Jangan Lupa Bawa 3 Dokumen Penting Ini Masa Pemeriksaan Kesihatan Kali Pertama Ibu Hamil

undefined

Bagi ibu hamil, ada pemeriksaan kesihatan bulanan yang perlu mereka hadiri untuk memantau perkembangan kesihatan ibu dan bayi.

Sebaik saja disahkan mengandung menerusi kit ujian kehamilan, pasti anda tertanya-tanya apa langkah seterusnya yang perlu dibuat. Jawapannya anda perlu buat pemeriksaan kesihatan sebagai ibu hamil.

Ia boleh dibuat dimana-mana hospital dan klinik yang ada menyediakan perkhidmatan penjagaan pranatal, tetapi biasanya ramai ibu di Malaysia ini akan merujuk kepada klinik kesihatan terdekat.

Ada yang mengatakan jika berlaku sesuatu kecemasan, lebih mudah untuk dirujuk jika ada rekod di mana-mana klinik kesihatan kerajaan.

Pemeriksaan kesihatan kali pertama ibu hamil, ini yang perlu anda sediakan

Pemeriksaan kesihatan ibu hamil atau pemeriksaan pranatal adalah pemeriksaan kesihatan yang berkala apabila anda disahkan mengandung.

Tujuan lawatan adalah untuk memantau kesihatan ibu dan kandungan disamping mewujudkan hubungan baik antara anda dan kakitangan kesihatan.

Kedua-dua keperluan perubatan dan psikologi anda akan ditangani dan perkhidmatan ini dikendalikan oleh petugas yang terlatih di semua klinik-klinik kesihatan kerajaan.

Jika anda memilih untuk melakukannya di klinik swasta atau hospital swasta lain, tiada masalah untuk anda lakukan kerana kini telah banyak klinik dan hospital swasta di luar sana yang menyediakan perkhidmatan seperti ini. 

Jadi untuk lawatan kali pertama apakah dokumen yang perlu anda bawa?

pemeriksaan kesihatan

Kredit: pa&ma

Untuk yang kali pertama datang, biasa orang panggil nak buka buku merah atau buku pink ini yang perlu anda bawa:

  1. Kad pengenalan
  2. Salinan kad pengenalan suami atau sijil nikah (ibu tunggal tidak perlu)
  3. Bil api atau air terkini untuk mengesahkan alamat rumah anda
  4. Surat rujukan daripada doktor atau klinik lain (jika ada)

Apakah yang akan dilakukan semasa lawatan pemeriksaan kesihatan pranatal?

pemeriksaan kesihatan

kredit: haibunda

Tiada masalah pun jika ibu hamil datang berseorangan atau dengan suami. Yang penting kehadiran ibu hamil pada setiap bulan adalah penting untuk mengetahui perkembangan kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan.

Semasa lawatan ini tahap kesihatan dan keadaan kandungan anda akan dinilai dan dipantau. Berikut adalah aktiviti yang akan dilakukan ketika pemeriksaan kesihatan pranatal:

  1. Sejarah ringkas dari lawatan akhir pranatal yang telah direkodkan.
  2. Pengambilan berat badan dan tekanan darah.
  3. Ujian air kencing untuk protein dan gula.
  4. Ketinggian rahim direkodkan di carta yang ditetapkan untuk pemantauan tumbesaran janin.
  5. Kedudukan janin – Dinilai selepas kandungan 32 minggu.
  6. Jika kedudukan janin tidak tepat, pemeriksaan ultrasound untuk kenal pasti kedudukan uri.
  7. Denyutan jantung janin akan direkodkan.
  8. Imunisasi (diberikan bila sampai tempoh).
  9. Ujian darah rutin atau apabila diperlukan
  10. Pemantauan pertambahan berat badan bagi setiap lawatan

Selain itu, apabila kandungan sudah semakin membesar dan biasanya apabila sudah masuk trimester kedua, antara pemeriksaan lain yang akan dilakukan termasuklah:

  1. Mengukur ketinggian rahim (saiz perut anda)
  2. Pemeriksaan ultra sound bagi menilai tumbesaran dan kedudukan janin.
  3. Carta pergerakan janin – anda perlu mengira kekerapan tendangan janin dalam masa 12 jam
  4. Denyutan jantung janin anda – dengan menggunakan mesin Daptone membolehkan anda mendengar denyutan jantung janin anda.
  5. Cardiotocography (CTG ) – mesin yang digunakan untuk menilai keadaan janin jika dikhuatiri janin tidak membesar dengan baik.

Jadi ketika hari temujanji, ibu hamil pakailah pakaian yang selesa supaya mudah untuk anda bergerak dan baju mudah dibuka jika doktor ingin melakukan pemeriksaan pada perut.

Selain itu, anda juga boleh sediakan makan ringan dalam perut kerana kadang kala pemeriksaan ini akan mengambil masa yang lama iaitu sekurang-kurangnya dua jam mengikut giliran.

Jadi sebelum datang isilah perut dulu dan jika anda mudah lapar dan rasa letih sediakannya bekalan kudap-kudapan sementara anda menunggu giliran. 

Kekerapan lawatan pranatal

pemeriksaan kesihatan

Kredit: healthline

Biasanya, lawatan pranatal ditetapkan setiap bulan. Tetapi semakin menghampiri tarikh bersalin anda, ia akan jadi lebih kerap. 

  • Sebelum 28 minggu – sebulan sekali
  • 28 – 35 minggu – setiap 2 minggu sekali
  • 36 minggu dan keatas – setiap minggu

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: myhealth

Kredit foto: honestdoc

Baca juga: Proses membuka buku merah di Klinik Kesihatan Ibu & Anak, ibu hamil kena tahu tentang proses ini!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!