"Tak Payah Pergi Hospital Ni Lagi, Buat Malu Je!"- 8 Ibu Kongsi Pengalaman Lucu Bersalin Bayi Dalam Dewan Bersalin
"Suami turut meneran macam dia pula yang melahirkan anak!"
Melahirkan bayi merupakan satu proses yang menyakitkan dan pastinya satu pengalaman baru buat ibu ayah yang kali pertama bakal menimang cahaya mata.
Pengalaman melahirkan bayi merupakan sesuatu yang tidak dapat dilupakan terutamanya apabila berlaku situasi yang lucu sepanjang dalam dewan bersalin!
Walaupun ibu dalam kesakitan, pasti ada beberapa kejadian yang tidak dapat dilupakan semasa melahirkan anak apatah lagi kita cenderung untuk berkata yang bukan-bukan apabila terlampau sakit.
Bila teringatkan kembali, tentunya boleh menjadi sesuatu yang akan diceritakan kepada anak-anak! Hihi.
Pengalaman Lucu Melahirkan Bayi
Kami ada bertanyakan ahli komuniti theAsianparent tentang pengalaman lucu yang berlaku ketika di dewan bersalin. Tidak dinafikan ramai para ibu dan ayah yang mempunyai kisah yang tidak dapat dilupakan semasa menyambut kedatangan cahaya mata.
Yang menariknya, semua kejadian yang berlaku semuanya disebabkan rasa gugup, kesakitan, takut dan macam-macam lagi perasaan. Tetapi semuanya berakhir selepas mendengar tangisan pertama anak tersayang, betul tak?
Jom tengok perkongsian ibu-ibu ini!
#1 Lebih Takutkan Jarum Dari Sakit Bersalin!
Ramai yang tahu bahawa kesakitan semasa bersalin sememangnya antara sakit yang paling ‘digeruni’ yang hanya boleh dirasakan oleh bakal ibu. Tetapi bagi ibu ini pula, lain pula jadinya!
Selepas bayi selamat dilahirkan, rasa sakit bersalin biasanya akan hilang serta merta. Mungkin ini sebabnya si ibu terus lupa rasa sakit kontraksi dan kembali kepada rasa takutnya pada jarum suntikan! Hihi.
#2 Aduh, Suami Pun Teran Sekali Dah Kenapa?
Susah senang bersama, teran untuk melahirkan anak pun bersama!
Rasa-rasanya si ayah ini mesti hanya cuba untuk bantu si isteri melakukan pernafasan bersalin yang lebih baik. Tetapi lain pula yang jadi apabila dia pula yang bersungguh-sungguh sampai keluar peluh!
Tahniah ayah sebab bayi pun sudah selamat dilahirkan! :p
#3 Keluar Dari Dewan Bersalin Cari Suami!
Kali pertama hamil, pasti si ibu berhadapan dengan pelbagai perubahan emosi dan fizikal. Ini saja sudah cukup membuatkan ibu hamil berasa terkejut dengan pelbagai perubahan tersebut bukan?
Apatah lagi apabila tiba waktu bersalin! Ibu ini menceritakan detik-detik di mana dia terlalu takut semasa hampir bersalin, sampaikan dia keluar mencari suami pula beberapa saat sebelum melahirkan anak.
#4″Lepas Ni Tak Payah Pergi Hospital Ni Lagi, Buat Malu Je!”
Ini mungkin berlalu apabila terlalu sakit!
Selalunya ramai yang akan menjerit kesakitan, tetapi bagi sesetengah orang pula mungkin akan melalut atau ketawa apabila terlalu nervous untuk elak dari menangis. Pengguna ini menceritakan kisah rakannya yang bermacam ragam semasa melahirkan bayi.
Yang menggelikan hati, ibu ini mula bercakap perihal politik pula di hadapan doktor dan jururawat. Agak-agaknya doktor pun dah selalu tahan ketawa menghadap ibu yang buat sesuatu yang tidak dijangka sebegini.
#5 Bakat Terpendam Suami Sebagai Tukang Sorak
Selain membacakan doa, apa yang boleh suami lakukan bagi membantu si ibu?
Apa kata ayah bersorak memberikan semangat kepada isteri tersayang, macam apa yang dilakukan si suami ini. Pasti ayah tak sabar menantikan kehadiran si manja, sebab inilah semangat menjadi-jadi kan?
#6 Tak Tahan Sakit, Menjerit Macam Dalam Drama!
Ibu yang pernah bersalin pasti tahu, bila bukaan dah 10cm sememangnya rasa sukar tahan dari meneran. Bayangkan apa yang ibu ini rasa semasa dia ditahan untuk meneran sebelum sampai ke dewan bersalin, aduh!
Rasanya bukan ibu ini saja yang gelabah, jururawat yang tolak katil pun turut sama kelam kabut semasa bergegas tolak katil. Hihi.
#7 Tendang Doktor
Rasa-rasanya, doktor dan jururawat pasti ada lebih banyak kisah yang mencuit hati atau ‘menggerunkan’ apabila berhadapan dengan pesakit. Antara cerita yang kerap kita dengar pastinya pesakit tendang doktor bila nak bersalin!
Kalau terjadi begini, jangan lupa minta maaf pada mereka ya! Jangan risau, selalunya doktor dan jururawat faham keadaan ibu tetapi janganlah buat dengan sengaja pula.
#8 Fokus Anak Sampai Tarik Tudung Isteri
Wahai suami, bila isteri tengah melahirkan anak anda sepatutnya fokus untuk tenangkan bakal ibu itu dulu ya! Jangan jadi macam si ayah ni pula yang lupa untuk perhatikan isterinya yang perlukan sokongan.
Nampak sangat si suami teruja untuk menjadi seorang ayah.
Macam-macam ragam yang dikongsi tentang pengalaman lucu semasa melahirkan bayi. Apatah lagi apabila pertama kali suami menemani isteri di dewan bersalin untuk menyambut kedatangan cahaya mata.
Ibu ayah ada kisah melucukan yang berlaku semasa bersalin? Jom ceritakan pada kami di ruangan komen!
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: