Bayi Cuma Tahu Bernafas Melalui Hidung, Jika Terlalu Laju Ia Tanda Tidak Normal & Bahaya

undefined

Sebenarnya ramai tidak tahu bahawa pernafasan bayi berlaku pada bahagian hidung sahaja. Jika si manjaa jatuh sakit, laluan pernafasan ini akan tersumbat

Bagi anda yang baru bergelar ibu ayah, pastinya kehadiran cahaya mata pertama memberikan pelbagai pengalaman baru mengujakan. Selain menguruskan si manja, anda perlu juga mengetahui gaya pernafasan bayi yang normal bagi mengelakkan berlaku sebarang masalah lain.

Sistem ketahanan tubuh bayi tidak sama dengan orang dewasa. Sebab itulah anda akan menyedari bahawa bayi dan kanak-kanak amat mudah terdedah diserang pelbagai penyakit.

Pernafasan bayi normal dan tidak normal

Menurut perkongsian oleh pegawai paediatrik, Redza Zainol, bayi ialah nasal breather iaitu si manja hanya tahu bernafas melalui hidung sahaja.

Apabila pertambahan usia dan bayi semakin besar, barulah dia akan belajar untuk bernafas dengan baik melalui mulut. Sebab itulah apabila si manja terkena jangkitan selesema mahupun batuk, mereka akan meragam teruk kerana tidak dapat bernafas seperti biasa.

Bayangkan satu-satunya laluan pernafasan mereka sudah tersumbat. Untuk bayi pramatang, masalah hidung tersumbat boleh menyebabkan mereka berubah menjadi kebiruan dan berhenti bernafas serta-merta.

Namun ibu ayah boleh menggunakan 3 cara ini untuk melegakan masalah pernafasan bayi seperti selesema atau hidung tersumbat:

#1. Guna Normal Saline Nasal Drop

masalah pernafasan bayi

Boleh masukkan 1 titisan nasal drop ini pada setiap lubang hidung bayi setiap 3-6 jam.

#2. Nasal spray seperti Sterimar

bayi bernafas laju

Selepas ibu ayah menggunakan semburan ini, anda akan mendapati hingus bayi akan mula meleleh keluar.

Pastikan anda mengunakan tisu basah bagi mengelap semua hingus dan baki yang masih ada di dalam hidung boleh disedut keluar menggunakan baby nasal aspirator.

#3. Penggunaan baby nasal aspirator

gaya pernafasan bayi

Alatan ini terdiri dalam pelbagai bentuk. Ibu ayah perlu menyediakan sekurang-kurangnya satu di rumah. Apabila hidung sudah tidak tersumbat, barulah bayi akan rasa lega dan dapat tidur dengan nyenyak.

Gaya pernafasan bayi laju, adakah anda perlu risau?

Perkongsian di Twitter oleh Dr. Nimelesh, ibu ayah wajib tahu sekiranya anda melihat beberapa keadaan pernafasan bayi tidak normal dan sangat berbeza daripada biasa, dinasihatkan untuk segera ke hospital ataupun klinik terdekat.

Menurut beliau, ia merupakan tanda amaran berlakunya masalah yang melibatkan peningkatan dalam kadar pernafasan bayi dan penggunaan otot-otot pernafasan (accessory muscle).

Tanda-tanda ini tidak hanya berlaku terhadap anak kecil yang mengalami penyakit asma sahaja, malah turut menyerang masalah pada salur pernafasan seperti bronchioitis, radang paru-paru dan lain-lain.

#1. Tachypnea (kadar pernafasan laju dari kebiasaan)

Bagi bayi yang berusia bawah 2 bulan, tachypnea dianggap sebagai kadar pernafasan yang melebihi lebih 60 kali dalam seminit.

Biasanya, bayi yang baru lahir mengambil 30-60 nafas seminit. Ia boleh menjadi perlahan hingga 20 kali seminit semasa mereka tidur. Pada usia 6 bulan pula, bayi bernafas sekitar 25 hingga 40 kali dalam tempoh seminit. 

#2. Recessions

pernafasan anak

credit to sources

Apabila anak bernafas, ibu ayah perlu berikan perhatian pada bahagian tepi dada dan tulang rusuk. Sekiranya kelihatan seperti otot timbul tenggelam, ia adalah amaran respiratory distress.

#3. Grunting

Bunyi ini akan didengari semasa bayi cuba untuk menghembus nafas dan diikuti dengan tanda-tanda nafas laju yang lain.

#4. Nasal flaring

Ibu ayah perlu tahu bawa bayi 2 bulan hingga 1 tahun akan mengalami gaya pernafasan lebih 50 kali dalam seminit. Manakala, kanak-kanak 1 hingga 5 tahun pula bernafas melebihi 40 kali seminit.

Jika anda melihat lubang hidung si manja semakin membesar semasa bernafas, ia adalah tanda yang tidak normal.

#5. Head Bobbing

Ini berlaku apabila bayi menggunakan otot untuk bernafas iaitu scaleni dan sternocleidomastoid. Apabila kontraksi otot berlaku, ini akan menyebabkan kepala si manja seolah-olah naik ke atas dan bawah.

Bukan itu sahaja, head bobbing ini merupakan tanda lambat, iaitu bayi sudah lama bernafas laju dan mula dilanda keletihan.

Sekiranya anda menghadapi situasi anak kecil bernafas dalam gaya tidak normal, jangan tunggu lagi dan segera bawanya ke Jabatan Kecemasan atau klinik berdekatan.

Si manja perlu mendapatkan rawatan bagi mengelakkan sebarang gejala bahaya tidak diingini berlaku lebih teruk. 

Sumber: Redza Zainol, Dr. Nimelesh

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.composisi-badan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!