Koleksi Nama Bayi Malaysia Yang Unik & Jarang Digunakan, Ibu Ayah Wajib Semak!

undefined

Setelah kandungan memasuki trimester ketiga, ibu ayah akan teruja memilih nama bayi malaysia unik, sedap didengar dan jarang digunakan kebanyakan orang.

Menantikan kehadiran orang baharu dalam keluarga memberikan aura tersendiri sehingga ibu ayah teruja menyiapkan segala keperluannya. Dalam pemilihan nama pula, pastinya anda memerlukan nama bayi Malaysia yang memiliki keunikan dan makna baik.

Meskipun ada segelintir ibu ayah lebih gemar menggunakan nama moden dari negara luar, namun sebenarnya banyak nama bayi comel yang jarang digunakan dalam negara sendiri. Jom semak disini!

Pilihan nama bayi Malaysia untuk malaikat kecil anda

Nama bayi perempuan Malaysia

nama anak malaysia

  • Afia: Dijauhkan dari sebarang jenis masalah
  • Ambarwati: Pekerja yang keras dan tekun
  • Berliana: Permata yang cantik, indah
  • Devia: Yang tercinta, yang terkasih
  • Filzah: Belahan jiwa, cantik
  • Hasanah: Perkataan atau perbuatan yang baik
  • Kalamiya: Kesempurnaan, keceriaan
  • Mariya: Wajah yang berseri-seri, kemurnian
  • Maisa: Tubuh yang serasi, cantik
  • Nawwarah: Yang amat bercahaya
  • Nafeha: Aroma yang melegakan hati
  • Nafisah: Berharga, diminati
  • Nimra: Lembut, baik hati
  • Nurmala: Baik, bebas dari ancaman penyakit
  • Raifa: Belas kasihan, suka memaafkan
  • Raudhah: Taman yang rindang, cahaya
  • Riefani: Wanita bangsawan yang bercahaya
  • Saida: Sangat cantik, baik hati
  • Tsurayaa: Bintang, gugusan bintang
  • Syahlaa: Bermata kebiru-biruan
  • Qaila: Anak yang pandai berbicara, cerdas
  • Yafia: Tinggi, baik, putih
  • Yumna: Keuntungan, kejayaan
  • Zahrany: Bunga putih, indah, menawan
  • Zeba: Kecantikan, keindahan

Nama bayi lelaki Malaysia

koleksi nama bayi malaysia

  • Aden: Tampan, menawan, terkenal
  • Ammar: Toleransi, bermaruah
  • Azim: Kekasih, kekuatan
  • Ashar: Seseorang yang memiliki kebijaksaan, pemimpin
  • Adly: Benar, bijaksana
  • Baiduri: Permata indah, bercahaya
  • Ben: Anak yang bertuah, tampan
  • Embara: Menjelajah, mengembara
  • Faisal: Seseorang yang memiliki kekuatan
  • Farouk: Kebenaran, kebahagiaan
  • Gagah: Kuat dan bertenaga
  • Gemar: Bersuara tajam, disukai ramai
  • Haziq: Berketerampilan, cerdas, berjaya
  • Hilmi: Lemah lembut, perhatian
  • Imran: Kemakmuran, kebahagiaan
  • Jagur: Bertubuh besar
  • Kusti: Pemimpin, yang dihormati
  • Khawas: Beramal dengan hati ikhlas
  • Keiora: Bintang timur
  • Kemala: Batu indah yang bercahaya, menawan
  • Mathias: Hadiah dari Tuhan
  • Rakna: Permata, indah, menawan
  • Rukiat: Memiliki pesona, menyenangkan
  • Wirawan: Pahlawan yang gagah perkasa
  • Yuwana: Anak-anak muda, mengghairahkan

Kesilapan yang sering ibu ayah lakukan dalam memilih nama bayi

nama bayi malaysia 2020

#1. Lebih mengutamakan sebutan

Kebanyakan ibu ayah sering mendahulukan pilihan nama yang sedap didengar, unik dan moden berbanding dengan makna baik.

Menurut Pensyarah Pusat Pengajian Bahasa Arab Fakulti Bahasa dan Komunikasi, UniSZA, Mohd Shahrizal Nasir, ”Apabila soal sedap didengar ini diutamakan, maka akan timbullah seribu satu sebutan nama yang diambil dari pelbagai sumber. Dan biasanya selepas proses memilih nama, ibu ayah akan meneruskan langkah seterusnya untuk mendapatkan pengesahan ”rasmi” daripada ustaz dan ustazah. Keadaan ini perlu diperbetulkan,” ujarnya.

Dalam hal ini, anda dinasihatkan mengutamakan nama bayi yang memiliki makna baik berbanding sebutannya. Duduk berbincang dan minta pendapat daripada orang lebih arif agar anda lebih jelas memilih nama anak.

#2. Perkataan terlalu panjang

Ibu ayah dinasihat tidak meletakkan nama yang terlalu panjang sehingga mencecah 3 hingga 4 perkataan. Kebanyakan ibu bapa hari ini hanya memanggil anak dengan nama hadapan atau hujungnya sahaja. Jadi untuk apa anda memberi nama dengan perkataan panjang?

Bukan itu sahaja, anak-anak juga mungkin berdepan kesukaran untuk menulis namanya sendiri apabila memasuki alam persekolahan kelak.

#3. Nama yang terlalu mengagungkan

Dalam keterujaan ibu ayah meletakkan nama anak dari negara Arab, mungkin anda tidak perasan bahawa nama-nama yang terlalu mengagungkan hanya layak digunakan oleh Allah S.W.T sahaja.

Berdasarkan kitab Tarbiyah al-Awlad, Syeikh Abdullah Nasih ‘Ulwan ada menyebut bahawa tidak dibenarkan memberi nama secara langsung merujuk kepada Allah seperti Ar-Rahman (Yang Maha Pengasih) atau Al-Khaliq (Yang Maha Mencipta).

Sebuah hadis ada menyebut:

”Nama yang paling dibenci Allah di akhirat adalah nama orang yang menyebut dirinya Raja, kerana Allah adalah raja segala raja,” (Hadis Bukhari, Muslim, Abu Dawud dan At-Tirmidzi)

Namun, sifat-sifat berkenaan boleh digunakan apabila tidak memasukkan tanda makrifah iaitu Al- pada awalnya. Sebagai contoh, Hakim dan Aziz (bukannya Al-Aziz atau Al-Hakim).

Sumber: Penulis asal Fadhila Auliya. Artikel ini telah mendapat kebenaran daripada theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.

Kredit foto: shutterstock

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comnama-arab-perempuan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!