X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Selain Makan Ubat, Doktor Ini Kongsikan 5 Cara Elak Anak Kerap Selesema!

4 min bacaan
Selain Makan Ubat, Doktor Ini Kongsikan 5 Cara Elak Anak Kerap Selesema!

Cuaca tidak menentu kadang kalan hujan, kadang kala panas buatkan anak kecil mudah diserang selesema dan menjadikan mereka tidak selesa.

Cuaca tidak menentu kadang kala hujan, kadang kala panas buatkan anak kecil mudah diserang selesema dan menjadikan mereka tidak selesa. Rimas dibuatnya bila lihat hidung anak berair . Kesian pula. Nak tidur pun tak selesa, serba tak kena jadinya.

Jika usia di bawah tiga tahun pula, bila hidung tak selesa merengek tak hentilah jawabnya. Adakalanya, sudah diberikan ubat pun masih lagi berulang selesema. Buntu ibu dibuatnya.

Jadi doktor telinga, hidung & tekak (ENT), Dr Ezairy M.Sallih berkongsi panduan dan cara bagaimana menguruskan anak yang hidungnya kerap berair atau selalu bersin-bersin.

Selesema ganggu anak, ini cara kurangkannya

anak selesema

Bila tidur anak terganggu, automatik tidur ibu bapa juga terganggu. Anak kecil ini, pasti ada perkara yang dia tidak selesa jika tidurnya tidak lena dan sering terganggu.

Yang paling selalu berlaku dan tidak pelik apabila anak tidak lena tidurnya adalah akibat selesema yang menyebabkan hidungnya tersumbat sekaligus menganggu dia untuk tidur dengan lena.

Jadi jangan ingat selesema itu perkara remeh ya kerana jika dibiarkan terganggulah kehidupan seharian ini. Jadi mungkin anda boleh praktikkan panduan yang dikongsikan doktor ini bagaimana mahu menguruskan anak yang kerap alami selesema dan bersin ini.

#1. Minum banyak air

Minum air masak dengan kadar yang cukup diperlukan badan. Ia sangat membantu mereka yang mempunyai masalah hidung tersumbat. 

Minum air bagi memastikan lendir dalam sinus mengalir konsisten dan mudah untuk anda mengeluarkannya. Jika tidak dikeluarkan cepat, ia mungkin boleh jadi menjadi lebih pekat dan sukar untuk anda keluarkan. 

#2. Minum minuman panas

Ia akan melegakan tekak anda. Minuman panas biasanya lebih baik daripada minuman sejuk ia berikutan haba dan wap membantu saluran haba terbuka.

#3. Wap muka, mandi air panas

anak selesema

Jika anak selesema dan anda tak yakin untuk buat wap muka, anda boleh duduk dalam bilik air bersama anak dan buka paip air panas. Suhu panas itu membantu meringankan beban hidung berair.

Panaskan air dalam periuk, panaskan sehingga stim terhasil. Letakkan wajah anda di atas stim pada satu-satu masa. Ambillah nafas panang melalui hidung. Rehat jika anda rasakan terlalu ganas.

Hembus lendir dan hingus selepas rawatan untuk menghilangkan lendir. Mandi air panas juga buatkan anda tenang.

#4. Elak bagi makanan pedas

Makanan pedas boleh membuatkan hidung berair lebih teruk. Bagaimanapun, ada juga individu, apabila hidung tersumbat mereka makan makanan pedas kerana ia dikatakan akan lebih melegakan.

Tapi jika anak kecil tidak perlulah anda beri mereka makanan pedas, takut sakit perut pula jadinya. Lain nak diselesaikan, lain pula yang datang nanti.

#5. Elak segala punca alahan

anak selesema

Anda perlu peka anak anda alah kepada apa. Ada kalanya karpet di rumah pun punca anda selalu selesema. Karpet ada hama yang menyebabkan berlakunya berlakunya selesema.

Selain itu, mungkin juga aircond, alah kepada makanan dan sebagainya. Anda boleh bawa anak ke hospital dan beritahu saja mahu buat allergy test nanti mereka akan uruskan. Biasannya, allergy test akan dibuat di bahagian belakang anak.

#6. Rujuk doktor anda

Jika masih tidak menemui jawapannya dan anak masih juga selesema berulang kali, mungkin boleh bawa anak anda jumpa doktor. 

Lakukan pemeriksaan dan cari punca sebenar . Dapatkanlah ubat yang terbaik. 

Kebersihan kunci utama halang demam, selesema

Stories Rakan Kongsi
Pencegahan 101: Panduan Ringkas Dalam Melindungi Bayi Anda Terhadap Rotavirus
Pencegahan 101: Panduan Ringkas Dalam Melindungi Bayi Anda Terhadap Rotavirus
Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
Bukan Sakit Perut Biasa, Kenapa Ramai Ibu Ayah Tidak Tahu Tentang Rotavirus?
Bukan Sakit Perut Biasa, Kenapa Ramai Ibu Ayah Tidak Tahu Tentang Rotavirus?
Kebenaran Tentang Cacar Air: Mitos & Fakta
Kebenaran Tentang Cacar Air: Mitos & Fakta

Bagaimana kebersihan boleh melindungi anak anda daripada demam dan selesema?

Kebersihan yang baik boleh membantu mencegah demam dan menghalang penyebaran virus demam dan selesema di sekitar rumah anda.

  • Ajar anak tutup mulut dan hidung dengan tisu apabila anda bersin dan batuk.
  • Buangkan tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah dan basuh tangan selepas itu.
  • Jika tidak mempunyai akses kepada sabun dan air, sila gunakan pembasmi kuman tangan.
  • Basuh tangan dengan kerap menggunakan sabun dan air atau gunakan pembasmi kuman.
  • Bersihkan dan basmi kuman di kawasan yang disentuh dengan kerap, seperti pemegang pintu, pemegang jalan dan pili.
  • Elakkan bersentuhan dengan orang yang dijangkiti demam atau selesema apabila seseorang menghidapi demam atau selesema.
  • Duduk di rumah dan jauhkan diri dari orang lain

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: pa&ma, Sinar Harian, Dr Ezairy M.Sallih

Baca juga:

https://my.theasianparent.comselsema-ketika-hamil

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Selain Makan Ubat, Doktor Ini Kongsikan 5 Cara Elak Anak Kerap Selesema!
Kongsikan:
  • 3 Alat Patut Ada Dalam Peti Ubat Di Rumah Untuk Atasi Selsema Bayi!

    3 Alat Patut Ada Dalam Peti Ubat Di Rumah Untuk Atasi Selsema Bayi!

  • Vaksin Influenza Boleh Diambil Seawal Bayi 6 Bulan, Ini Info LENGKAP & Panduan Untuk Anda!

    Vaksin Influenza Boleh Diambil Seawal Bayi 6 Bulan, Ini Info LENGKAP & Panduan Untuk Anda!

  • 10 Pencuci Muka Untuk Kulit Kering Terbaik Untuk Atasi Masalah Kulit Kering Dan Kusam Ketika Hamil

    10 Pencuci Muka Untuk Kulit Kering Terbaik Untuk Atasi Masalah Kulit Kering Dan Kusam Ketika Hamil

  • Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

    Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

  • 3 Alat Patut Ada Dalam Peti Ubat Di Rumah Untuk Atasi Selsema Bayi!

    3 Alat Patut Ada Dalam Peti Ubat Di Rumah Untuk Atasi Selsema Bayi!

  • Vaksin Influenza Boleh Diambil Seawal Bayi 6 Bulan, Ini Info LENGKAP & Panduan Untuk Anda!

    Vaksin Influenza Boleh Diambil Seawal Bayi 6 Bulan, Ini Info LENGKAP & Panduan Untuk Anda!

  • 10 Pencuci Muka Untuk Kulit Kering Terbaik Untuk Atasi Masalah Kulit Kering Dan Kusam Ketika Hamil

    10 Pencuci Muka Untuk Kulit Kering Terbaik Untuk Atasi Masalah Kulit Kering Dan Kusam Ketika Hamil

  • Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

    Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.