Selain Perubahan Hormon, Ini 7 Penyebab Payudara Sering Gatal Ketika Mengandung

undefined

Penyebab payudara gatal sering dialami oleh kebanyakan ibu mengandung. Ada yang mengatakan ia terasa sangat teruk sehingga perlu menyapu ubat jenis krim

Perjalanan kehamilan merupakan detik terindah setiap wanita yang bergelar ibu. Walau bagaimanapun, ‘pembawakan budak’ ini biasanya menyebabkan kemunculan pelbagai masalah kesihatan seperti penyebab payudara gatal, kulit menjadi kering dan alahan terhadap banyak perkara.

Tentu sahaja keadaan ini membuatkan ibu-ibu berasa kurang selesa, apatah lagi jika sedang berada di luar rumah. Namun percayalah, setiap anak yang dikandung memberikan pengalaman dan keunikan berbeza.

Penyebab payudara gatal ketika mengandung, adakah ibu patut risau?

payudara gatal

foto: idntimes

Kebanyakan ibu mungkin mengalami payudara gatal ketika hamil. Bermula dengan rasa gatal sedikit, kemudian semakin digaru bertambah parah. Sebenarnya, penyebab payudara gatal ini terjadi oleh beberapa faktor seperti:

#1. Penyebab payudara gatal akibat perubahan hormon

Hormon ibu mengandung akan mengalami turun naik yang tidak dapat diramalkan. Namun secara amnya, ia meningkat menjelang kelahiran bayi. Menurut Being Parent, hormon estrogen antara salah satu penyebab payudara gatal.

Ia membuatkan kulit pada bahagian payudara menjadi lebih sensitif dan cenderung mengalami kegatalan. Beberapa hormon lain juga mempengaruhi kelenjar peluh. Kulit yang menghasilkan lebih banyak peluh akan menyebabkan anda berasa tidak selesa dan gatal-gatal.

#2. Gatal payudara ketika hamil – alahan terhadap sabun atau pencuci

Ketika berbadan dua, ibu cenderung mengalami masalah kulit sensitif. Payudara boleh menjadi gatal akibat penggunaan bahan kimia dari sabun mandi atau pencuci yang berlebihan.

Sekiranya rasa gatal tidak hilang, anda dinasihatkan untuk tukar kepada sabun tanpa bahan kimia atau bersesuaian.

#3. Peningkatan aliran darah

gatal payudara

credit to sources

Seiring dengan ukuran payudara yang semakin membesar mengikut pertambahan usia kandungan, aliran juga akan meningkat. Ini sekaligus menyebabkan payudara ketika mengandung lebih sensitif, sakit dan gatal terutamanya pada puting.

Rasa gatal pada bahagian payudara ini sememangnya membuatkan anda tidak selesa. Paling menyedihkan ia menjadi semakin parah apabila ibu mengenakan baju dalam ketat.

#4. Masalah kulit yang meregang

Semakin bertambah besarnya perut ibu dan saiz janin dalam kandungan, kulit akan meregang agar bersesuaian dengan tubuh serta pertambahan berat badan ini. 

Ibu mungkin akan menyedari garis-garis kecil mula kelihatan di sekitar perut, pinggul, punggung dan payudara yang dikenali sebagai striae gravidarum.

Peregangan kulit ini sekaligus menimbulkan rasa gatal dan sensasi seperti terbakar.

#5. Ekzema

Ekzema yang terjadi ketika mengandung adalah masalah kulit biasa. Ia boleh muncul di payudara atau bahagian badan yang lain.

Disebabkan oleh rasa gatal, anda juga mungkin mengalami kulit kering, bersisik, tompokan merah dan lebam kecil yang timbul di sekitar payudara.

#6. Pruritic urticarial papules and plaques of pregnancy (PUPPP)

payudara gatal ketika hamil

credit to sources

Nama yang agak panjang dan sukar diingati, PUPPP ini adalah suatu keadaan gatal sukar dijelaskan semasa kehamilan sehingga mengakibatkan benjolan pada kulit.

Kegatalan ini boleh muncul sebagai bintik dan merebak dari perut ke payudara, paha dan punggung. Meskipun keadaan ini sangat membimbangkan, hingga kini doktor masih belum mengetahui apa yang menjadi penyebabnya.

#7. Gesekan dengan pakaian

Salah satu penyebab rasa gatal pada payudara ialah disebabkan oleh berlaku gesekan antara puting dengan pakaian. Iritasi kulit payudara akan terjadi apabila anda menggunakan baju dalam yang kurang sesuai atau agak ketat.

Sekiranya dibiarkan, ia boleh menyebabkan luka, puting pecah-pecah dan berdarah.

Cara mengatasi masalah payudara gatal

#1. Gunakan pelembap

Jangan kerap menggaru terlalu kuat di kawasan payudara. Cara untuk mengatasi rasa gatal ini bergantung kepada penyebabnya. Sekiranya anda mengalami ekzema, kami sarankan agar ibu menjaga kelembapan kulit dengan penggunaan pelembap.

Selain itu bagi mengelakkan berlaku gesekan antara payudara dan puting, ibu boleh menggunakan petroleum jelly.

#2. Elak sabun yang mengandungi pewangi

Ketika mengandung, ibu disaran memilih sabun dengan pH rendah dan elakkan jenis memiliki kandungan pewangi kerana ia boleh membuatkan kulit menjadi semakin kering dan gatal.

#3. Memiliki baju dalam yang sesuai

Elakkan penggunaan baju dalam yang memiliki cangkuk besi kerana ia boleh menghalang payudara untuk ‘bernafas’ dan sekaligus menyebabkan peluh berlaku lebih banyak.

Anda perlu menggunakan baju dalam yang selesa. Adalah lebih baik jenis nursing bra kerana ia boleh digunakan sehingga selepas bersalin.

Sumber: Healthline

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bahagian Faraj Gatal & Tidak Selesa? Ini Jenis Penyakit Kelamin Yang Anda Perlu Tahu

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!