X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Tak Sangka Kisah Cinta Aishwarya Rai & Abhishek Bachchan Ini Sebiiji Macam Filem Bollywood!

5 min bacaan
Tak Sangka Kisah Cinta Aishwarya Rai & Abhishek Bachchan Ini Sebiiji Macam Filem Bollywood!

Kisah cinta Aishwarya Rai ini mirip dengan tema filem Bollywood yang disaksikan di kaca TV. Ia penuh dengan pahit manis sebelum bernikah dengan Abhishek.

Kisah cinta Aishwarya Rai dan Abhishek Bachchan tentu menarik perhatian ramai. Apatah lagi sebelum menikah, keduanya sudah memiliki kekasih masing-masing dengan hubungan yang cukup serius.

Bahkan hubungan dulu itu sudah ada desas-desus tentang pernikahan! Namun, tidak ramai yang tahu Aishwarya dan Abhishek akhirnya telah berkahwin setelah hubungan dengan kekasih masing-masing terkandas di tengah jalan. 

Kisah cinta Aishwarya Rai dan Salman Khan

kisah cinta aishwarya rai salman khan

Kredit: theAsianparent Indonesia

Sebelum berkahwin dan berbahagia dengan Abhishek, Aishwarya perlu melalui jalan yang panjang dan penuh kepahitan. Beliau mengalami saat pahit manis ketika bersama dengan Salman Khan.

Aishwarya dan Salman mulai rapat ketika mereka terlibat dalam filem Hum Dil De Chuke Sanam pada tahun 1999.

Semasa bersama, Aishwarya rapat dengan keluarga Salman, namun keluarga Aishwarya sendiri secara terang-terangan tidak menyetujui hubungan mereka.

India Today  melaporkan, Salman mulai menunjukkan perilaku kasar terhadap Aishwarya kerana Miss World 1994 tersebut menolak ajakannya untuk berkahwin. Ketika itu, Aishwarya masih mahu fokus pada kerjayanya dalam dunia seni.

Pada tahun 2001, hubungan mereka mulai renggang. Setahun kemudian, Aishwarya mengumumkan kepada media bahawa dia dan Salman tidak lagi bersama.

Salman tidak dapat menerima keputusan yang dibuat oleh Aishwarya. Dia mula mengganggu Aishwarya dengan datang ke rumah bekas kekasihnya itu tanpa diundang.

Bahkan, Salman menuduh Aishwarya mempunyai hubungan dengan Shahrukh Khan yang ketika itu sedang terlibat dengan projek filem bersama Aishwarya.

Tidak cukup dengan itu, Salman turut datang ke lokasi filem Chalte Chalte dan membuat kacau sehingga Aishwarya terpaksa digugurkan dari filem dan digantikan oleh Rani Mukherji.

Akan tetapi, semua usaha Salman Khan untuk membuatkan Aishwarya kembali bersamanya gagal.

Bahkan hingga kini, Aishwarya tidak pernah menerima tawaran filem yang menggandingkan dirinya dengan Salman Khan.

Sementara itu, hingga saat ini, Salman belum juga meninggalkan statusnya sebagai  orang bujang, meskipun sering bertukar ganti kekasih.

Artikel yang berkaitan: Ingin jadi ayah tapi taknak kahwin, Salman Khan buat ini agar dapat anak

Kisah cinta artis Bollywood Abhishek Bachchan dengan Kharisma Kapoor

kisah cinta abhishek bachchan karisma kapoor

Kredit: theAsianparent Indonesia

Sebelum berkahwin dengan Aishwarya Rai pula, Abhishek telah berkasih dengan Kharisma Kapoor dan berniat untuk bernikah dengannya.

Mereka bertemu buat pertama kali di majlis perkahwinan saudara Abhishek, iaitu Sweta Bachchan pada 1997.

Sejak itu, keduanya menjadi rapat hingga memutuskan untuk menjalin hubungan cinta. Mereka bersama selama 5 tahun sebelum akhirnya mengumumkan pertunangan mereka pada 2002.

Akan tetapi, pernikahan di antara keduanya tidak pernah terjadi. Ada berbagai sebab yang dilaporkan yang menjadi punca kegagalan pernikahan mereka.

Salah satu media melaporkan, penyebabnya adalah keluarga Bachchan sendiri yang meminta Kharisma untuk berhenti jadi artis setelah menikah dan hal ini tidak dipersetujui oleh Kharisma Kapoor.

Namun, Jaya Bachchan menafikan yang dia dan suami bertanggung jawab atas kegagalan rancangan pernikahan Abhishek.

Sementara itu, Cosmopolitan menyebut, hubungan cinta Kharisma Kapoor dan Abhishek gagal disebabkan masalah kewangan.

Dan muncul lagi laporan bahawa pernikahan itu dibatalkan kerana Abhishek tidak mahu memenuhi permintaan Kharisma yang ingin tinggal di rumah sendiri setelah berkahwin.

Kisah cinta Aishwarya Rai dengan Abhishek Bachchan

kisah cinta aishwarya rai abhishek bachchan

Kredit: theAsianparent Indonesia

Aishwarya Rai dan Abhishek Bachchan telah lama berkawan dan sering bertemu. Bahkan ketika kedua-duanya sudah memiliki kekasih, mereka masih berkawan baik.

Stories Rakan Kongsi
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!

Apabila terlibat dalam beberapa projek filem yang membuatkan mereka sering bertemu, akhirnya benih-benih cinta mula tersemai. Terutamanya, setelah mereka putus dengan pasangan masing-masing!

Dari laman Bollywood Shaadis, tahun 2006-2007 adalah titik permulaan dalam kehidupan cinta mereka. Keduanya terlibat dalam tiga projek filem sekaligus. Hubungan mereka semakin kuat.

Dan akhirnya, Abhishek melamar Aishwarya Rai di New York ketika sedang mempromosikan filem Guru yang mereka bintangi.

Lamaran tersebut diterima dan keduanya bertunang pada 14 Januari 2007. Namun, banyak laporan yang menyatakan mereka tidak cocok.

Apalagi ketika itu, chemistry Aishwarya dengan Hrithik Roshan terlalu kuat dalam filem Dhoom 2 yang membuatkan peminat Bollywood berasa ragu dengan hubungan Aishwarya dan Abhishek.

Akan tetapi, keduanya tidak goyah. Aishwarya dan Abhishek menikah pada 20 April 2007. Anak pertama mereka, Aaradhya, lahir 4 tahun kemudian, pada 16 November 2011.

Aishwarya Rai kemudiannya menyepi seketika daripada dunia hiburan untuk membesarkan puterinya itu. Namun kini, setelah anaknya cukup besar, Aishwarya kembali menerima tawaran filem.

Pengajaran dari kisah cinta Aishwarya Rai dan Abhishek Bachchan

keluarga aishwarya rai

Kredit: Hindustantimes.com

Mengapakah kami menulis tentang kisah cinta Aishwarya Rai dan Abhishek Bachchan ini?

Kami merasakan ada pengajaran buat kita semua di sebalik kisah percintaan yang panjang ini. Kemesraan Aishwarya dan Abhishek tidak pernah pudar meskipun sudah 10 tahun lebih mereka berkahwin.

Bahkan Jaya Bachchan juga sangat menyayangi dan berasa bangga dengan menantunya itu. Dalam berbagai temuramah, dia selalu mengatakan yang Aishwarya adalah menantu yang baik dan boleh menyesuaikan diri dengan tradisi keluarga.

Liku kisah cinta artis Bollywood yang satu ini membuatkan kita belajar bahawa kadangkala, kita perlu menempuh jalan yang panjang dan menyakitkan untuk memperoleh kebahagiaan.

Kebahagiaan dalam rumah tangga memerlukan usaha dan kerjasama dari kedua-dua pasangan suami isteri.

Malah, hubungan rapat dengan ibu dan ayah mertua perlu dibentuk kerana ia menjadi tiang sokongan dalam kehidupan berumah tangga.

Bagaimana pula dengan kisah cinta anda? Adakah ia juga umpama jalan cerita Bollywood?

 

 

 

 

Terjemahan daripada theAsianparent Indonesia

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Rahsia Kebahagiaan 35 Tahun Shah Rukh Khan Dan Gauri Bersama

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noor

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • Tak Sangka Kisah Cinta Aishwarya Rai & Abhishek Bachchan Ini Sebiiji Macam Filem Bollywood!
Kongsikan:
  • Amitabh Bachchan akhirnya berkongsi apa yang dia rasakan tentang adegan panas menantu Aishwarya

    Amitabh Bachchan akhirnya berkongsi apa yang dia rasakan tentang adegan panas menantu Aishwarya

  • Cantik Bak Ibunya – Anak Aishwarya Rai Berjalan Catwalk di Airport Sambil Diperhati Ibu

    Cantik Bak Ibunya – Anak Aishwarya Rai Berjalan Catwalk di Airport Sambil Diperhati Ibu

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Amitabh Bachchan akhirnya berkongsi apa yang dia rasakan tentang adegan panas menantu Aishwarya

    Amitabh Bachchan akhirnya berkongsi apa yang dia rasakan tentang adegan panas menantu Aishwarya

  • Cantik Bak Ibunya – Anak Aishwarya Rai Berjalan Catwalk di Airport Sambil Diperhati Ibu

    Cantik Bak Ibunya – Anak Aishwarya Rai Berjalan Catwalk di Airport Sambil Diperhati Ibu

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.