10 Sifat Ibu Hamil Yang Sebenarnya Tidak Perlu Anda Rasa Bersalah Apabila Terjadi!

undefined

Apabila wanita hamil, bermulalah beberapa perubahan yang berlaku pada emosi dan tubuh anda. Tambahan lagi, anda mungkin mengalami alahan yang teruk yang menyebabkan anda tidak suka bergaul atau tidak yakin pada diri sendiri. Mungkin anda terfikir, apa pula kata orang lain?

Apabila hamil, ada beberapa sifat ibu hamil yang mungkin ramai yang akan perasan. Tetapi perkara semulajadi ini boleh membuatkan wanita hamil rasa bersalah pula!

Kehamilan merupakan satu fasa atau tempoh di mana seorang wanita akan melalui bermacam-macam jenis perubahan. Dari perubahan luaran iaitu fizikal hinggalah yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar iaitu hormon dan emosi.

Fasa hamil bukanlah satu fasa yang mesti sempurna tanpa sebarang cela. Malah bukan juga satu fasa di mana kita harus sentiasa rasa bersalah dengan ‘perubahan’ semasa hamil.

10 Sifat Ibu Hamil Yang ‘Semulajadi’, Anda Tidak Perlu Rasa Bersalah

Berikut adalah 10 perkara yang wanita hamil sering kali rasa bersalah namun sebenarnya mereka tidak perlu rasa sedemikian.

1. Tidak Menghadiri Jemputan

sifat ibu hamil

Foto: MedGuidance

Majlis keramaian bermakna akan ada ramai orang dan pelbagai jenis hidangan. Adalah normal untuk wanita hamil tidak dapat hadir kerana faktor kesihatan.

Deria bau wanita hamil adalah jauh lebih sensitif dari normal. Dan disebabkan ini, mereka mudah pening atau ‘mabuk’ dengan sesetangah bau. Malah, ada juga yang tidak dapat tahan bau minyak wangi atau hidangan yang disediakan.

Disebabkan inilah, mereka yang sedang hamil sering kali tidak dapat hadir ke majlis-majlis. Bagi mengelakkan alahan semasa hamil menjadi lebih teruk.

2. Menjadi Terlalu Sensitif

Menghadapi perubahan hormon dan fizikal secara berterusan dan serentak bukanlah sesuatu yang mudah. Perasaan marah, gembira, sedih, gelisah pasti akan datang silih-berganti.

Menjadi terlalu sensitif tidak dapat dinafikan semasa badan sedang mengalami ini semua. Ia sesuatu yang tidak dapat dijelaskan melainkan anda mengalaminya sendiri.

3. Cerewet Dengan Makanan

Tidak semua orang faham mempunyai deria rasa yang terlalu sensitif sehingga tidak boleh makan pelbagai jenis makanan. Malah, tidak semua wanita hamil mengalaminya. Tetapi bagi yang mengalaminya, mereka sendiri tidak minta untuk rasa seperti itu. Ia bukanlah satu perasaan yang menyeronokan apabila susah mencari makanan yang kena dengan selera.

4. Kurang Mesra Dengan Pasangan

Perubahan hormon bukanlah sesuatu yang boleh dikawal sepenuhnya ketika hamil. Kurangnya hormon yang meningkatkan rasa ingin bersama pasangan memang kerap terjadi. Jadi anda jangan rasa bersalah dengan pasangan anda, terangkan apa yang anda rasa, si dia pasti faham.

5. Sentiasa Rasa Tidak Selesa

Mana mungkin akan rasa selesa dengan perubahan fizikal yang ketara. Kaki membengkak, perut semakin membesar, badan menjadi berat. Sering kali rasa tidak selesa adalah normal.

6. Tidak Mempunyai ‘Perut’ Yang Sempurna

wanita hamil

Foto: Huffington Post

Sempurna adalah subjektif. Bagaimana anda melihat dan menerima diri anda, itulah sebenarnya sempurna yang sebenar. Setiap jalur tanda rengangan (strech mark) pada badan adalah bukti kasih sayang tanpa berbahagi untuk bayi anda. Apa yang lebih sempurna dari ini?

7. Rasa Serik Untuk Hamil Lagi

Saya yakin, hampir semua wanita merasai saat ini ketiga melalui hari-hari yang sukar. Namun, semuanya hilang apabila dapat melihat sekecil lahir dengan selamat.

8. Rasa Teruja Ingin Mengetahui Jantina Kandungan

sifat ibu hamil

Jangan sesekali rasa bersalah dengan keinginan ini. Biarpun anak pertama, kedua atau seterusnya. Sebagai ibu pastinya kita akan lebih teruja untuk mengetahui jantina kandungan kita.

9. Tidak Mengambil Suplemen Tambahan

10 Sifat Ibu Hamil Yang Sebenarnya Tidak Perlu Anda Rasa Bersalah Apabila Terjadi!

Bukan semua wanita hamil boleh menelan pelbagai jenis pil. Malah ada yang akan muntah-muntah. Pastinya anda menggantikan keperluan vitamin itu dengan sumber makanan yang boleh diterima selera.

10. Mengidam

10 Sifat Ibu Hamil Yang Sebenarnya Tidak Perlu Anda Rasa Bersalah Apabila Terjadi!

Ini adalah sesuatu yang sangat sinonim dengan wanita hamil, mengidam! Ya! Kadang-kala ketika hamil, kita akan terlebih menggemari sesuatu. Contohnya, sangat menyukai makanan yang masam atau manis.

Bukan semua yang hamil akan mengalami semua pengalaman ini. Namun, pasti ada yang mengalaminya. Jangan rasa bersalah kerana melalui ini semua.

Pastinya pasangan dan rakan-rakan faham dengan ‘keadaan’ kita. Ianya normal dan bukanlah satu kesalahan. Jadi berhenti rasa bersalah dan nikmati fasa kehamilan anda.

Anda mungkin juga berminat dengan artikel-artikel ini:

Jika anda hamil, JANGAN makan gula-gula ini

4 cara mengatasi masalah stretchmarks ketika anda hamil

Manfaat madu untuk ibu hamil dan janin

Habbatusawda, adakah ia selamat untuk wanita hamil?

Bergaya tanpa belanja yang besar ketika hamil

Sumber: Parents, Rompers, Very Well

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!