Begini Proses Bersalin Secara Czer Dilakukan, Para Ibu Wajib Tahu Sebelum Bersalin!
Pembedahan bersalin czer sering memberi gambaran menakutkan kepada mana-mana ibu. Justeru pengetahuan mengenainya dapat membantu anda berasa lebih tenang
Tidak semua ibu boleh bersalin secara normal. Jika ibu hamil mengalami beberapa komplikasi kehamilan, proses bersalin secara pembedahan (c-section) terpaksa dilakukan. Anda pernah tengok pembedahan bersalin video?
Proses bersalin czer boleh jadi secara kecemasan mahupun sebagai satu kaedah bersalin yang telah dirancang. Biasanya jika dalam kes kecemasan, ia adalah disebabkan oleh beberapa komplikasi kehamilan yang boleh menjejaskan nyawa ibu dan bayi dalam kandungan.
Proses pembedahan bersalin yang ibu perlu ketahui
Dalam proses bersalin secara caesar, ibu hamil akan menjalani beberapa proses. Ia bermula dengan pemeriksaan janin, kemudian sesi membius, memotong dan menjahit.
Sebelum operasi pembedahan dilakukan, doktor akan melakukan USG dan memantau degupan jantung janin terlebih dahulu. Ini untuk memutuskan bila operasi caesar akan dijalankan.
Selepas semua kelengkapan siap, doktor akan membersihkan bahagian perut ibu hamil dan akan memasang IV line untuk memasukkan ubat.
Selain itu, katerer juga akan dimasukkan pada saluran air kencing ibu untuk mengalirkan air kencing.
Ibu kemudiannya akan ditolak masuk ke dalam bilik pembedahan. Dalam bilik ini, anda akan diberi bius dan ubat pelali.
Biasanya, ubat bius yang disuntik pada tulang belakang ibu akan membuatkan bahagian bawah tubuh ibu, malah kawasan perut akan terasa kebas dan lama kelamaan kehilangan rasa.
Tapi, ibu masih akan berada dalam keadaan sedar. Cuma dalam beberapa keadaan darurat saja, ubat bius itu akan membuatkan ibu tertidur.
Selepas memastikan semua ubat bius berkesan, doktor akan mula melakukan pemotongan dalam bentuk horizontal tepat ke atas garisan kemaluan ibu.
Pemotongan juga boleh dilakukan dalam bentuk vertikal di bawah pusat ke garis kemaluan. Selepas pemotongan pada dinding perut selesai, doktor juga akan membuat pemotongan di bahagian rahim ibu.
Jika kantung ketuban bayi masih belum pecah, doktor akan memecahkannya untuk mengeluarkan bayi dari perut.
Waktu yang diperlukan untuk memotong dan mengeluarkan bayi sebenarnya amat singkat — dalam masa 5 minit saja!
Pembedahan bersalin: Apa prosedur selepas bersalin czer?
Selepas bayi dikeluarkan, doktor akan memeriksa dan membersihkan bayi. Seterusnya, tali pusat akan dipotong dan uri akan diambil. Doktor kemudiannya akan menjahit perut ibu dengan berhati-hati. Proses ini mengambil masa selama 45 minit.
Proses bersalin czer memerlukan masa penyembuhan dan pantang yang lebih lama berbanding bersalin normal.
Ibu biasanya akan ditahan di hospital selama 3 hingga 5 hari. Proses berpantang pula mungkin akan mencapai sehingga 6 atau 8 minggu.
Sebab kenapa ibu perlu bersalin secara pembedahan
- Bukaan rahim tidak cukup 10cm. Meskipun ibu sudah merasai sakit kontraksi yang kuat beberapa jam, ada kes bukaan rahim belum mencapai 10cm. Ia mungkin disebabkan oleh kepala bayi anda terlalu besar atau tidak dapat melalui birth canal
- Bayi songsang. Bersalin secara czer mungkin cara paling selamat bagi mengeluarkan bayi yang berada dalam kedudukan songsang (breech) atau melintang (tranverse)
- Masalah pada uri (placenta). Jika anda mengalami masalah placenta previa, di mana uri menutupi pintu rahim, bersalin secara pembedahan adalah jalan yang paling selamat
- Masalah tali pusat bayi. Jika tali pusat telah keluar terlebih dahulu sebelum bayi anda, pembedahan kecemasan perlu dilakukan dengan segera bagi menyelamatkan nyawanya
- Mengandung kembar. Kandungan kembar biasanya cenderung dalam kedudukan abnormal. Justeru pembedahan dilakukan jika bayi perlu dilahirkan tidak cukup bulan atau berdepan masalah lain
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Artikel ini asalnya ditulis oleh Aulia Trisna dan mendapat kebenaran theAsianparent Indonesia untuk diterjemah
Kredit foto: Google Images
Baca juga: 23 Perkara Ini Ibu Berpantang Czer Perlu ELAK Supaya Kesan Jahitan Tidak Terbuka
Baca juga: Pedulikan Kata Orang, Ini 5 Sebab Anda Perlu Berasa HEBAT & Bangga Bersalin Czer
Baca juga: ”Kepala Bayi Dekat Sangat Dengan Uri,” Doktor Terbelah Muka Bayi Ketika Proses Czer