Ah, Bingitnya! Serabut Dengan Ragam Macam-Macam Anak Setiap Pagi? Cuba Cara Ini!
Serabut setiap pagi dengan perangai anak-anak dan terpaksa mengejar masa? Kajian mendedahkan semua ibu bapa harus melakukan perkara wajib ini setiap pagi untuk melancarkan pagi anda dan si manja!
Memang biasa sangat anda serabut setiap pagi. Perlu menyediakan kelengkapan anak, diri sendiri dan pasangan, dan perlu sediakan sarapan lagi. Namun apa yang paling ngeri ialah bila kita mula serabut dengan ragam anak kerana waktu itu jugalah mereka buat hal!
Tak mahu makan itu, tak mahu pakai baju ini. Haish, Ya Allah! Sudahlah kita ini lambat nak ke tempat kerja. Banyak pula songeh mereka, ya!
Kalau semua kelengkapan telah disediakan dengan lebih awal, waktu pagi anda diuji dengan cara lain pula – anak menangis seperti didera.
Sedangkan anda hanya ingin menyikat rambutnya! Takpun, anda ingat mereka akan bersiap. Tapi alih-alih mereka sibuk bermain pula. Kelam kabutnya!
Kenapa Ibu Jadi Serabut Dengan Ragam Anak Setiap Pagi?
Kesalahan anda satu saja – anda selalu tak memulakan hari dengan “connection” atau berhubung bersama anak-anak.
Pakar mendedahkan ibu bapa sering memulakan pagi tanpa membina “satu hubungan yang baik dengan anak-anak terlebih dahulu”.
Apakah hubungan yang baik ini? Ia dalam bentuk pelukan, cuddle, membaca atau menyoal si manja tentang bagaimana tidurnya.
Ini tak. Apabila mereka bangun tidur, anda pantas menyuruh mereka buat itu ini, bersiap dengan cepat dan makan semua sarapan yang anda sediakan. Minda mereka tak bertindak sedemikian!
Pemprosesan Minda Kanak-Kanak Berbeza
Ingat bagaimana anda boleh menahan marah, walaupun anda mahu saja memaki-hamun bos anda? Tingkah laku ini didorong oleh minda yang matang.
Akan tetapi, pembentukan minda kanak-kanak masih dalam proses. Maka, kanak-kanak memerlukan lebih “connection” untuk membentuk minda yang matang.
Sebab itu mereka kerap kali mengamuk dan marah-marah pada waktu pagi! Tapi jangan risau ibu bapa semua!
Pakar telah mendedahkan satu rahsia yang boleh membantu semua ibu bapa di luar sana.
Perkara Wajib Ibu Bapa Patut Lakukan Untuk Pagi Yang Lancar
Menurut Daniel Siegel dan Tina Bryson, ibu bapa perlu memberi fokus kepada “hubungan mereka dengan anak-anak” berbanding sibuk menentukan apa tugasan yang perlu disiapkan oleh anak-anak tersebut setiap pagi.
Bagaimana Cara Bina Hubungan Baik Dengan Anak?
Dr Laura Markham, seorang pakar psikologi dan keibubapaan mencadangkan semua ibu bapa harus peluk dan bermesra dengan anak-anak setiap pagi, sekurang-kurangnya selama 5 minit selepas mereka bangun tidur.
Ia untuk “merapatkan kembali” connection antara ibu bapa dan anak-anak yang terpisah ketika mereka tidur. Jika anda berbuat demikian, anak-anak akan ingin bekerjasama dengan anda, berbanding hanya ingin bergaduh.
Tak biasa snuggling atau bermesra manja dengan anak-anak yang bangun tidur? Cuba garu belakang badannya, atau pegang tangannya, sambil ucap selamat pagi.
Atau anda juga boleh cuba menyanyi lagu kegemaran mereka bersama-sama, memberi high-fives atau bergurau. Tak kisahlah jika anda sudah siap berpakaian atau belum. Luangkan masa dengan anak-anak sekejap!
Hubungan Baik Dengan Anak
Adalah penting untuk mempunyai hubungan yang baik dengan anak-anak. Untuk menghasilkan hubungan yang baik ini, anda perlu menyentuh “emosi” mereka. Contohnya jika mereka mengamuk dan menangis tanpa sebab, cuba peluk mereka.
Selepas anak-anak bertenang, baru anda boleh menyampaikan sesuatu dengan bijak. Menurut Siegel lagi, menyentuh emosi anak-anak untuk menenangkan mereka mendatangkan dua faedah, iaitu:
- membina ikatan yang kuat antara anda dan anak-anak, dan
- membina sambungan dalam minda kanak-kanak
Nampaknya, ada penyelesaian mudah untuk mengatasi masalah serabut setiap pagi kerana kerenah anak-anak ini. Jom cuba! Luangkan sedikit masa setiap pagi untuk membina hubungan dari segi emosi dengan anak-anak.
Nescaya mereka akan melancarkan pagi anda!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Stres Bila Anak TANTRUM, MERAGAM Di Luar? Doktor Ini Kongsi Seni Alihkan Perhatian Anak!
Baca juga: 2 Jenis Zikir Tidurkan Anak Yang Boleh Boleh Diamalkan Untuk Bayi Tidur Lena, Kurang Meragam
Baca juga: 7 Titik Urutan Kaki Bagi Menenangkan Bayi Yang Kerap Meragam Dengan Serta-Merta