5 Perkahwinan Artis Yang Digelar "Wedding Of The Year", Pasti Sukar Untuk Dilupakan!

Sebagai peminat, pasti kita sukar melupakan 5 "wedding of the year" ini, kan?

Perkahwinan merupakan momen terindah yang tidak dapat dilupakan oleh semua orang yang pernah melalui perjalanan manis itu. Begitulah juga dengan lima perkahwinan artis ini yang pernah menggemparkan dunia seni tanah air dengan kisah cinta mereka yang cukup indah bila dikenangkan.

Bukan tentang kisah cinta mereka sahaja, tetapi perincian busana perkahwinan mereka juga tampak gah, anggun dan cantik laksana seorang puteri kayangan turut menjadi inspirasi buat semua bakal-bakal pengantin. 

Mari kita selongkar keabadian cinta mereka sehingga mahligai indah itu berakhir di atas pelaminan idaman. Mana tahu ada bakal-bakal pengantin yang boleh ambil ia sebagai inspirasi!

5 perkahwinan artis yang tidak mungkin dilupakan peminat 

#1. Perkahwinan artis: Datuk Seri Siti Nurhaliza & Datuk Khalid Mohd Jiwa 

perkahwinan artis, perkahwinan rakan artis, perkahwinan, perkahwinan artis tempatan, perkahwinan artis popular, perkahwinan selebriti, perkahwinan pelakon, perkahwinan penyayi, perkahwinan datuk siti, perkahwinan izara, perkahwinan anzalna, che ta kahwin, shaheizy sam kahwin

Tanggal 21 Ogos 2006 adalah hari paling bahagia buat penyanyi nombor satu tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza kerana pada tarikh tersebut, beliau telah bernikah dengan jejaka pilihan hati iaitu Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa

Sehingga kini, hubungan dan perkahwinan mereka tetap utuh selepas 13 tahun hidup bersama dan cinta mereka dikuatkan lagi dengan kehadiran puteri comel yang diberi nama Siti Aafiyah Khalid.

Perkahwinan Datuk Seri Siti Nurhaliza pada masa itu hangat diperkatakan dek kerana beliau mengahwini seseorang yang berpangkat Datuk dan duda serta jarak umur yang sangat ketara. 

Namun apa yang pasti, beliau cukup bahagia dengan mahligai yang dibina itu dan perkahwinan mereka juga direstui kaum keluarga. 

#2. Perkahwinan artis: Rozita Che Wan & Zain Saidin 

perkahwinan artis, perkahwinan rakan artis, perkahwinan, perkahwinan artis tempatan, perkahwinan artis popular, perkahwinan selebriti, perkahwinan pelakon, perkahwinan penyayi, perkahwinan datuk siti, perkahwinan izara, perkahwinan anzalna, che ta kahwin, shaheizy sam kahwin

Sebelum berkahwin dengan Zain Saidin, dramatis Rozita Che Wan sering menjadi bualan para peminat dan media kerana kejelitaan wajah dan tubuh yang masih cantik dan bergetah meskipun umurnya telah menjangkau 40-an!

Menerusi laporan media pada masa itu, boleh dikatakan semua persiapan untuk majlis perkahwinan mereka sudah ada yang sudi menaja baik dari segi lokasi, makanan, pakaian dan sebagainya. Pendek kata, memang untung dan rezeki Che Ta! 

Terdahulu, Che Ta mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan sebelum ini dan kini memilih Zain Saidin sebagai jejaka pilihan untuk menjadi peneman hidupnya sehingga kini. 

Malah, perkahwinan Che Ta itu digelar “Wedding of the Year” kerana dikatakan tajaan perkahwinannya menelan belanja jutaan ringgit! 

#3. Perkahwinan artis: Anzalna Nasir & Hanif Zaki 

perkahwinan artis, perkahwinan rakan artis, perkahwinan, perkahwinan artis tempatan, perkahwinan artis popular, perkahwinan selebriti, perkahwinan pelakon, perkahwinan penyayi, perkahwinan datuk siti, perkahwinan izara, perkahwinan anzalna, che ta kahwin, shaheizy sam kahwin

Ingat tak lagi dengan gaun pengantin yang dipakai Anzalna Nasir semasa perkahwinannya? 

Hal ini kerana, perkahwinan Anzalna yang bertemakan Royal British – Fairytale itu menjadi perbualan hangat di kalangan artis dan peminat. 

Kalau anda nak tahu, gaun pengantin tersebut diilhamkan daripada patung Barbie Mariposa yang menjadi viral di laman sosial dan mendapat perhatian pereka di luar negara. 

Barbie Mariposa adalah watak kartun iaitu patung perempuan yang mempunyai sayap rama-rama yang berwarna warni dan gaun yang dipakainya diperbuat dari sayapnya sendiri yang kelihatan seolah kelopak bunga. 

Sebab itu, Anzalna nampak anggun dengan busana yang digayakan itu persis bidadari syurga! 

#4. Perkahwinan artis: Izara Aishah & Adib Khalid 

perkahwinan artis, perkahwinan rakan artis, perkahwinan, perkahwinan artis tempatan, perkahwinan artis popular, perkahwinan selebriti, perkahwinan pelakon, perkahwinan penyayi, perkahwinan datuk siti, perkahwinan izara, perkahwinan anzalna, che ta kahwin, shaheizy sam kahwin

Aktres jelita, Izara Aishah selamat bergelar isteri kepada Muhammad Adib Khalid yang juga anak tiri penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza. 

Malah, percintaan mereka juga tidak disembunyikan dan sering memuat naik gambar bersama di laman sosial Instagram. 

Namun, apa yang lebih menarik tentang majlis pernikahan Izara adalah kerudung atau veil yang dipakai semasa upacara pernikahan itu berlangsung.

Menurut pereka kerudung berkenaan Datuk Rizalman, Izara meminta menghasilkan sesuatu yang unik dengan elemen budaya untuk majlis pernikahan itu maka beliau menerapkan unsur  future classic. 

Terdahulu, kerudung yang dipakai itu dikritik netizen kerana kelihatan seperti roti tisu (keras dan sukar dibentuk). 

Namun, Rizalman tetap mempertahankan hasil rekaannya itu dan mengatakan ia adalah ilham daripada kain songket keras yang digunakan untuk menutup kepala pada zaman Di Raja dahulu. 

Walau bagaimanapun, rekaan kerudungnya itu mendapat peminat dari luar negara yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang kerudung tersebut. Apa yang pasti, Izara selesa dan berpuas hati dengan hasil kerja Rizalman itu. 

#5. Perkahwinan artis: Shaheizy Sam & Syatilla Melvin 

perkahwinan artis, perkahwinan rakan artis, perkahwinan, perkahwinan artis tempatan, perkahwinan artis popular, perkahwinan selebriti, perkahwinan pelakon, perkahwinan penyayi, perkahwinan datuk siti, perkahwinan izara, perkahwinan anzalna, che ta kahwin, shaheizy sam kahwin

Pasangan sejoli ini memang sangat pandai cover line tentang percintaan mereka hingga sukar dihidu oleh media tempatan.

Malah mereka juga jarang mengambil gambar bersama atau meluahkan isi hati dan perasaan berbunga-bunga di laman Instagram masing-masing sehinggalah pengumuman yang mereka bakal mendirikan rumah tangga. 

Apa yang lebih hebat, perkahwinan mereka ditaja hampir mencecah RM25 juta dan tentunya perkahwinan itu digelar Wedding of The Year! 

Menurut Sam, beliau terkejut apabila dimaklumkan mengenai penajaan tersebut yang sudi menaja perkahwinannya dengan Syatilla Melvin. Kini, mereka bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi. Tahniah! 

Kami di theAsianparent Malaysia mendoakan kebahagiaan kesemua pasangan ini hingga ke akhir hayat. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit gambar: Says.com, Beautiful Nara, EH, Bh Harian, mStar 

Baca juga:

https://my.theasianparent.comperkahwinan-artis-bollywood

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!