X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Selain Susu, 7 Makanan Ini Terbukti BERKESAN Membantu Si Manja Tidur Dengan Mudah

4 min bacaan
Selain Susu, 7 Makanan Ini Terbukti BERKESAN Membantu Si Manja Tidur Dengan Mudah

Selain menjaga kebersihan sekeliling dan memilih pakaian selesa, ibu ayah perlu tahu bahawa tips anak mudah tidur juga berkait dengan pemakanan mereka!

Tidak dinafikan bahawa rutin tidur yang teratur merupakan proses penting untuk menggalakkan perkembangan otak si manja. Namun, kebanyakan ibu ayah mengalami kesukaran untuk menidurkan anak sehingga terpaksa berjaga pada waktu malam. Apakah tips mudah tidur yang paling berkesan?

Sebenarnya ada pelbagai sebab mengapa anak kecil anda sukar untuk tidur pada waktu malam. Ramai kanak-kanak mengalami masalah ini, terutamanya enggan melelapkan mata dan masih aktif bermain.

Tips mudah tidur waktu malam melalui pemakanan

cara mudah anak tidur

credit to sources

Sekiranya si manja sentiasa bangun pada waktu malam, ia sebenarnya boleh menganggu pola tidur anda dan pasangan.

Pastinya agak sukar untuk mengerjakan tugas-tugas pada keesokan harinya. Bahkan waktu tidur yang tidak mencukupi disebabkan si manja sukar tidur malam akan membawa anda kepada masalah kemurungan.

Apabila anak semakin membesar, adalah penting bagi anda menyelesaikan masalah sukar tidur kerana ia berupaya menyebabkan tekanan dalam hubungan antara suami dan anak.

Justeru, apa kata anda ‘rawat’ masalah ini dengan membekalkan makanan berkhasiat agar anak-anak mudah tidur pada waktu malam. Antaranya ialah:

#1. Gandum

Bagi ibu ayah yang tidak tahu, gandum memiliki vitamin dan mineral berfungsi untuk meningkatkan sistem saraf. Namun, manfaat gandum adalah lebih dari yang disangka kerana mengandungi hormon melatonin tinggi sehingga mampu membuatkan si manja mudah melelapkan mata.

Dalam hal ini, ia turut memiliki jumlah karbohidrat tinggi yang membantu perut sentiasa berasa kenyang dan dapat tidur tanpa sebarang masalah.

#2. Kacang walnut

makanan mudahkan anak tidur

credit to sources

Sebenarnya kacang walnut adalah sangat baik untuk menggalakkan perkembangan otak dan membantu mengimbangi berat badan si manja. Ia turut memiliki jumlah tryptophan yang baik untuk kesihatan. Untuk lebih berkesan, jadikan kacang ini sebagai kudapan ataupun snek buat si manja.

#3. Ikan salmon

Salah satu pilihan yang terbaik daripada makanan laut yang membantu si manja tidur dengan mudah ialah ikan salmon. Hal ini kerana ia mengandungi banyak asid lemak Omega-3 yang membantu mengurangkan masalah keradangan.

Hasil daripada kajian yang dijalankan mendapati gabungan asid lemak omega-3 dan vitamin D dalam salmon ini berupaya meningkatkan kualiti tidur dengan penghasilan serotonin (sejenis bahan kimia terdapat dalam otak) untuk menggalakkan si manja tidur lena.

#4. Bayam

Bayam adalah sayuran penting dalam pemakanan setiap anak. Selain ia kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral yang diperlukan seluruh tubuh, sayuran ini turut mengandungi asid amino triptofan. Anda boleh mempelbagaikan menu bayam ini dengan meletakkannya dalam bubur nasi ataupun masak rebus.

#5. Buah anggur

Hormon penggalak untuk tidur, melatonin turut dijumpai dalam gugusan buah anggur. Hanya sedikit daripadanya sudah cukup untuk mencipta sebuah keajaiban. Disebabkan oleh buah ini senang diperoleh di mana-mana pasaraya, ibu ayah perlu sediakannya setiap kali waktu makan si manja.

#6. Hidangan nasi

cara mengatasi anak sukar tidur

credit to sources

Nasi biasanya tidak disarankan untuk makan malam kerana ia akan membuatkan perut berasa berat. Namun jika ibu ayah menghadapi masalah pola tidur anak-anak, jangan ragu-ragu untuk menyuapkan nasi sebelum menidurkan mereka.

Dalam hal ini, indeks glisemik dalam beras boleh memberikan dorongan tenaga, kemudiannya menyebabkan tubuh berasa penat dan membuatkan mata anak kecil mudah terlelap.

#7. Buah nanas

Stories Rakan Kongsi
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Pilihan Utama Ibu-Ibu Di Australia, 5 Sebab Anak Anda Perlu Beralih Kepada Susu Organik Kanak-Kanak Dari Bellamy’s Organic EQUISPIRE
Pilihan Utama Ibu-Ibu Di Australia, 5 Sebab Anak Anda Perlu Beralih Kepada Susu Organik Kanak-Kanak Dari Bellamy’s Organic EQUISPIRE
Melangkaui Norma: Adakah Rangsangan Penyusuan Bayi Hanya Boleh Dilakukan Secara Semula Jadi?
Melangkaui Norma: Adakah Rangsangan Penyusuan Bayi Hanya Boleh Dilakukan Secara Semula Jadi?
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!

Anak yang memiliki waktu tidur tidak mencukupi biasanya akan memiliki tingkah laku kurang baik dan mudah meragam. Tubuh badan mereka juga kurang rehat mungkin membawa kepada masalah tidak aktif atau hilang semangat untuk melibatkan diri dalam sesuatu aktiviti.

Justeru, ibu ayah boleh cuba memberikan mereka makan buah nanas kerana ia dikatakan salah satu tips mudah tidur. Hal ini kerana dapat merangsang penghasilan melatonin dengan mudah.

Menurut National Sleep Foundation, hormon ini amat penting dalam membantu ibu ayah mengatur rutin tidur dan tubuh anak terjaga pada jam yang tepat.

Dalam sebuah penelitian, pengkaji mendapati bahawa kadar melatonin ini meningkat lebih dari 266 peratus bagi orang dewasa yang mengambil nanas sebelum tidur.

Sumber: Cantika, Babycenter

Kredit foto: Google

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.commanfaat-surah-al-mulk

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Penyusuan & Pemakanan
  • /
  • Selain Susu, 7 Makanan Ini Terbukti BERKESAN Membantu Si Manja Tidur Dengan Mudah
Kongsikan:
  • Bayi Sembelit Sukar Membuang Air Besar, Ini Cara Mengatasi Bayi Tidak Berak Dengan Berkesan

    Bayi Sembelit Sukar Membuang Air Besar, Ini Cara Mengatasi Bayi Tidak Berak Dengan Berkesan

  • 20 Makanan Bayi 11 Bulan Agar Cepat Gemuk, Pilihan Tinggi Kalori, Vitamin & Lebih Berkhasiat!

    20 Makanan Bayi 11 Bulan Agar Cepat Gemuk, Pilihan Tinggi Kalori, Vitamin & Lebih Berkhasiat!

  • Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

    Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

  • Bayi Sembelit Sukar Membuang Air Besar, Ini Cara Mengatasi Bayi Tidak Berak Dengan Berkesan

    Bayi Sembelit Sukar Membuang Air Besar, Ini Cara Mengatasi Bayi Tidak Berak Dengan Berkesan

  • 20 Makanan Bayi 11 Bulan Agar Cepat Gemuk, Pilihan Tinggi Kalori, Vitamin & Lebih Berkhasiat!

    20 Makanan Bayi 11 Bulan Agar Cepat Gemuk, Pilihan Tinggi Kalori, Vitamin & Lebih Berkhasiat!

  • Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

    Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham