Pantang Cara Melayu, Antara Mitos & Fakta Ini Yang Anda Perlu Tahu

undefined

Pantang selepas bersalin antara mitos dan fakta, mana satu yang anda perlu ikut dan mana yang tidak. Ini penjelasannya, jangan membuta saja ikut ya!

Penjagaan diri bagi ibu-ibu pantang selepas bersalin sangat dipandang remeh oleh ramai orang pada hari ini. Terutamanya larangan semasa pantang, amalan berurut, bertuam, bertungku, bertangas dan berbengkung.

Sememangnya diakui, amalan-amalan ini ada antaranya remeh dan leceh, namun demi untuk kesihatan badan jangka masa panjang, ia wajar diamalkan.

Tapi sebelum itu anda perlu tahu juga antara adat berpantang ni, ada beberapa perkara sebenarnya hanyalah kepercayaan orang tua-tua dan tidak relevan dengan zaman sekarang.  

Tapi bagi yang betul-betul sepatutnya diikut sekiranya  diabaikan, kesannya mungkin tidak berlaku serta-merta.

Apabila melalui kelahiran yang banyak, usia mula meningkat, daya tenaga semakin menurun, barulah terasa lenguh-lenguh dan bisa urat, sendi serta otot, sakit pinggang dan kebas tangan. Apabila keadaan ini berlaku, kebanyakan ibu menjadi dingin dan lemah tenaga batin.

Berikut adalah larangan yang perlu dihindari semasa berpantang:

Jangan makan ubi-ubian ketika pantang

pantang

Adakah jaga pemakanan adalah mitos? Tidak, ia benar, ada sesetengah makanan tidak sesuai diambil kerana mengandungi bahan tertentu yang boleh menyebabkan kembung perut, angin dan sebagainya.

Ubi-ubian seperti keladi, keledak dan daun ubi kayu boleh mengganggu sistem penghadaman ibu berpantang kerana boleh menyebabkan perut berasa kembung dan tidak selesa. Malah, bayi yang menyusu susu ibunya juga boleh terkena kembung dan perut tidak selesa.

Mandi atau buat kerja dalam keadaan duduk di kerusi

Betulkah tak ini boleh beri efek kepada ibu bersalin? Apa kaitannya duduk di kerusi dengan berdiri? Jadi pantang seperti ini adalah mitos. Sebenarnya ibu selepas bersalin tak boleh buat kerja seperti mengangkat barang berat dan sebagainya kerana perlu menjaga luka bersalin.

Dan orang tua-tua kata iasebagai salah satu cara menjaga peranakan. Ibu berpantang masih di dalam proses menyihatkan badan mereka, jadi penggunaan tenaga haruslah diminimumkan. 

Elak lakukan kerja-kerja berat itu saja, bukan tak boleh duduk di kerusi sambil mandi atau buat kerja.

Jangan bercangkung

Bercangkung boleh menyebabkan tumpah darah dan rahim terkeluar? Oh no! Janganlah percaya bulat-bulat ya, rahim mana boleh terkeluar macam tu sahaja.

Orang tua-tua maksudkan, janganlah mencangkung selepas bersalin, bimbang jahitan di bawah tu terbuka pula. Kan tak molek tu dok mencangkung sedangakan baru lepas kena jahit. 

Anda boleh fikir logik, usah terlalu dengar pantang larang yang berunsur menakut-nakutkan. 

Tidak memakai stokin

Imej ehsan masammasammanis

Imej ehsan masammasammanis

Ada doktor yang menyatakan pemakaian stokin tidak memberi pengaruh apa-apa pada ibu yang baru lepas bersalin. Namun kita sendiri dapat rasa perbezaannya bila tak pakai stokin ni. Bila pijak lantai simen atau tiles rasa sejuk semacam.

Dan bila kaki terkena penghawa dingin atau kipas rasa macam angin masuk badan pula. Membiarkan kaki sejuk dan dimasuki angin akan mengganggu proses ibu berpantang untuk sembuh. Jadi, pemakaian stokin sangat disarankan bagi ibu berpantang.

Jadi ikut badan sendirilah kalau rasa lebih selesa tidak memakai stokin, terpulanglah. 

Ibu jari tidak terhantuk

“Jaga ibu jari kaki tu, pakai stokin tebal-tebal jika terhantuk boleh menyebabkan bentan nanti!” Pernah dengar ibu anda pesan begini? Sebenarnya kalau terlanggar boleh menyebabkan kesakitan saja, tidaklah pula sampai bentan dan tumpah darah.

Ibu selepas bersalin dinasihatkan banyak berehat, kalau demam nanti itu yang boleh menyebabkan bentan. 

Elakkan mandi air sejuk

Imej ehsan manjakuhappy

Imej ehsan manjakuhappy

Semasa berpantang, digalakan mandi air rebusan daun herba yang suam. Tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk. Elakkan badan menggigil ketika mandi. Ratakan air menggunakan tangan. 

Malah jika mandi air sejuk juga membuatkan payudara anda lebih nilu. Elok mandi air suam bagi melancarkan penghasilan susu badan juga. 

Jangan tidur atau keluar rumah ketika senja

Selepas bersalin, badan masih lemah dan belum suci sepenuhnya akibat darah nifas. Malah wanita memang tidak elok keluar di waktu senja walaupun bukan selepas bersalin. 

Jadi ibu-ibu dan bayi eloklah duduk di rumah sepanjang hari, tidak elok keluar dan bawa bayi keluar lebih-lebih di musim pandemik ini. 

Bayi pula sistem imunisasi mereka masih lemah, jadi elakkan membawa mereka berjumpa orang ramai. 

Tidak tidur terlentang

Ini tiada kena mengena dengan pantang larang karut. Semasa berpantang, ibu-ibu disarankan tidur dengan bantal yang tinggi bagi mengelakan kepala selari dengan badan. Ini bagi mengurangkan risiko ibu-ibu berpantang pening kepala.

Demikianlah beberapa larangan semasa berpantang yang wajar untuk ibu-ibu baru bersalin ikuti untuk kesihatan jangka masa panjang. Selamat berpantang!

Baca juga: Faktor Penting Dalam Berpantang, WAJIB Tahu!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!