Anak Boleh Buat Keputusan Sendiri Antara Perkembangan Anak Umur 5 Tahun 10 Bulan!

Anak anda semakin bijak memikirkan solusi dalam perkembangan anak umur 5 tahun 10 bulan. Dia juga boleh berfikir baik dan buruk dalam membuat keputusan.

Pada usia 5 tahun 10 bulan, anak anda sekarang sudah cukup yakin untuk membuat keputusan sendiri. Apa lagi yang ibu bapa perlu tahu tentang perkembangan anak umur 5 tahun 10 bulan?

Berikut kami senaraikan apa yang ibu bapa perlu jangka tentang perkembangan anak pada usia ini.

Perkembangan Anak Umur 5 Tahun 10 Bulan: Perkembangan Fizikal 

Perkembangan anak 5 tahun 10 bulan

  • Menggenggam pen atau pensil menggunakan tiga jari
  • Menulis nama sendiri
  • Meniru bentuk dengan bensil
  • 1 atau 2 gigi susu mungkin longgar dan jatuh
  • Mengayuh basikal 
  • Melompat
  • Berdiri atas satu kaki dengan mata tertutup untuk beberapa saat
  • Menendang bola
  • Menggunting dan melekatkan bentuk ke atas kertas

Tips Untuk Ibu Bapa

  • Beri masa untuk anak anda bermain setiap hari
  • Galakkan anak anda untuk menolong anda dalam kerja rumah
  • Hadkan masa bermain permainan video, komputer dan menonton TV.
  • Masukkan anak anda ke kelas berenang, tarian atau bola sepak.
  • Jangan menggoncang atau memukul anak anda

Bila Anda Perlu Berjumpa Dengan Doktor 

Jika anak anda:

  • Hilang kemahiran yang pernah dipelajari
  • Tak boleh menggenggam pen atau pensil dengan betul
  • Tidak menunjukkan minat kepada huruf-huruf atau menulis nama sendiri
  • Kerap terjatuh apabila sedang aktif
  • Mengalami kesukaran melihat atau mendengar

Perkembangan Kognitif

Tumbesaran anak 5 tahun 10 bulan

  • Faham konsep nombor dan boleh kira sampai 20
  • Kenal pasti warna utama
  • Tahu perbezaan antara siang dan malam, kiri dan kanan.
  • Boleh tengok jam dan kenal pasti waktu
  • Mengulang tiga nombor ke belakang
  • Kenal huruf-huruf dengan baik
  • Membaca beberapa kata penglihatan
  • Fokus kepada sesuatu aktiviti selama 10 – 15 minit
  • Bertanya soalan dan menjawab soalan
  • Faham konsep betul dan salah serta sebarang peraturan

Tips Untuk Ibu Bapa

  • Dapatkan anak anda kad perpustakaan supaya mereka boleh selalu melawat dan meminjam buku.
  • Bawa anak anda berjalan dalam alam sekitar dan melawat muzium serta zoo.
  • Ajak anak anda membuat kek bersama-sama
  • Galakkan anak anda sertai sukan berkumpulan seperti bola sepak

Bila Anda Perlu Berjumpa Dengan Doktor 

Jika anak anda:

  • Mengalami kesukaran mengikut arahan yang mudah
  • Gagal mengira sampai 20
  • Gagal kenal pasti huruf-huruf
  • Tidak menunjukkan sebarang minat untuk belajar benda baru

Perkembangan Sosial dan Emosi

Hubungan sosial anak 5 tahun

  • Meminta maaf apabila membuat sala
  • Kurang agresif
  • Suka berkawan dengan orang baru, berkongsi dan mengambil giliran. Sering bermain dengan rakan sama jantina
  • Faham konsep jantina dan mungkin lebih rapat dengan orang dewasa yang sama jantina
  • Mula menipu tapi ia normal

Tips Untuk Ibu Bapa

  • Benarkan anak anda membuat keputusan sendiri tentang sukan dan mainan.
  • Aturkan temu janji untuk anak dan rakan-rakan mereka bermain bersama
  • Masukkan anak anda ke dalam aktiviti berkumpulan
  • Ajar anak anda tentang alat sulit di tubuh badan dan bahaya berinteraksi dengan orang asing
  • Tunjukkan contoh yang baik kepada anak anda. Hormat orang lain dan tunjukkan empati.

Bila Anda Perlu Berjumpa Dengan Doktor 

Jika anak anda:

  • Menunjukkan emosi yang melampau, menjadi ganas dan tantrum kerap.
  • Tak nak bermain dengan kanak-kanak lain, dan sentiasa sedih
  • Masih terkencing di dalam seluar pada waktu siang
  • Mengalami kesukaran jatuh tidur atau tidur sepanjang malam

Perkembangan Bahasa dan Komunikasi

  • Kenal lebih daripada 2,000 perkataan
  • Boleh bercakap dalam ayat penuh
  • Faham jenaka dan boleh berjenaka dengan orang lain

perkembangan komunikasi anak 70 bulan

Tips Untuk Ibu Bapa

  • Membaca kepada anak anda. Bawa anak anda ke perpustakaan atau kedai buku. Benarkan anak anda memilih buku yang ingin dibaca.
  • Berbual dengan anak anda menggunakan ayat penuh dan perkataan yang sering orang dewasa gunakan.

Bila Anda Perlu Berjumpa Dengan Doktor 

Jika anak anda:

Perkembangan Nutrisi

perkembangan nutrisi anak 5 tahun

  • Anak anda memerlukan 1200-2000 kcal sehari dan air masak yang cukup. 

Jumlah sajian yang dicadangkan: 

  • 3 – 5.5 auns protein
  • 1 – 2 cawan buah-buahan
  • 1.5 – 2.5 cawan sayur-sayuran
  • 4 – 6 auns bijirin
  • 2.5 cawan susu

Vaksin dan Penyakit Kerap

Pada usia ini, anak anda telah lengkap mendapat perlindungan vaksin sepenuhnya. 

Penyakit yang kerap berlaku di usia begini adalah seperti selsema, flu dan juga jangkitan penyakit kaki, tangan dan mulut.

Bila Anda Perlu Berjumpa Dengan Doktor

Jika anak anda:

  • Demam panas dengan suhu lebih 39 celcius
  • Muntah-muntah atau cirit birit lebih daripada dua hari
  • Mempunyai kesan lebam di tubuh badan
  • Anak anda mengadu tentang sebarang kesakitan

Baca juga:

Anak Terlalu Nak Tahu Sesuatu, Adakah Ia Sebahagian Dari Perkembangan Anak Umur 4 Tahun 2 Bulan?

 

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!