Perkara Membahayakan Bayi Baru Lahir: Elak 4 Perkara Ini
Kami mendapat skop tentang mereka mungkin tidak memberitahu anda segalanya di hospital.
Bayi sentiasa membawa kebahagiaan dan kegembiraan. Namun, terlalu banyak perkara membahayakan bayi baru lahir yang perlu anda ambil peduli.
Penting untuk kita tahu apa yang kita patut lakukan kepada bayi baru lahir supaya dia selamat dan sihat.
Perkara Membahayakan Bayi Baru Lahir: Tidur meniarap
Perkara membahayakan bayi baru lahir mungkin wujud dalam rutin paling kerap dilakukan, iaitu tidur. Kebanyakan bayi baru lahir meninggal di dalam tidur akibat dari persekitaran yang tidak selamat. Sebahagian dari kematian ini disebabkan terperangkap, lemas, dan tercekik. Ada juga yang meninggal akibat sindrom kematian bayi secara mengejut (sudden infant death syndrome (SIDS)).
Tetapi ada cara bagaimana ibu bapa boleh membantu bayi mereka tidur dengan selamat. The American Academy of Pediatrics mencadangkan bayi yang sihat diletakan baring secara terlentang, kerana ini posisi paling selamat untuk bayi tidur.
Beri bayi anda meniarap apabila dia sedar. Ini akan membantu menguatkan lagi otot leher dan mengelak kepala leper. Sentiasa berada di sisi bayi anda ketika dia meniarap dan pastikan dia tidak tidur.
Membenarkan sesiapa sahaja mencium bayi anda
Cuba fikir sejenak tentang segala jenis bakteria dan kuman yang akan terdedah pada bayi anda. Semasa minggu pertama kehidupan bayi anda, ini boleh membawa masalah yang serius kepadanya.
Mencium, memegang dengan tangan yang tidak dibasuh, ini boleh membawa kepada penyakit yang tidak diingini. Sistem imun badan mereka belum bersedia untuk melindungi badan mereka dari sakit.
Dengan sopan, minta pelawat untuk tidak mencium anak anda dan mencuci tangan mereka sebelum memegangnya. Jika mereka tidak sihat, pinta mereka datang kemudian. Anda mungkin rasa anda sedang menjadi ibu yang cerewet, tetapi ini bukanlah masa yang sesuai untuk anda mengambil risiko.
Membiarkan lampin kotor terlampau lama
Ini bukan berbunyi seperti tidak patut di senaraikan, tapi ia perlu di tekankan. Mereka mungkin kecil, tetapi bayi baru lahir akan membuang air kecil dan besar lebih kerap dari bayi berusia 6 bulan. Periksa lampin bayi anda dengan kerap dan pastikan ia bersih, selesa dan jika perlu ditukar. Ini juga akan membantu mengelak ruam lampin.
Memakaikan pakaian yang melampau
Bayi anda mungkin kelihatan seperti sejuk, tetapi jangan pakaikan pakaian yang terlampau ekstrem untuknya. Pakaian yang berlebihan boleh menyebabkan demam dan dehidrasi jika anda tidak berhati-hati. Pakaikan bayi anda mengikut lapisan supaya senang untuk menambah atau membuka pakaiannya untuk memastikan suhu sesuai.
Bayi yang dipakaikan terlalu banyak lapisan (selimut atau pakaian) mempunyai risiko terlampau panas dan SIDS yang lebih tinggi.
Baca juga:
10 Perkara Tentang Bayi Baru Lahir Yang Selalu Buat Ibu Ayah Risau, Hakikatnya Ia Normal