X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Kekuatan Seorang Ibu Menguruskan Anak Kembar, Walaupun Tanpa Sepasang Kaki!

21 Apr, 2019
Kekuatan Seorang Ibu Menguruskan Anak Kembar, Walaupun Tanpa Sepasang Kaki!Kekuatan Seorang Ibu Menguruskan Anak Kembar, Walaupun Tanpa Sepasang Kaki!

Ikuti kisah mengagumkan ini, tentunya menjadi inspirasi buat para ibu!

Perjuangan ibu dalam menguruskan anak tidak boleh dibayar dan diganti dengan apapun. Ikuti kisah kekuatan seorang ibu yang tidak mempunyai sepasang kaki, namun tekad menguruskan suami dan anak kembarnya.

Kisah Kekuatan Seorang Ibu Yang Cacat Sejak Lahir

Neo Keitumetsu, 29 merupakan seorang ibu yang berasal dari Botswana, Afrika Selatan. Neo dilahirkan kurang upaya membuatkan kakinya perlu dipotong semasa berusia 5 tahun.

Semasa kecil, Neo sering diejek oleh rakan-rakannya namun Neo tetap tabah dan tidak peduli kepada segala tohmahan kepadanya. Apabila Neo dewasa, kini dia memiliki keluarga yang sangat mengambil berat tentangnya.

Kekuatan Seorang Ibu: Berjuang Menjadi Ibu Kerana Mengalami Kehamilan Berisiko

kekuatan seorang ibu, pengorbanan ibu, tanggungjawab seorang ibu, wanita hebat, inspirasi wanita, kekuatan seorang wanita, kecekalan wanita, kehebatan ibu, kasih sayang ibu, malay

Pada tahun 2004, Neo pergi ke Kanada untuk menyambung pelajarannya. Ketika dia melawat rakannya di Amerika, dia bertemu Garret Kirchway yang kini menjadi suaminya.

Neo dan Garet berkahwin dan tidak lama kemudian wanita tersebut hamil, dan kandungannya disahkan kembar. Sayangnya kehamilannya dikatakan berisiko dan mempunyai banyak komplikasi.

Neo dan Garret akhirnya menikah dan kini mereka tinggal di kawasan Tempe, Arizona. Tidak lama setelah menikah, Neo disahkan hamil, dan ternyata janin yang dikandungnya kembar.

"Kami tahu saya hamil ketika kandungan 4 bulan. Pada mulanya kehamilan saya baik sahaja, namun apabila berlaku penambahan berat badan ia menjadi sakit. Berat bertambah banyak kerana saya hamilkan kembar dua."

Walaupun kehamilan Neo berisiko tinggi, namun akhirnya Neo berjaya melahirkan anak kembarnya dengan selamat. Anak-anaknya diberi nama Caleb dan Joshua.

Menguruskan Anak Kembar Tanpa Bantuan

Setelah melahirkan, Neo berasa sangat gembira dengan kehadiran kedua-dua cahaya matanya. Malah, dia memutuskan untuk mengurus segala keperluan anak-anaknya tanpa mengharapkan belas kasihan.

"Tiada kaki tidak akan mempengaruhi kehidupan sebagai seorang ibu. Saya hanya perlu membiasakan diri sahaja,"

Keadaan Neo menyebabkan dia cuba menyesuaikan kelengkapan pengurusan bayi dengan keadaan fizikalnya. Antaranya dengan tidak membuatkan tempat tidur anaknya di kedudukan tinggi.

kekuatan seorang ibu, pengorbanan ibu, tanggungjawab seorang ibu, wanita hebat, inspirasi wanita, kekuatan seorang wanita, kecekalan wanita, kehebatan ibu, kasih sayang ibu, malay

Ingin Memberi Inspirasi Tentang Kekuatan Seorang Ibu

Bagi berkongsi pengalamannya menguruskan anak-anak dan suami, Neo telah membuat satu akaun Youtube. Di sana beliau berkongsi video bagaimana dia memasak, menguruskan anak-anak dan segala aktiviti kehidupan sehariannya sebagai seorang ibu walaupun tanpa sepasang kaki.

Tujuannya membuat saluran Youtube adalah untuk memberikan semangat kepada orang-orang yang memiliki nasib sama, dan membuktikan yang mereka boleh menjadi seorang ibu walaupun dalam keadaan kurang upaya. Malah pengikut Youtube Neo telah mencapai 6,000 pengikut!

“Saya membuat saluran YouTube pada tahun 2018. Alasan utama saya adalah untuk meningkatkan kesadaran yang hanya kerana kerana tidak mempunyai kaki, ini tidak bermakna kita tidak boleh mempunyai anak!"

Neo mendapat banyak komen positif dari pengikutnya yang mempunyai nasib sama.

“Dia mendapat banyak komen positif dari orang Afrika dan dari orang-orang yang cacat. Sekitar 99% dari komen itu bernada positif,” kata Garret, suami Neo.

Sungguh besar perjuangan Neo, disebalik kekurangannya, dia masih tetap bersemangat untuk meneruskan kehidupannya. Malah dengan berkat kesabarannya, dia dikurniakan suami yang baik serta 2 anak yang comel!

Inilah kisah hebat kekuatan seorang ibu yang bernama Neo Keitumetse. Semoga kisahnya memberi pengajaran untuk para ibu, agar tidak terus mengeluh dalam cabaran menguruskan anak-anak dan keluarga.

Stories Rakan Kongsi
Champs & NASOM Bekerjasama Untuk Meningkatkan Kesedaran Tentang Autisme
Champs & NASOM Bekerjasama Untuk Meningkatkan Kesedaran Tentang Autisme
Ini Rupanya Cara Untuk Ajar & Latih Anak-Anak Makan Secara Sihat, Mudah Sahaja!
Ini Rupanya Cara Untuk Ajar & Latih Anak-Anak Makan Secara Sihat, Mudah Sahaja!
Kalendar 30 Hari, 30 Kebaikan: Aktiviti Menarik Untuk Anak Anda Ramadan Ini
Kalendar 30 Hari, 30 Kebaikan: Aktiviti Menarik Untuk Anak Anda Ramadan Ini
5 Kriteria Penting Pemilihan Produk Penjagaan Kulit Bayi Supaya Kekal Lembap Sepanjang Hari
5 Kriteria Penting Pemilihan Produk Penjagaan Kulit Bayi Supaya Kekal Lembap Sepanjang Hari

Saya ibu yang bekerja dari rumah, dan kini saya tertekan apabila perlu menguruskan banyak perkara. Bantu saya.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel ini asalnya ditulis oleh Finna Prima Handayani dan mendapat keizinan theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Beto Rahman

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Kekuatan Seorang Ibu Menguruskan Anak Kembar, Walaupun Tanpa Sepasang Kaki!
Kongsikan:
  • Kecekalan 5 Ibu Hebat Ini Merupakan Inspirasi Buat Kaum Wanita Di Luar Sana!

    Kecekalan 5 Ibu Hebat Ini Merupakan Inspirasi Buat Kaum Wanita Di Luar Sana!

  • Kekuatan Wanita Ini Hadir Selepas Diceraikan, Namun Sesalan Bekas Suami Tidak Berguna Lagi!

    Kekuatan Wanita Ini Hadir Selepas Diceraikan, Namun Sesalan Bekas Suami Tidak Berguna Lagi!

  • Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

    Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

  • Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

    Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

app info
get app banner
  • Kecekalan 5 Ibu Hebat Ini Merupakan Inspirasi Buat Kaum Wanita Di Luar Sana!

    Kecekalan 5 Ibu Hebat Ini Merupakan Inspirasi Buat Kaum Wanita Di Luar Sana!

  • Kekuatan Wanita Ini Hadir Selepas Diceraikan, Namun Sesalan Bekas Suami Tidak Berguna Lagi!

    Kekuatan Wanita Ini Hadir Selepas Diceraikan, Namun Sesalan Bekas Suami Tidak Berguna Lagi!

  • Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

    Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

  • Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

    Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.