuan yang diberkati kehidupan damai yang beruntung dan namanya akan harum
#2. Hyun su, bermaksud panjang umur
Nama bayi Korea Hyun su memiliki maksud umur panjang. Bagi masyarakat Korea, berdoa dan mengharapkan seseorang memiliki umur panjang adalah suatu keharusan.
Nama ini boleh digunakan untuk bayi lelaki. Berikut gabungan nama anak Korea Islam:
- Pakiza Qaireen Hyun su: seseorang yang murni, penuh kebaikan dan umur panjang
- Hyun su Udayl Zudhi: seseorang yang berumur panjang, tidak mudah menyerah serta tidak tamak dengan dunia
- Izat Hyun su Ittihaf: seseorang Islam dengan umur panjang yang menyambut penuh kehidupan
#3. Hee Yeong, bererti suka cita dan kemakmuran
Nama Hee Yeong adalah nama anak Korea yang sering digunakan di negara asalnya. Hee Yeong memiliki maksud suka cita dan kemakmuran. Selain itu juga ia bererti kesenangan.
Hee Young sesuai digunakan untuk bayi perempuan. Antara cadangan nama bayi Korea Islam ialah:
- Badriah Hee Yeong Ghaliyah bererti perempuan yang selalu bersuka cita dalam kemakmuran elegan
- Hee Yeong Mourina Fatah bermaksud seseorang dengan suka cita yang makmur, bersinar dan menjadi penakluk masalah
- Umaiza Kayyisha Hee Yeong bermakna perempuan yang cantik, bijak dan penuh suka cita dalam kemakmuran
#4. Min Ji, bermaksud bijak dan bersinar
Nama bayi Min Ji diambil dari bahasa Korea. Ia membawa maksud bijak dan bersinar. Untuk pengetahuan ibu ayah, Min Ji merupakan salah satu nama populor bagi bayi perempuan di Korea Selatan.
Berikut rangkaian nama bayi Korea Islam dari Min Ji:
- Jasmin QhairaMin Ji: bermaksud perempuan seharum melati memiliki kelapangan hati dan bertindak bijak
- Min Ji Syafiqah Jabrayah: perempuan yang penuh cinta, bijak dan sifatnya lembut
- Omera Min Ji Dzulhijjah: seseorang yang menjadi inspirasi dan bijak dalam bertindak, lahir pada bulan Dzulhijjah
#5. Myung Hee bermaksud cerah dan menyenangkan
Nama anak dari perkataan Korea ini boleh dijadikan rujukan bagi ibu yang memiliki anak perempuan. Myung Hee bermaksud cerah dan menyenangkan. Ia merupakan kosa kata atau huruf Korea asli dari pertama kali ditemukan.
Berikut rangkaian nama bayi Korea Islam dari Myung Hee:
- Nurlaili Khadra Myung Hee: perempuan seindah langit yang boleh membuatkan orang lain senang
- Haziqah Myung Hee Zhafrah: perempuan yang cerdik dan menyenangkan diberkahi kemenangan
- Myung Hee Elma Yasminah: seseorang yang menyenangkan dan ramah secantik bunga melati
#6. Myungki dengan maksud lelaki yang bijak
Nama Myungki adalah unik dan comel. Ia amat sesuai untuk bayi lelaki. Dalam bahasa Korea, Myungki bermakna seorang lelaki yang pintar.
Antara rangkaian nama bayi Korea Islam Myungki ialah:
- Jahdai Myungki Zulfaqar: lelaki yang memiliki inspirasi dan pintar
- Raesha Irfana Myungki: pemimpin dengan banyak pengetahuan serta bijak
- Myungki Ghonim Zaquille: lelaki pintar dan beruntung yang tampan
#7. Seo Jun bermaksud yang menguntungkan
Nama ini sering digunakan untuk menamakan anak lelaki. Seo-Jun juga adalah terinspirasi dari salah satu pelakon Korea yang terkenal, Park Seo-Joon.
Berikut cadangan nama anak Korea Islam:
- Ehsan Jajmi Seo-Jun: seseorang yang kuat fizikal dan baik sehingga memberikan manfaat kepada orang sekeliling
- Seo-Jun Dizhwar Umran: seseorang yang kuat, menguntungkan dan makmur
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Koleksi Nama Bayi Kembar Islam Yang Comel & Terkini Bagi Tahun 2021, Ibu Jom Semak!