Ini Pengalaman Yang Anda Akan Rasai Jika Bersalin Induce... Bakal Ibu Wajib Baca

Ini pengalaman bersalin induce yang mungkin akan ibu rasai jika menggunakan kaedah ini sebagai bantuan untuk bersalin.

Ramai yang pasti tertanya-tanya bagaimana rasanya bersalin induce? Bagi yang pernah melahirkan tanpa induce, ramai yang kata induce lebih sakit daripada sakit contraction secara semulajadi. Jadi kami kongsikan pengalaman bersalin induce yang pernah ibu lepas bersalin alami. Apakah maklumat lanjut yang anda akan baca dalam artikel ini?

  • Pengalaman bersalin induce
  • Keadaan bagaimana yang menyebabkan ibu diinduce?

Adakah ini benar? Jika yang pertama kali bersalin sudah mengalami induce, mereka mungkin tiada jawapan kerana tidak pernah merasai secara semulajadi.

Apa pun, segala yang doktor sarankan sudah pastilah yang terbaik untuk ibu dan bayinya. Jika anda disarankan untuk bersalin secara induce terimalah dengan hati terbuka ya.

Pengalaman bersalin induce, ini yang ibu hamil akan rasai…

Tidak dinafikan memang ramai ibu yang serik bila pernah merasai bersalin cara induce. Ada yang kata kalau boleh memang tak mahu bersalin lagi.

Katanya sakit yang dirasai memang berganda-ganda berbanding sakit secara semulajadi tanpa induce. Jadi apakah yang ibu hamil rasai sebenarnya jika mereka diinduce?

Apakah sebenarnya induce?

pengalaman induce bersalin

Tak semua orang berpeluang menghadapi proses kelahiran dgn mudah. Ada sesetengah ibu terpaksa bergelut berjam-jam lamanya utk bersalin secara paksa. Induce inilah yang dinamakan bersalin paksa. 

Ia biasanya akan disarankan kepada ibu hamil yang sudah overdue tetapi masih tiada tanda untuk bersalin. Atau sudah ada bukaan tetapi ibu tidak rasa sakit contraction. 

Bersalin induce ni adalah proses bersalin yang menggunakan teknik atau ubat-ubatan tertentu bagi mempercepatkan proses kelahiran.

Induction of labour atau dipaksa bersalin ialah proses memulakan proses pembukaan jalan rahim secara artificial. 

Keadaan bagaimana yang menyebabkan ibu diinduce?

pengalaman induce bersalin

  • Ibu mempunyai penyakit darah tinggi ketika hamil. Risiko tekanan darah semakin sukar dikawal bila kandungan semakin membesar.
  • Ibu mempunyai penyakit kencing manis yang kronik semasa mengandung, ia akan mengajikabtkan kematian bayi di dalam kandungan semakin meningkat.
  • Kandungan overdue atau sudah lepas seminggu dari tarikh sepatutnya lahir! Ini akan mendatangkan risiko pada bayi. Anak dalam kandungan boleh buang najis dalam air ketuban, bayi boleh lemas dan akan membahayakan paru-paru bayi.
  • Bayi yang kecil daripada usia kandungan atau air ketuban yang sedikit, kerana uri sudah tidak mampu lagi memberi zat secukupnya.
  • Pecah air ketuban awal tetapi tiada kontraksi dan jalan rahim tidak membuka, risiko jangkitan kuman akan meningkat pada kandungan.

Beberapa kaedah induce yang biasa diguna pakai 

Ibu yang diinduce biasanya akan merasai sakit contraction sebaik saja kaedah induce yang diguna pakai aktif

#1. Membrane stripping

pengalaman induce bersalin

Cara yang paling semulajadi untuk memulakan proses bersalin ialah mengunakan teknik ‘membrane stripping’. Doktor akan memasukkan jarinya ke dalam faraj dan pangkal rahim untuk memisahkan selaput ketuban daripada dinding rahim.

Prostaglandin akan dirembeskan dan menyebabkan kontraksi. Teknik ini cuma boleh dilakukan jika ibu sudah ada bukaan pada pangkal rahim.

Menurut pengalaman ibu bersalin, membrane stripping memang sakit sikit terutama ketika doktor cuba mencapai pangkal rahim yang masih jauh di dalam faraj.

Namun, cara ini selamat dan tiada risiko terlebih stimulasi. Sedikit lelehan lendir dan darah biasanya berlaku selepas prosedur ini. Jika ibu mengalami kontraksi selepas prosedur ini, maksudnya ianya kemungkinan besar berjaya dan ibu tidak perlu makan ubat.

#2. Secara belon

Tiub getah akan dimasukkan ke dalam pangkal rahim dan dikembungkan menggunakan air. Selain memisahkan selaput ketuban daripada rahim, kepala bayi akan menekan belon ini dan membantu membuka jalan bersalin.

Ia tidak melibatkan ubat, oleh itu kontraksi yang terhasil adalah daripada badan ibu sendiri.

#3. Guna ubat-ubatan

Cara yang paling banyak digunakan untuk induce ialah memasukkan tablet prostaglandin di dalam faraj. Penggunaan ubat ini mempunyai tahap keberjayaan yang lebih tinggi. Proses memasukkan ubat ini tidaklah sesakit membrane stripping.

Sebiji ubat akan dimasukkan setiap 6 jam, maksimum dua biji sehari. Ada ibu bila masuk sebiji sahaja sudah cukup untuk memberi kontraksi dan membuka pangkal rahim.

Ubat oxytocin akan diberi melalui urat darah jika kontraksi tidak mencapai ke tahap yang mencukupi.

Baca juga: Ada 6 Pantang Ibu Bersalin Wajib Ikut Menurut Pakar, Kalau Tak Buat Memang Boleh Mudarat

Baca juga: Apa Yang Berlaku Jika Anda Alami Koyakan Tahap 4 Masa Bersalin?

Baca juga: Postinor Bukan Kaedah Merancang Keluarga Yang Boleh Diguna Setiap Hari, Ini Sebabnya…

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!