Anak Dah Pandai Berhias? 8 Pengilat Kuku Ini Selamat Untuk Kanak-kanak!

Anak Dah Pandai Berhias? 8 Pengilat Kuku Ini Selamat Untuk Kanak-kanak!

Sebahagian besar pengilat kuku yang dijual di pasaran mengandungi bahan kimia berbahaya yang memberi risiko kepada kesihatan kanak-kanak.

Bersolek dan memakai pakaian yang cantik, pasti ada anak kecil yang sudah mula meniru ibu malah sekecil-kecil perkara seperti mengilatkan kuku, mereka sudah berani mencuba-cuba memakai sendiri pengilat kuku atau nail polish kerana melihat ibu memakainya.

Seawal usia 3 tahun, anak-anak sudah mula mengikut tingkah laku orang di sekelilingnya lebih-lebih lagi jika memiliki anak perempuan, melihat ibunya berdandan sudah tentu menarik perhatiannya untuk melakukan perkara yang sama.

Namun adakah pengilat kuku selamat digunakan pada kanak-kanak? Ternyata tidak semua pengilat kuku sesuai digunakan si kecil ya ibu. Disebabkan itu penggunaannya tidak boleh dilakukan sembarangan.

Kandungan Merbahaya Dalam Pengilat Kuku

pengilat kuku

Sebahagian besar pengilat kuku yang dijual di pasaran, mengandungi bahan kimia yang berisiko kepada kesihatan apatah lagi jika digunakan dalam jangka waktu yang panjang atau digunakan oleh kanak-kanak.

Terdapat beberapa bahan kimia merbahaya yang terkandung di dalam pengilat kuku mengikut Pentadbiran Makanan dan Ubatan Amerika Syarikat (FDA);

1. Toluene

Bahan kimia yang biasanya digunakan di dalam cat thinner, pewangi buatan, dan produk pembersih. Penggunaan jangka panjang memberi impak terhadap sistem saraf dan sistem pernafasan. Ia boleh menyebabkan kegatalan jika terkena pada kulit.

2. Dibutyl phthalate

Sejenis bahan plastik yang boleh meningkatkan tekstur dan mempunyai fungsi menggilap. Turut digelar sebagai ‘racun reproduksi’ kerana dikaitkan dengan punca gangguan sistem pembiakan dan perkembangan janin.

Penggunaan dibutyl phthalate dalam kosmetik telah dilarang di Eropah sejak tahun 2003. OPI, salah satu jenama pengilat kuku terkenal dunia juga telah memformulasikan semula semua produk mereka dan tidak lagi menggunakan bahan ini.

3. Formaldehyde

Bahan kimia yang mempunyai pelbagai penggunaan, digunakan di dalam pengilat kuku kerana sifat pengawetnya dan sebagai pengeras. Kesan jangka panjang menyebabkan masalah pernafasan dan meningkatkan risiko beberapa jenis kanser.

Jadi, ibu ayah harus waspada jika anak-anak mencuba sendiri nail polish milik ibu kerana ada pengilat kuku untuk orang dewasa mengandungi bahan-bahan merbahaya ini apatah lagi jika si kecil berada di dalam fasa yang suka memasukkan jari tangan ke dalam mulut.

Jika perlu, letakkan di tempat yang tinggi dan simpan di tempat tertutup yang jauh dari penglihatan anak anda.

Pengilat Kuku: Mengilat Dan Melukis Kuku Bagus Untuk Asah Kemahiran Motor Halus Anak

Anak Dah Pandai Berhias? 8 Pengilat Kuku Ini Selamat Untuk Kanak-kanak!

Apabila kanak-kanak mula menulis, genggaman pensel adalah salah satu tugas yang paling sukar untuk dikuasai.

Dengan berlatih menggunakan pengilat kuku, anak anda boleh mengukuhkan kemahiran motor halus mereka sambil berseronok melalui ekspresi diri.

Ia juga bagus untuk membantu kanak-kanak dengan pengenalan warna, membuat corak dan mengira.

8 Pengilat Kuku Terbaik Yang Selamat Untuk Kanak-Kanak

Meskipun begitu, masih ada syarikat pengeluar yang prihatin terhadap masalah ini dengan mengeluarkan pengilat kuku khas untuk kanak-kanak yang semestinya bebas daripada kandungan toksin yang merbahaya.

Kami senaraikan beberapa jenama pengilat kuku terbaik untuk kanak-kanak yang ada di pasaran malah ada jenama yang disenaraikan menjadi pilihan ibu-ibu di seluruh dunia!

Pengilat Kuku Terbaik Selamat Untuk Kanak-Kanak
Puttisu Water Pangpang Nail Polish
Pengilat Kuku Terbaik Mudah Tanggal
more info icon Beli di Shopee
Girls World Nail Polish Set
Pengilat Kuku Terbaik Tiada Bau
more info icon Beli di Shopee
ShuShu & Sassy Water Nail Polish
Pengilat Kuku Terbaik Untuk Ibu dan Anak
more info icon Beli di Shopee
Nailmatic Water-Based Nail Polish
Pengilat Kuku Terbaik 100% Bebas Toksik
more info icon Beli di Shopee
Recipebox Kids Peel Off Nail Polish
Pengilat Kuku Terbaik Harga Berpatutan
more info icon Beli di Shopee
I'm Pinky Kids Water-Based Peel Off Nail Polish
Pengilat Kuku Terbaik Jenama Global
more info icon Beli di Shopee
Frozen Kids Nails Polish Peel Off
Pengilat Kuku Terbaik Karakter Kartun Kegemaran Kanak-Kanak
more info icon Beli di Shopee
MAXFINE Twins Pack Nail Polish Water Base
Pengilat Kuku Terbaik 2 Dalam 1
more info icon Beli di Shopee

Puttisu Blink Peel Off Pangpang Nail Polish 

Pengilat Kuku Terbaik Mudah Tanggal

Anak Dah Pandai Berhias? 8 Pengilat Kuku Ini Selamat Untuk Kanak-kanak!

Nail polish Malaysia yang diformulasikan di Korea ini sememangnya mesra kanak-kanak. Ia menggunakan teknologi berasaskan air dengan memastikan jaminan keselamatan terhadap kuku kanak-kanak.

Anak anda boleh menghias kuku mereka dengan pilihan warna berkilat yang terang dan amat mudah ditanggalkan hanya menggunakan air suam dan sabun.

Selain itu, pengilat kuku ini juga adalah jenis hypoallergenic atau sukar untuk menyebabkan alahan, tidak menggunakan bahan toksik dan mempunyai kandungan air sebanyak 70 peratus.

Selain air, kandungan utama nail polish Malaysia ini adalah ekstrak biji teh hijau yang memberi kelembapan kepada kuku, minyak moringa untuk melindungi kuku, minyak biji camellia japnica untuk melindungi kutikel, minyak zaitun untuk mengilatkan kuku, minyak argan untuk memberi nutrient kepada kuku, dan minyak macadamia untuk kekal hidrat.

Jadi, kuku si manja anda bukan sekadar colour kuku dengan cantik malah semakin sihat dengan adanya kandungan-kandungan bermanfaat ini!

Apa yang kami suka :

  • Lulus percubaan dermatologi klinikal
  • Mempunyai sijil kelulusan dari Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA)
  • Mempunyai pilihan warna-warna terang kesukaan kanak-kanak
  • Mempunyai aroma manis

Girls World Nail Polish Set 

Pengilat Kuku Terbaik Tiada Bau

Anak Dah Pandai Berhias? 8 Pengilat Kuku Ini Selamat Untuk Kanak-kanak!

 

Semasa mengilat kuku anak perempuannya, Melanie Hurley menyedari bahawa titisan pengilat kuku tradisional yang digunakannya menghakis pinggan gabus yang dijadikan sebagai pelapik sehingga berlubang.

Terkejut dengan situasi tersebut, wanita ini mencari alternatif yang lebih selamat memandangkan anak-anaknya gemar menggunakan nail polish dengan mengasaskan jenama Piggy Paint.

Pengilat kuku dari Amerika Syarikat ini bebas toksik, berasaskan air, mudah ditanggal, tidak mempunyai bau, cruelty free, dan vegan.

Varian warnanya cukup menarik dan memiliki warna yang solid seperti pastel matte pink, bright purple glitter,neon coral shimmer, matte yellow dan sebagainya. Tidak hairanlah jika anak-anak terus tertarik untuk mengoles pengilat kuku ini untuk colour kuku.

Teksturnya lembut dan terus menutup kuku dalam satu kali olesan walaupun ia agak cair jika mahu dibandingkan dengan pengilat kuku dewasa.

Walaupun harganya agak mahal namun dengan jaminan keselamatan yang diberi, ibu pasti tidak kisah untuk menyediakan keperluan ini buat yang tersayang bukan?

Apa yang kami suka :

  • Sesuai untuk semua usia kanak-kanak
  • Walaupun anak memasukkan kuku yang dikilatkan ke dalam mulut, ia masih selamat
  • Colour kuku yang cepat kering
  • Bebas paraben dan alkohol
  • Jenama pilihan ibu bapa seluruh dunia

ShuShu & Sassy Water Nail Polish

Pengilat Kuku Terbaik Untuk Ibu dan Anak

Anak Dah Pandai Berhias? 8 Pengilat Kuku Ini Selamat Untuk Kanak-kanak!

Inginkan sesi manicure dengan anak anda? Kini anda boleh melukis kuku dan menghabiskan masa berkualiti ibu dan anak bersama-sama dengan menggunakan nail polish dari Korea Selatan ini.

Dijamin ibu sendiri akan tertarik melihat 16 pilihan warna yang cukup menarik.

Tidak perlu khuatir kuku anak menjadi kasar permukaannya kerana teksturnya yang sangat lembut dan dilengkapi dengan pelembap, kuku anak pun tidak menjadi kering atau kasar setelah colour kuku ditanggalkan.

Pengilat kuku untuk kanak-kanak ini dijamin selamat dan bebas paraben. Anda tidak perlukan pencuci pengilat kuku kerana ia boleh ditanggalkan dengan mudah.

Apa yang kami suka :

  • Tahan lama
  • Jenama kosmetik kanak-kanak yang dipercayai di Korea
  • Rekaan botol yang sangat comel
  • Menggunakan bahan-bahan semula jadi

Nailmatic Water-Based Nail Polish

Pengilat Kuku Terbaik 100% Bebas Toksik

Anak Dah Pandai Berhias? 8 Pengilat Kuku Ini Selamat Untuk Kanak-kanak!

Salah satu kebiasaan anak yang sukar untuk dihindari adalah menggigit kuku atau memasukkan jarinya ke dalam mulut.

Meskipun anda sudah melarangnya, kadang-kala anak tanpa sedar tetap melakukannya. Untungnya, nail polish ini menggunakan air sebagai bahan asasnya dan ianya selamat jika tidak sengaja tergigit oleh anak.

Dibuat di Perancis dan diuji secara dermatologi, pengilat kuku ini bebas daripada phthalates, formaldehyde, toluene dan pewangi.

Ia juga bebas daripada zarah nano dan didatangkan dalam pilihan warna kilauan dan pelangi yang sesuai dengan umur, tanpa warna merah seksi atau hitam gothic! Ibu boleh mencucinya dengan sabun dan air suam, atau gosok ketika sedang mandi.

Apa yang kami suka :

  • Pembungkusannya yang sangat menarik dan eco-friendly, sesuai dijadikan hadiah
  • Sesuai untuk kanak-kanak berkulit sensitif

Recipebox Kids Peel Off Nail Polish

Pengilat Kuku Terbaik Harga Berpatutan

Anak Dah Pandai Berhias? 8 Pengilat Kuku Ini Selamat Untuk Kanak-kanak!

Jika si kecil anda menjadikan aktiviti mengilat kuku sebagai hobi mereka, anda pastinya perlu menyediakan pelbagai pilihan warna pengilat kuku untuk mereka.

Jadi, pilihan terbaik buat mama adalah jenama Recipebox yang menawarkan set pengilat kuku pada harga yang cukup berpatutan!

Bukan sahaja murah, nail polish Malaysia ini juga berasaskan air dan bebas daripada kandungan merbahaya.

Pengilat kuku ini juga cepat kering dan ibu tidak perlu khuatir jika pengilat kuku yang menempel di kuku akan tergores atau melekat pada baju anak.

Saat anak sudah mulai bosan dengan warna yang digunakannya, ibu hanya perlu mengopek pengilat kuku ini untuk membuangnya, mudah kan?

Apa yang kami suka :

  • Kuku lebih berkilau selepas menggunakannya
  • Tahan lama dan warnanya yang menarik

I’m Pinky Kids Water-Based Peel Off Nail Polish

Pengilat Kuku Terbaik Jenama Global

Anak Dah Pandai Berhias? 8 Pengilat Kuku Ini Selamat Untuk Kanak-kanak!

Di Pinky Cosmetic, mereka menghasilkan produk kosmetik yang paling selamat dan menarik untuk si kecil malah sebahagian besar produk mereka padat dengan bahan-bahan semula jadi dan dengan bangganya memperoleh penarafan Hijau EWG.

Komitmen mereka adalah untuk membawakan anda barangan yang boleh dipercayai oleh ibu dan anak dengan sepenuh hati dan mendapat kepuasan mutlak.

Apa yang kami suka :

  • Pengilat kuku jenis peel-off
  • Bahan berasaskan air untuk meminimumkan kerosakan kuku
  • Cepat kering, mudah ditanggalkan dan tidak berbau
  • Tidak perlu penanggal pengilat kuku

Frozen Kids Nails Polish Peel Off

Pengilat Kuku Terbaik Karakter Kartun Kegemaran Kanak-Kanak

Anak Dah Pandai Berhias? 8 Pengilat Kuku Ini Selamat Untuk Kanak-kanak!

Seronoknya waktu bermain anak perempuan jika anda menyediakan pengilat kuku yang selamat untuk kanak-kanak. Dengan karakter kartun Frozen yang pastinya digemari anak, ibu boleh menyiapkan kerja rumah tanpa diganggu anak kerana mereka sibuk mewarna kuku mengikut kreativiti masing-masing!

Apa yang kami suka :

  • Karakter kartun yang comel digemari anak perempuan
  • Tidak mengandungi bahan berbahaya
  • Berasaskan air
  • Warna yang terang

MAXFINE Twins Pack Nail Polish Water Base

Pengilat Kuku Terbaik 2 Dalam 1

Anak Dah Pandai Berhias? 8 Pengilat Kuku Ini Selamat Untuk Kanak-kanak!

Ekspresikan diri anak anda melalui warna dengan koleksi pengilat kuku pek berkembar mini Maxfine yang akan memberikan kuku anak bersinar dengan warna menawan.

Mempunyai 50 set warna yang menarik perhatian yang sesuai dengan setiap mood, pakaian dan majlis. Dengan pelbagai warna merah, biru dan merah jambu, ini adalah set yang akan menampung keperluan anak sepanjang tahun melalui musim luruh, musim sejuk, musim panas dan musim bunga.

Apa yang kami suka :

  • Cepat kering
  • Tahan lama
  • Mudah ditanggalkan
  • Berasaskan air jadi selamat untuk anak

Perbandingan Harga

Jenama Kuantiti Harga/unit (RM) Harga/ml (RM)
Puttisu Water Pangpang Nail Polish 8 ml 68.00 8.50
Girls World Nail Polish Set  9.90 11.45
ShuShu & Sassy Water Nail Polish 5 ml 50.00 10.00
Nailmatic Water-Based Nail Polish 8 ml 46.00 5.75
Recipebox Kids Peel Off Nail Polish 10 ml 20.75 2.07
I’m Pinky Kids Water-Based Peel Off Nail Polish 42 g 24.75 0.59
Frozen Kids Nails Polish Peel Off 15.40
MAXFINE Twins Pack Nail Polish Water Base 4 ml x 2 1.60 0.80

Cara Kilatkan Kuku Si Manja

Sebelum ibu dan anak memulakan aktiviti mengilat dan mengecat kuku, pastikan anda melakukan beberapa perkara yang kami senaraikan di bawah agar dapat hasil colour kuku yang terang, cantik dan tahan lama. Mesti si manja berpuas hati!

1. Bersihkan kuku terlebih dahulu

Untuk hasil yang memuaskan, bersihkan terlebih dahulu kuku dengan nail polish remover atau rendam dengan air suam selama 5-10 minit supaya tidak ada sebarang kotoran yang masih tertinggal pada kuku. Selepas itu, skrub dengan lembut menggunakan bahan dapur seperti gula dan minyak zaitun. Jangan lupa untuk merapikan dan kemaskan kuku menggunakan pengetip kuku.

2. Buang sisa cuticle pada kuku

Perasan tak lebihan kulit pada bahagian tepi kuku? Itu dinamakan cuticle. Selepas anda rendam dan skrub secara tidak langsung ia melembutkan cuticle kuku. Apa yang perlu anda buat, buang cuticle dengan berhati-hati menggunakan pemotong kuku khas untuk cuticle. 

3. Teknik buff kuku dan base coating

Teknik buffing kuku ini amat penting untuk meratakan kuku. Mulakan menggosok dari bahagian tepi kuku hingga ke tengah kuku. Manakala, base coating pula membantu melicinkan kuku sebelum mengaplikasikan sebarang pengilat kuku. Dengan satu lapisan base coating sudah cukup! Selepas itu, biarkan ia kering seketika dan mulakan colour kuku anak.

4. Sapukan top coat supaya kuku tahan lama 

Top coat disapu selepas selesai mewarnakan kuku agar kuku kelihatan lebih tahan lama dan berkilat. Kemaskan kuku yang sudah diwarnakan dan buangkan lebihan sekiranya terdapat comot pada kulit kuku. 

Penjagaan Kuku Selepas Memakai Pengilat Kuku

Biasanya, apabila kuku si manja sudah diwarnakan atau dihiasi dengan ukiran yang cantik, pasti anak tidak berhenti melihat dan memegangnya berulang kali. Kemungkinan juga, anak jadi marah dan merajuk sekiranya mendapati warna kukunya sudah mula pudar dan tertanggal sedikit demi sedikit. 

Oleh itu, kami kongsikan beberapa penjagaan kuku yang mungkin ibu boleh ajarkan pada anak selepas memakaikan mereka pengilat kuku supaya pengilat kuku tahan lebih lama. 

1. Elakkan menyentuh bahan peluntur atau bahan pencuci

Kebanyakan bahan peluntur ataua bahan pencuci seperti sabun basuh pinggan akan menghakis dan merosakkan cat pada kuku jari kerana mengandungi kandungan SLS yang tinggi dan mempunyai buih yang padat. Oleh itu, semasa anak mandi, pastikan anda memandikannya atau menggalakan mereka menggunakan sarung tangan bagi mengelakkan sabun terkena tangan.

2. Sediakan sabun khas yang lembut pada kulit 

Jika anak ingin membasuh tangan, sediakan sabun khas untuk mencuci tangan supaya tidak menganggu colour kuku. Ini kerana, sabun khas lebih bersifat lembut dan kurang berbuih menjadikan warna kuku lebih terjaga dan tidak mudah luntur.

3. Jangan lupa pakaikan Top Coat

Top Coat membantu colour kuku bertahan lebih lama selama 1-2 minggu. Ia bukan hanya menambahkan kesan glossy pada kuku pemakai, malah kuku terjaga dan kekal rapi dan tidah mudah rosak walaupun selepas cat kuku tertanggal.

Tip Menjaga Kuku Anak

Anak Dah Pandai Berhias? 8 Pengilat Kuku Ini Selamat Untuk Kanak-kanak!

Kredit gambar: Pregnant Chicken

Kuku merupakan bahagian tubuh yang seringkali dilupakan, sedangkan di situlah paling besar interaksinya dengan dunia sekitar.

Kuman mudah menyelinap di celah-celah kuku dan menyebabkan pelbagai jenis penyakit jika masuk ke dalam perut. 

Disebabkan itulah ibu perlu selalu menjaga kebersihan si kecil anda dengan menitikberatkan beberapa hal penting ini:

1. Memotong pendek kuku

Kuku yang panjang mudah membawa kotoran dan lebih sukar untuk dibersihkan ketika mencuci tangan. Sebaiknya kuku dipotong pendek, tetapi tidak sampai terlalu pendek sehingga dekat dengan kulit jari halusnya. Dermatologis menyarankan agar membantu anak memotong kukunya hingga usia mereka 9 ke 10 tahun.

2. Hadkan penggunaan pengilat kuku

Pengilat kuku berpotensi merosakkan kuku anak apatah lagi jika digunakan selama beberapa hari secara berterusan dan tidak dibersihkan. Sebaiknya hadkan penggunaan pengilat kuku maksimum 2 kali dalam sebulan dan bersihkan setelah 2 hari pemakaiannya.

3. Menjaga kuku jari kaki

Kuku jari kaki yang kotor membuatkan bakteria senang membiak, bahkan menyebabkan bau kaki tidak enak, jadi ibu jangan abaikan kuku jari kaki juga ya?

Semoga segala informasi ini bermanfaat untuk ibu ayah!

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Bapa Pelik Anak Tiba-Tiba Suka Gigit Kuku, Rupanya Itu Tanda Dia Stres Dapat Adik

Baca juga:  Hukum Potong Kuku Ketika Haid Dalam Islam, Dibenarkan Atau Tidak?

Baca juga: Berdebarnya Bila Part Kena Potong Kuku Bayi, Salah Teknik Nanti Si Manja Boleh Cedera!